11.07.2014

Cinta Di Hagia Sophia

Hai semua, 

Hari ini, kan, mood throwback Lea dengan suami di Istanbul, Turki. Dalam pada Lea review semua gambar-gambar di Istanbul, dalam banyak-banyak gambar, Lea ternampak gambar di Hagia Sophia @ Aya Sofya. 

Lea masih ingat Lea berangan nak bergambar dalam Hagia Sophia. Hihihi. Ini sebab Lea terpengaruh dengan cerita telemovie Istanbul Aku Datang. Aksi gedik-gedik Lisa Surihani tu, buat Lea pun rasa nak tergedik-gedik dengan Abe di sana. 

Untuk pembaca, Lea sajikan sedikit sejarah tentang Hagia Sophia a.k.a Aya Sofya. 

Lea dan Abe di dalam Hagia Sophia


HAGIA SOPHIA 

Hagia Sophia (B. Greek: Ἁγία Σοφία)Hagia Sophia (bahasa Turki: Ayasofya, bahasa Arab; آيا صوفيا , dari kata Yunani: Ἁγία Σοφία, "Holy Wisdom"; bahasa Latin: Sancta Sophia atau Sancta Sapientia) merupakan satu bangunan muzium di kotaIstanbul. Bangunan ini sering dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia. Hagia Sofia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks tetapi diubahsuai menjadi masjid agung oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan Republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium pada tahun 1935.

DARI GEREJA KE MUZIUM 

Hagia Sophia asalnya dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Hagia Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1000 tahun.
Pada tahun 1453, Constantinople ditawan oleh orang Turki Uthmaniyyah dan Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi masjid. Loceng, altar dan lain-lain berkenaan Kristian dibuang sementara lakaran di dinding ditampal. Ini semua diganti dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar ditambah. Hagia Sophia kekal sebagai masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.
Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

Hagia Sophia mempunyai satu kubah besar di tengah (diameter 31.87 m dan tinggi 55.60 m dari lantai) yang terletak di atas singgah kubah yang disokong oleh empat tiang sambut.
Dinding dalam ditutupi dengan batu marmar, mozek emas dan lain-lain. Di bahagian luar, dinding stuko ringkas menyerlahkan lagi kekubah dan kubah utama.

Lea berposing 


Masa beratur nak masuk ke dalam Hagia Sophia, hati ini memang berdabar-debar. Mungkin terlalu teruja, Dan paling gembira, masa kaki lea melangkah masuk ke dalam hagia Sophia, Abe pimpin tangan Lea. Senyuman Abe tak lekang di bibir. Bahagianya rasa kerana impian Lea nak jejak kaki ke dalam Hagia Sophia, Abe tunaikan. 




Abe, my best husband ever


Mood honeymoon, Abe dan Lea


Lea bersama kumpulan trip Istanbul Andalusia


Pandangan dari atas


Ladies post 


Lagi pandangan di Hagia Sophia 

Kalau berkesempatan datang ke Istanbul, singgahlah ke dalam Hagia Sophia. Pengalaman yang sukar dilafazkan. 

xoxo. Lea
, ,

MyTeksi Apps

Hai readers,

Pernah pakai My Teksi Apps? Lea baru guna semalam apps ini. Walaupun, dah dua kali uninstall dari handphone Lea. Hihihi

Kenapa Lea uninstall My Teksi Apps? Tak ada apa-apa. Sebab, bila install, setiap kali Lea call public cab, dapat. Masa tu rasa macam tak perlu lah agaknya.

Jadi,nak dijadikan cerita, semalam hujan sangat lebat. Abe balik nak makan nasi di rumah. Elok sampai suami di rumah hujan trun semakin lebat. Abe terus bawa kereta ke tempat kerja.

Malam pula, Lea ada blogging class di TTDI. Dalam berkira-kira macam mana nak balik, Ija  offer untuk hantar balik. Nak pergi tak ada masalah, teksi kan ada.

Ija tanya, guna My Teksi tak? Lea kata.. tak. Pakai public cab aje. Ija recommended. Bagus tau, cepat dan kita boleh tahu anggaran harga? Owh.. ye ke.

Lea call public cab. Biasanya 3 minit dah dapat jawapan. Tapi kali ini, tak ada. Lea tunggu lebih 10 minit. Lea terus install My Teksi. Buat confirmation. Tadaa.. dalam 2 minit dah ada teksi respond. Alhamdulillah.

Tak berani nak pakai My Teksi ni? Jangan kata orang lain, Lea pun. Tapi, berusaha dan bertawakkal kepada Allah SWT. Kita tak perlu risau, sebab bila ada teksi yang terima kita punya permintaan, akan keluar nama pemilik teksi dan no pendaftaran kereta. Siap sekali ada anggaran perkhidmatan.
Jadi, berjumpalah Lea dengan En Fisal. Kami berborak. Bagus, seorang pemandu yang ramah. En Fisal bawa teksi sebagai kerja sambilan. En Fisal ada kerja lain di waktu siang. Keperluan mencari rezeki dan memenuhi keperluan keluarga.

