MAJLIS KAHWIN SAYA


Belanja perkahwinan sekarang berapa ye? 
Seram sejuk bila dengar kos majlis kahwin sekarang. 
Saya memang tak boleh banding-banding saya dengan orang lain. 
Orang lain, lain. Saya, lain. 

Kita selalu dengar. 
Kahwin ni sekali, masa nilah buat besar-besar. 
Saya? Kahwen dua kali kot.  
Jadi, kata-kata orang tu tak boleh pakai pada saya. 

Plan asal menikah kat masjid. 
Sebab tak perlu nak sediakan makanan. 
Nak bajet.
Lepas selesai majlis nikah, patutnya semua datang rumah mak saya. 
Semua makanan ada kat sana. 

Last minute, Tok Imam suh pindah ke rumah. 
Rumah saya, memang tak ready apa-apa. 
Kak linah kata tak apa, kita buat kopi o dan karipap aje. 

Ketua kampung, imam kampung, sedara mara dekat, 
kawan-kawan dekat.
Kawan-kawan ramai tahu saya nak kahwen. 
Ramai yang kecik hati sebab saya tak jemput datang. 
Sebab memang dah bajet banyak tu aje. 

Saya tahu, kawan-kawan saya semua berhati mulia
Dalam pada kecik-kecik hati tu, 
mereka panjatkan doa tak terhingga untuk saya
Hingga saya kecapi bahagia saya

Tiada hantaran berdulang-dulang. 
Cincin bertakhta berlian,
seutas rantai tangan dan seutas rantai leher beserta sebuah loket.
Pelamin tak ada. 
Khemah tak ada. 
Door gift pun tak ada. 
Suami saya nak lari kalau saya buat semua tu. 

Foto? 
Jiran saya datang bawa camera besar dia. 
Saya minta gambar dari dia aje.
Suami pakai Ipad, gambar cantik-cantik.
Gambar kat handphone saya, 
habis punah ranah. 
Gegarlah, terpotog muka, gelap dan entah apa-apa lagi lah. 

Lepas majlis akad nikah, 
suami saya terus update status di FB
Married to Lea Mustafa
Maka, selesailah tanggungjawab menghebahkan perkahwinan kami. 
Mudahkan? Semua tulis kat situ. 

Mak dan makcik-makcik masak lauk kampung
Yang saya rasa bajet penyediaan yang murah. 
Hidang dalam rumah. 
Entah dari mana datangnya rezeki, 
ada coklat, ada kek dan kuih-muih. 

Gaduh? Jangan cakap tak gaduh. 
Mak saya mana terima cara saya. 
Tak pernah dibuat orang, katanya. 
Isu hantaran lah, isu orang kampung cakap lah, 
apa kata orang keliling dan sebagainya.
Ada drama sikit, nangis-nangis,
adegan macam cerita Melayu kat TV, macam tulah. 
Saya yakinkan mak abah saya, 
saya sendiri nak macam ni. 
Puas pujuk, puas cakap, 
Mak abah pun terima dengan hati terbuka. 

Bila fikir-fikir balik, 
saya bahagia dengan majlis kahwin saya. 

Pertama kali dalam hidup, 
saya berjaya tentukan apa yang saya nak dalam hidup saya. 
Dan bermula detik itu, 
sedikit-sebanyak banyak perubahan penting berlaku dalam hidup saya

Meskipun, ada yang tak suka cara saya, 
ada yang marah-marah, 
saya tak boleh buat apa
saya hanya mengharapkan mereka akan faham
kenapa 
saya pilih majlis kahwin saya 
ikut cara saya

Dan 
saya sangat bahagia

Lebih bahagia, 
bajet-bajet yang di potong pada pelamin, 
khemah, jemputan, dan apa-apa lagi yang cecah ribuan ringgit
dibalas dengan sebuah percutian
yang membuka pandangan saya seluas-luasnya
ditaja penuh oleh suami saya yang tercinta

MAJLIS KAHWIN SAYA, istanbul aku datang, istanbul, hagia sofea, ayasofia,
Pertama kali jejak kaki di Istanbul dengan busana pengantin
Naaah..... 
Istanbul Aku Datang
Ini cerita lama
Yang sentiasa segar dalam ingatan saya
Masuk tahun ketiga
Semoga dipermudahkan segala-galanya
Feeewww!!!


No comments