11.07.2014

Cinta Di Hagia Sophia

Hai semua, 

Hari ini, kan, mood throwback Lea dengan suami di Istanbul, Turki. Dalam pada Lea review semua gambar-gambar di Istanbul, dalam banyak-banyak gambar, Lea ternampak gambar di Hagia Sophia @ Aya Sofya. 

Lea masih ingat Lea berangan nak bergambar dalam Hagia Sophia. Hihihi. Ini sebab Lea terpengaruh dengan cerita telemovie Istanbul Aku Datang. Aksi gedik-gedik Lisa Surihani tu, buat Lea pun rasa nak tergedik-gedik dengan Abe di sana. 

Untuk pembaca, Lea sajikan sedikit sejarah tentang Hagia Sophia a.k.a Aya Sofya. 

Lea dan Abe di dalam Hagia Sophia


HAGIA SOPHIA 

Hagia Sophia (B. Greek: Ἁγία Σοφία)Hagia Sophia (bahasa Turki: Ayasofya, bahasa Arab; آيا صوفيا , dari kata Yunani: Ἁγία Σοφία, "Holy Wisdom"; bahasa Latin: Sancta Sophia atau Sancta Sapientia) merupakan satu bangunan muzium di kotaIstanbul. Bangunan ini sering dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia. Hagia Sofia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks tetapi diubahsuai menjadi masjid agung oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan Republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium pada tahun 1935.

DARI GEREJA KE MUZIUM 

Hagia Sophia asalnya dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Hagia Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1000 tahun.
Pada tahun 1453, Constantinople ditawan oleh orang Turki Uthmaniyyah dan Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi masjid. Loceng, altar dan lain-lain berkenaan Kristian dibuang sementara lakaran di dinding ditampal. Ini semua diganti dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar ditambah. Hagia Sophia kekal sebagai masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.
Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

Hagia Sophia mempunyai satu kubah besar di tengah (diameter 31.87 m dan tinggi 55.60 m dari lantai) yang terletak di atas singgah kubah yang disokong oleh empat tiang sambut.
Dinding dalam ditutupi dengan batu marmar, mozek emas dan lain-lain. Di bahagian luar, dinding stuko ringkas menyerlahkan lagi kekubah dan kubah utama.

Lea berposing 


Masa beratur nak masuk ke dalam Hagia Sophia, hati ini memang berdabar-debar. Mungkin terlalu teruja, Dan paling gembira, masa kaki lea melangkah masuk ke dalam hagia Sophia, Abe pimpin tangan Lea. Senyuman Abe tak lekang di bibir. Bahagianya rasa kerana impian Lea nak jejak kaki ke dalam Hagia Sophia, Abe tunaikan. 




Abe, my best husband ever


Mood honeymoon, Abe dan Lea


Lea bersama kumpulan trip Istanbul Andalusia


Pandangan dari atas


Ladies post 


Lagi pandangan di Hagia Sophia 

Kalau berkesempatan datang ke Istanbul, singgahlah ke dalam Hagia Sophia. Pengalaman yang sukar dilafazkan. 

xoxo. Lea

0 comments:

Post a Comment