En Fisal ada anak 3 orang,dan yang paling besar sedang menduduki peperiksaan SPM. Lea doakan anak-anak En Fisal berjaya dan menjadi orang yang berguna.

Sampai sahaja di TTDI, Jalan Muhamad Fuad 3, bayaran yang dikenakan sebanyak RM10. Aduih.. Lea tak ada duit kecil. Lea cakap, boleh tak beri saya masa untuk call kawan hantar duit. Lea call Ija banyak kali tak dapat.

Lea minta izin keluar dari teksi untuk pergi ambil wang. Lea serba salah nak tinggalkan beg dalam kereta. Lea nak tunjukkan bahawa Lea akan datang lagi untuk bayar duit. Lea bukan nak menipu. Tetiba Lea terfikir, kan nama En Fisal ada dalam My Teksi, mesti dia nak jaga reputasi dia juga.

Lea keluar dan 3 minit kemudian Lea datang bawa duit. Lea minta maaf pada En Fisal kerana terpaksa menunggu. Lea selitkan business card Lea padanya, mana tahu, kalau-kalau En Fisal berminat untuk berniaga. Lea capai beg dan berikan ucapan salam.

Lea ucap terima kasih banyak kali kerana kesabarannya menunggu bayaran. Katanya, kita sama-sama cari rezeki puan. Allahu Akbar. Sejuk hati mendengar.

En Fisal adalah contoh pemandu My Teksi yang berhemah. Pada Lea, kalau pekerja membawa imej yang baik kepada organisasi, pasti organisasi itu akan bertahan lama. Dan kita semua patut mencontohi pekerja baikn seperti En Fisal.

Selepas ini, Lea tak akan ragu-ragu menggunakan My Teksi. Kalau belum pernah cuba, cubalah sekali. Kalau tak, kita pun tak akan tahu.

xoxo, Lea.
Macam tulah rupa shortcut bagi My Teksi Apps di Android.



my teksi, teksi

Yang ni pulak, dari mana tempat kita dan ke mana hala tuju kita.
teksi, my teksi
Add caption
Bacanya macam ini. Gambar teksi biru tu, tanda pelanggan berada, bendera hitam putih tu, destinasi nak di tuju. Dan paling penting, icon hitam hijau itu, ada gambar kereta kat dalam, itu teksi yang akan mengambil kita. 

Kita akan terima email macam ni. Tengok tu lengkap kan, booking and driver details. Canggih sekarang kan? 

11.03.2014

Dato Siti Nurhaliza dan Lea

Salam semua pembaca,


Ahad pertama di bulan November Lea bermula dengan tugas sebagai pengadil Pertandingan Bola Jaring Piala Pusingan YB Adun Kota Damansara. 


Kita kan sedia maklum, hari Ahad adalah hari untuk berehat bersama keluarga. Betul, mengambil kira ini adalah peluang Lea untuk menambah ilmu dalam bidang kepengadilan bola jaring, Lea terima tawaran kak CT Fiza untuk hadir. 


Bertugas di gelanggang A bersama Datin Norazah Abdullah aka kak Azah memang best. Tak sangka kami akan bertugas tanpa henti untuk 23 permainan berterusan. 


Ini satu cabaran. Lea memang boleh buat sesuatu jika tercabar sehabis baik. Yang penting berani dan tahan maki. 


Apapun, kami semua gembira. Dapat kenal kawan-kawan baru. Dan yang paling mengujakan Lea ialah peserta-peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 


Dengan semangat kesukanan, mereka berjuang habis-habisan. Penyokong bersorak. Dalam pada itu, ada juga yang beri kata-kata semangat kepada pengadil. Agaknya, nampak benor pengadil ni kepenatan. 


Terima kasih penganjur, jemput Lea. Beri kepercayaan kepada Lea. Pada kak Azah, Nurul Asmaq dan abag Safar, terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada Lea. 


Banyak lagi Lea perlu belajar. Love..

Tetamu VIP - Dato Siti Nurhaliza yang dibawa oleh Fafau aka Fara Fauzana. Walaupun kami busuk, Dato tetap cun. 


Warna rasmi pengadil bola jaring ialah putih. Lea lebih rasa berkeyakinan untuk berlari apabila memakai Premium Beautiful. No more goyang-goyang ok. 

Barisan pengadil - 
Abg Safarudin, Nurul Asmaq, Kak Azah dan Lea
Jaringan mula oleh Fara Fauzana sebagai simbolik majlis perasmian. 
Pose with Fara Fauzana sebelum kami bertugas. 
Dato CT  dan Fafau dah nak balik. Lea kejar-kejar nak amek gambar jugak. Thenk you.