12.22.2014

Kelate Flying Breakfast


Waaahhh... ! 

Nasi terbang kah itu? 
Yup! Nasi terbang untuk breakfast. 
Nasi ini diterbangkan dengan kapal terbang dari Kelantan. 

OMG. 

Hebatkan perniagaan ini. 
Modal? Memang besar. 
Pulangan, lagi besar. 
Tak terfikir dek akal fikiranku ini. 

Actually, I've never seen the business on any news on TV. 
I dont have Astro or local TV but I have FB, Insta and Google, to access the latest in world news (chewah! Cam AlJazeera). 
And of course, I have my Abe and MIL (mother in-law), they are (almost) always up to date. 

Minggu lepas MIL, Rokiah Hanafiah dah mula buat tempahan. 
Oleh kerana kekangan waktu yang sangat kecil, 
Lea tak balik Shah Alam untuk menikmati nasi terbang ni pun. 

You all can find in FB page, Kelate Flying Breakfast. Kelate Flying Breakfast has their own Instagram account too. 
Dalam page, you all boleh jumpa list of menu, 
nombor wakil-wakil jualan dan latest update from them. 

Kaedah mudah untuk buat tempahan. 

1. Dapatkan nombor telefon wakil-wakil KFB dari page FB yang berdekatan dengan anda. 
Dah dapat nombor, boleh whatsapp aje. 
2. Boleh buat tempahan berdasarkan menu yang disediakan pada minggu itu. 
3. Mesti confirmkan order before Friday. Dapat makanan hari Ahadnya. 
4. Confirmkan payment. (Kalau payment ada sen-sen, bayarkan yang genap, 
Baki boleh serah masa pengambilan makanan. Mekanisme of trust applied)
5. Hari Ahad pick up makanan di tempat yang telah ditetapkan. 

6. AMARAN!!! 

7. Pastikan anda buat heavy workout sebab makanannya sedap, 
Dan menyebabkan anda tak ambek suku, tapi habiskan portion yang disediakan. 

8. JANGAN RISAU!!! Makan aje kenyang-kenyang. Lepas tu, minum Mineral Coffee. 
Bagi segar mata tu. Nanti kita detox dengan Garam Buluh Premium Drink pula. 

Nangis lea dah workout pagi tadi. 
Dapat makanan SEDAP-SEDAP pulak, 
Adooooiiii-!!!! 

Rosak diet aku weeehh!!!

Apa pun, special thank to my MIL. 
Credit to my mother in law, Rokiah Hanafiah coz introduce me this dishes. 
Soooo very delicious that it makes me wanna cry. 
My diet plan has CRASHed and burned.

To Kelate Flying Breakfast, 
Your idea absolutely very brilliant. 
Memberi kelainan dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar. 
Semoga semakin kaya dan berjaya. 

My favourite? 
Nasi Tupe Ude. 

Xoxo. Anak Jawa... 






Dalam bungkusan kertas coklat, Nasi Kerabu A ( Ayam) D (Daging)
Yang tinggi cam menara tu , Nasi Tumpang. 



Kuih Akok. Lea panggil kuih "kapok". Jauh tul maknanya tu. 



Nasi Kerabu Daging. Nasi kaler kuning. 



Senyuman tension sebab diet CRASH. owh, itu Nasi Tumpang Special, ade udang, ikan and ayam. 



Isi kandungan Nasi Tumpang Special. (Lauknya udang, ikan dan ayam) 


Ya Allah... Rezeki yang Engkau beri rasanya sedap. 
Maka, janganlah Engkau jadikan aku gemuk bila makan nasi ini. 
(Doa nak sedapkan hati. Dan senyummm...)


Disclaimer: oh! by the way, I am not paid by KFB for this write ups neither do I hv any shares in the syarikat...๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰
Just sekadar sharing my รจxperience jer. After all sharing is caring right?? ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

12.18.2014

English as Puteri Jawa's Second Language



I ni takde la reti mane English. So in many ways, betul jugak le ape yang Tan Sri Muhyiddin cakap. 11-12 years dok ngaji omputeh kat sekolah tambah pula lagi 3-4tahun ngaji di Universiti, tapi graduan kite still takleh menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Toksah cerita la graduan yang bertuah belajar ke US/UK/Down Under. Itu rezeki diorang. Fokus perbincangan lebih kepada mereka yang belajar di Malaysia dan graduate di Malaysia,

Abe penah kata, sebenarnya, sesiape sahaja yang mengaji dari darjah satu sampai habis SPM, kalau pon dia tak masuk Universiti, mereka sebenarnya pandai berbahasa Inggeris. Berikut adalah eksperimen mudah. Sile sebut frasa-frasa berikut di dalam Bahasa Inggeris:

 - Jamban mane?
 - Nak berak
 - Aku lapar
 - Katne nak makan ek?
 - belok kanan
 - belok kiri
 - pegi straight
 - Kopi satu please
 - nak muffin satu
 - Gate 57 katne?

