10.30.2014

Abah Hebat Dalam Tenang

Salam semua,

Lea masih ada Abah. Abah bersara tentera dan sekarang duduk di kampung. Bersama mak. Kerja abah sekarang memelihara lembu dan kambing. Abah suka buat perkara yang Abah suka.
Abah seorang yang pendiam. Tak banyak cakap. Tapi kalau abah cakap, semua orang diam. Sekali Abah marah, kami semua kecut.

Lea masih ingat, masa Lea nak masuk darjah 1, masa tu kami belum ada motor apatahlagi kereta. Abah hantar Lea masuk darjah satu, naik basikal. Abah tunggu di luar kelas. Masa tu, Lea tak takut sebab tahu Abah ada di luar. Bila balik sekolah, Abah bawa lalu tepi pantai. 

Kami susah dulu. Gaji tentera dulu tak sebesar gaji sekarang. Tetapi, setiap hari Ahad, Abah dan Mak akan bawa kami adik-beradik pergi mandi di tepi pantai. Puas mandi. 

Abah buat kerja macam-macam nak tampung hidup kami sekeluarga. Abah pernah kutip besi buruk, kertas, tin-tin, botol-botol, sayu hati bila tengok. Rasa menangis. Tapi Abah kata, tak apa. Abah suka. 

Bila saya dapat panggilan temuduga masuk ke universiti, Abah lah orang paling gembira. Abah bawa Lea naik lori sama-sama Abah yang bekerja kelindan lori ke Johor Bahru. 

Abah. Semangat Abah mengalir dalam jiwa Lea. Diam bila ada masalah, senyum dan ketawa bila gembira. Mak kata, saya anak kesayangan Abah. Abah sayang semua, pasti ada keistimewaan pada setiap anak. Itu kene tanya Abah sendiri. 

Pernah sekali Abah demam. Abah tak nak pergi hospital. Mak suruh Lea yang pujuk. Abah mahu Lea sahaja yang pujuk. Abah, abah..

Lea masih ingat lagi, ketika itu kami sekeluarga hendak pergi bercuti di Cameron Highland. Laluan ke Cameron sangat berliku. Takut juga nak memandu. Abah kata, bawa aje, kita sudah tahu jalannya berliku. Tempuh jangan takut, Abah ada. 

Abah, semoga Abah sentiasa sihat dan bertenaga. Lea sayang Abah. 

Encik Mustafa Kamal bin Hj Mohamad Noor

0 comments:

Post a Comment