10.30.2014

Abah Hebat Dalam Tenang

Salam semua,

Lea masih ada Abah. Abah bersara tentera dan sekarang duduk di kampung. Bersama mak. Kerja abah sekarang memelihara lembu dan kambing. Abah suka buat perkara yang Abah suka.
Abah seorang yang pendiam. Tak banyak cakap. Tapi kalau abah cakap, semua orang diam. Sekali Abah marah, kami semua kecut.

Lea masih ingat, masa Lea nak masuk darjah 1, masa tu kami belum ada motor apatahlagi kereta. Abah hantar Lea masuk darjah satu, naik basikal. Abah tunggu di luar kelas. Masa tu, Lea tak takut sebab tahu Abah ada di luar. Bila balik sekolah, Abah bawa lalu tepi pantai. 

Kami susah dulu. Gaji tentera dulu tak sebesar gaji sekarang. Tetapi, setiap hari Ahad, Abah dan Mak akan bawa kami adik-beradik pergi mandi di tepi pantai. Puas mandi. 

Abah buat kerja macam-macam nak tampung hidup kami sekeluarga. Abah pernah kutip besi buruk, kertas, tin-tin, botol-botol, sayu hati bila tengok. Rasa menangis. Tapi Abah kata, tak apa. Abah suka. 

Bila saya dapat panggilan temuduga masuk ke universiti, Abah lah orang paling gembira. Abah bawa Lea naik lori sama-sama Abah yang bekerja kelindan lori ke Johor Bahru. 

Abah. Semangat Abah mengalir dalam jiwa Lea. Diam bila ada masalah, senyum dan ketawa bila gembira. Mak kata, saya anak kesayangan Abah. Abah sayang semua, pasti ada keistimewaan pada setiap anak. Itu kene tanya Abah sendiri. 

Pernah sekali Abah demam. Abah tak nak pergi hospital. Mak suruh Lea yang pujuk. Abah mahu Lea sahaja yang pujuk. Abah, abah..

Lea masih ingat lagi, ketika itu kami sekeluarga hendak pergi bercuti di Cameron Highland. Laluan ke Cameron sangat berliku. Takut juga nak memandu. Abah kata, bawa aje, kita sudah tahu jalannya berliku. Tempuh jangan takut, Abah ada. 

Abah, semoga Abah sentiasa sihat dan bertenaga. Lea sayang Abah. 

Encik Mustafa Kamal bin Hj Mohamad Noor

10.23.2014

, ,

Aku Terima Nikahnya


Assalamualaikum semua,

 Sudah bekerja? Lea masih lagi dalam mood cuti. 
Seronoknya, cuti-cuti ini banyak perkara yang boleh kita uruskan. 


Lea dan suami bekerja dalam bidang yang berbeza makanya kami tidak bercuti bersama-sama. Abe kijo male, manakala Mek cuti-cuti Malaysia. Hehehe. Lea menguruskan rumah termasuklah menyediakan makanan untuk Abe sebelum Abe pegi keje. Lea bukan pandai masak pun. Lea terus terang aje, tapi Abe kata, I bukan kahwen dengan you nak suruh you masak 24 jam untuk I, kita sama-sama untuk pastikan hidup kita bahagia." Dan antara salah satu cara untuk membahagiakan diri itu ialah, usaha memasak meskipun menggunakan Air Fryer sepenuhnya dalam urusan masak-memasak. 


Sambil-sambil, masa senggang, Lea gunakan untuk jana pendapatan kedua dengan business online bersama Hai-O Marketing. Seronok. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh hubungi Lea ye. 

Aku Terima Nikahnya

Itulah Abe kesayangan Lea. Dialah lelaki yang menyelamatkan Lea. Dialah lelaki yang menerima Lea seadanya. Dialah lelaki yang menjadi pelindung Lea kini. Dan dialah lelaki yang bakal memimpin Lea ke syurga. 

Kenapa? 


Sebelum berkahwin dengan Abe, Lea adalah seorang janda. Janda? Menjadi janda, bukan sesuatu yang mudah. Lea ingin berkongsi bagaimana Lea sendiri menghadapi situasi ini. 

1. Kita akan dilihat sebagai orang-orang yang bakal merampas suami kawan-kawan kita walaupun sebelum ini kita ni baik dengan dia laki bini.  


2. Semua pergerakan kita walau setapak diperhatikan. Hatta, kalau nak pergi buang air besar pun, orang nak tahu. 


Itu antara yang Lea nampak paling ketara. Ada lagi, tapi semua benda biasa kalau tak jadi janda pun, orang yang selalu berfikiran negatif akan buat. 


Apa yang Lea nak tekankan ialah kita yang pernah atau sedang menjadi janda, lihatlah musibah ini sebagai nikmat yang tidak ternilai. Allah SWT memilih kita untuk menjadi kuat, menjadi orang yang sabar dan tabah dalam menentukan masa depan kita. Dengan musibah ini, kita boleh memilih apa yang baik dan buruk dalam hidup kita serta kita berjaya mendidik kita menjadi orang lebih positif. Bila kita sudah berhadapan perkara yang besar sebegini dalam hidup, kita sudah tahu bahawa banyak benda remeh temeh yang berlaku dalam hidup kita yang kita peduli sangat-sangat. 


Dan satu benda kita kene ingat, hidup kita ni, kita tak tahu hujungnya macam mana. Maka, dengan apa yang kita ada ada sekarang, hargai. Masih menjanda, gunakan penghargaan ini sebagai cara untuk kita muhasabah diri, membina kekuatan dalaman diri dan menjadi orang yang berjaya. 


Siapa pun diri kita, kita mesti ada pegangan. Kita mesti ada prinsip. Inilah yang menunjukkan karakter kita. Orang di sekeliling tidak faham kita melainkan kita yang membentuk mereka memahami kita dengan apa yang kita percaya. 


Lea sendiri, membina diri setelah bergelar janda. Lea jadi orang yang baharu dengan jiwa, minda yang baru. Bukan mudah nak jadi begini. Semuanya juga atas bimbingan Abe. Abe mengajar Lea berpijak pada bumi yang nyata. 


Terima kasih Abe. Saat kau terima menikahi diriku dulu, aku bukanlah sesiapa di mata orang lain. Tetapi kau memandangku bagai seorang puteri Jawa Bermata Sepet Macam Anak Cina yang akan membina rumah tangga ini bersama-sama dengan limpahan kasih sayang, cinta rindu dan rajuk rendam. 


Senyumlah, jangan bersedih. Tuhan Maha Penyayang ada bersama kita. 


Love,