Saya pasti jawapan tuan-tuan dan puan-puan lebih kurang berikut, tak lari punye:

 - Toilet? Where?
 - Want to poo-poo
 - I hungry
 - where to eat?
 - turn right
 - turn left
 - go straight
 - one coffee, please
 - want muffin, one.
 - Gate 57, where?

Grammar tak perfect takpe, walaupun penguasaan English tahap basic…..  Muhammad Solleh & Fatimah Sollehah confirm faham punya, al-maklum la…#BasicKot

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, ayat ayat kontot kat atas tu la yang Lea guna masa travel solo "Mengejar Kasih Abe di Barcelona". Teringat landing kat Charles De Gaulle Airport di Paris sesorang diri, transit sementara sebelum meneruskan perjalanan ke Barcelona. Ingatkan bile Puteri Jawa (ehem, yours truly) "skipping" English dah abis klaka bunyi nye, TAPI, orang Perancis cakap omputeh, pekh!!! Loghat Patani-English dia memang tak le blah! #SuperKlaka #SuperPuteriJawaTakFaham…. Kalah Jawa-English aku ;-p

Lea kagum, Abe fasih berbicara dalam Bahasa Inggeris. Abe belajar grad UTM je same ngan Lea. Ape rahsia? dia kata mase dia kecik kecik dulu dia hafal script cerita Back To The Future, sebab cerita TV kat Saudi mase tu hari hari cerita katun same je, dok ulang everyday selama dua tahun dia di sana… #SuperTakBest


Ade satu insiden 'Lost in Translation" semasa Lea and Abe ke Sydney tahun in, tapi cerite ni lebih best kalau cerite face to face…. kale tulis, spirit of the joke to mungkin hilang ;-p So sape nak tahu, nanti kite hangout ingatkan Lea k? :-)

Hmmmm...Kat mane la yang kawan ni nampak Lea fasih English plak, ek?  


12.17.2014

Kecik Hati Seorang Isteri


Tak kira,
Nak tulis jugak.
Kecik hati, merajuk.
Kita ni angkat barang bukan main, banyak, berderet-deret ni,tolonglah.
Tak ada nyer. Senyum aje. Kecik hati.
Kecik hati perempuan, 24jam. .
Tak jawab call, kecik hati.
Tak jawab mesej, kecik hati.
Tak cakap, senyap, kecik hati.
Tidur, kecik hati.
Kalau cakap perempuan lain cantik pun,
Itu lagi lah wajib kecik hati.
Dah banyak kali,
Tiap kali kecik hati, mesti nak keluar air mata.
Sesi confession, mesti buat.
Nanti Abe akan cakap,
La... tak kuat lagi ke hati you.
Hashtag sentap tau sayang.
Semua ni cara nak didik.
Cara nak didik yang lain dari orang lain.
Abe, selalu kata
Kalau dia tak ada, macam mana nak teruskan hidup. Nanti senang-senang kene tipu sebab banyak rete.
Orang-orang tua kata,
Marah tandanya sayang..
Jadi kene marahlah.
Salah ke tu?
Mana boleh marah...
Jadi isteri tak boleh lah nak kecik hati.
Kecik-kecik hati pun abe kata,
Semuanya yang I buat sebab sayang pada you.
Boleh ke?
Erm, sayang.. nak mai habaq ni.
Kalau dah kecik hati, ayat you ni ulang 100 kali pun, kecik hati tetap kecik hati.
Hadoi, perempuanlah..perempuan.
Sebab itulah..
Akal perempuan satu aje.
Akal lelaki pulak sembilan.


Abe lalu berkata,"ish ish ish.... CHO-BA-AN!!!!!"






12.11.2014

Manisnya Cinta Di Cappadocia



Akhirnya,


Filem yang ditunggu-tunggu ini sudah tiba. Owh, lea dan Abe memang tunggu filem ini. Bukan sebab dah baca novel atau pelakon tapi sebab penggambaran filem di Cappadocia, Turki.

Cerita pun, cerita cinta. Some how,banyak jugak cerita cinta buat shooting kat sini. Paling lea ingat, Istanbul Aku Datang. Sebab pengaruh cerita tu, lea sampai honeymoon kat sini.

Manisnya Cinta Di Cappadocia 


#Goreme Air Museum 


80 weeks ago, we were here. Abe flew me here as my wedding gift for outdoor fotoshoot. Pertama kali,jejak kaki di sini, sangat mengkagumkan. Agak jakun jugaklah. Lea ni orang kampung,tak pernah mimpi pun nak sampai sini. Tak pernah terlintas pun tempat ni. Rasa tak percaya pun ada. 

Cappadocia. " The land of thousand caves, churches and underground city".
Sungguh indah ciptaan Allah SWT. Lea tak paham sangat nak bab bentuk muka bumi ni tetapi pada apa yang lea nampak macam bentuk cendawan busut, tetapi payungnya kecik sikit. Hehehe. Tu ajelah.. You alls nampak tak?

Lagi lea kagum, boleh buat rumah di celah -celah batu gua ni kan?erm.. Maha Suci Allah. Biasanya kalau lea tak faham dan tak tahu, lea tanya abe aje. Abe ni, Google bergerak lea. Tanya apa sahaja, mesti ada jawabnya. Paling tidak, "I cannot brain right now". Jawab jugak lah tu kan?

Menikmati pemandangan dengan orang tersayang adalah dambaan setiap insan. Lea bersyukur sangat sebab abe hadiahkan percutian ini sebagai menghargai permintaan dia yang mahukan majlis perkahwinan ikut cara dia. Dah baca belum entry tu? ( Aku Terima Nikahnya

Itu sahaja. Harap-harap cerita Manisnya Cinta Di Cappadocia ini, tidak menghampakan kami. Lebih-lebih lagi Abe yang langgar pantang larang dia " No Malay Movie". 

Lea masih ingat, masa tahun 2013, dalam keadaan terdesak nak cari duit bayar hutang, owh... ini bukan buat kerja kotor tau. Abe masa di Barcelona, lea kene tinggal kat Muar. 
Lea pernah hantar email kepada semua pengarah-pengarah filem hebat yang ada kat Malaysia ni, satu sinopsis cerita. Tak jauh beza dengan apa yang lea alami dalam hidup lea. 

Pengarah-pengarah yang terima email lea tu antaranya David Teo, Afdlin Shauki, Edry dan Rosham Noor. Entah-entah diorang ninpun tak perasan langsung email lea. (Ni mana yang ingat). Ini pun Abe tak tau, gamble aje lea pi email. Fikiran orang yang bukan dalam bidang filem, bila banyak untung, so kalau jadi penulis ni masyuk jugak kan? 

Kenapa? Sebab masa tu, muncul banyak cerita-cerita Melayu adaptasi novel. Lea tak adalah tulis novel pun, tapi nak jugak try. Oleh kerana, siapalah lea ni kan, nama pun, orang tak kenal, cikgu kampung dari Muar aje pun. Hanya selepas sebulan, hanya David Teo sahaja yang panggil lea untuk ditemuduga. 
Abe hantar lea ke office Metrowealth, masa tu sanggup lea amek cuti, sebab hari sekolah,  hanya sebab nak pi jumpa. Punyalah semangat tak hengat. Peluang ada memang lea tak lepas. Ramai juga masa tu cuba ambil peluang.

Tapi, bukan rezeki lea, cerita lea di tolak. Kalau tidak, glamour lea tau. Masa tu lea fikir satu aje,dapat duit nak bayar hutang yang banyak-banyak tu. Apa sahaja yang boleh mendatangkan duit, halal, lea akan buat. 
For now, kami hanya nak tengok, Manisnya Cinta Di Cappadocia. 

Kami memang excited sebab nak buat #throwback. #throwbackbulanmadu. Sememangnya, sungguh Manisnya Cinta Di Cappadocia. Hehehehe


Xoxo. :-D


#malaymovie


Cuba tengok tu?