Manisnya Cinta Di Cappadocia



Akhirnya,


Filem yang ditunggu-tunggu ini sudah tiba. Owh, lea dan Abe memang tunggu filem ini. Bukan sebab dah baca novel atau pelakon tapi sebab penggambaran filem di Cappadocia, Turki.

Cerita pun, cerita cinta. Some how,banyak jugak cerita cinta buat shooting kat sini. Paling lea ingat, Istanbul Aku Datang. Sebab pengaruh cerita tu, lea sampai honeymoon kat sini.

Manisnya Cinta Di Cappadocia 


#Goreme Air Museum 


80 weeks ago, we were here. Abe flew me here as my wedding gift for outdoor fotoshoot. Pertama kali,jejak kaki di sini, sangat mengkagumkan. Agak jakun jugaklah. Lea ni orang kampung,tak pernah mimpi pun nak sampai sini. Tak pernah terlintas pun tempat ni. Rasa tak percaya pun ada. 

Cappadocia. " The land of thousand caves, churches and underground city".
Sungguh indah ciptaan Allah SWT. Lea tak paham sangat nak bab bentuk muka bumi ni tetapi pada apa yang lea nampak macam bentuk cendawan busut, tetapi payungnya kecik sikit. Hehehe. Tu ajelah.. You alls nampak tak?

Lagi lea kagum, boleh buat rumah di celah -celah batu gua ni kan?erm.. Maha Suci Allah. Biasanya kalau lea tak faham dan tak tahu, lea tanya abe aje. Abe ni, Google bergerak lea. Tanya apa sahaja, mesti ada jawabnya. Paling tidak, "I cannot brain right now". Jawab jugak lah tu kan?

Menikmati pemandangan dengan orang tersayang adalah dambaan setiap insan. Lea bersyukur sangat sebab abe hadiahkan percutian ini sebagai menghargai permintaan dia yang mahukan majlis perkahwinan ikut cara dia. Dah baca belum entry tu? ( Aku Terima Nikahnya

Itu sahaja. Harap-harap cerita Manisnya Cinta Di Cappadocia ini, tidak menghampakan kami. Lebih-lebih lagi Abe yang langgar pantang larang dia " No Malay Movie". 

Lea masih ingat, masa tahun 2013, dalam keadaan terdesak nak cari duit bayar hutang, owh... ini bukan buat kerja kotor tau. Abe masa di Barcelona, lea kene tinggal kat Muar. 
Lea pernah hantar email kepada semua pengarah-pengarah filem hebat yang ada kat Malaysia ni, satu sinopsis cerita. Tak jauh beza dengan apa yang lea alami dalam hidup lea. 

Pengarah-pengarah yang terima email lea tu antaranya David Teo, Afdlin Shauki, Edry dan Rosham Noor. Entah-entah diorang ninpun tak perasan langsung email lea. (Ni mana yang ingat). Ini pun Abe tak tau, gamble aje lea pi email. Fikiran orang yang bukan dalam bidang filem, bila banyak untung, so kalau jadi penulis ni masyuk jugak kan? 

Kenapa? Sebab masa tu, muncul banyak cerita-cerita Melayu adaptasi novel. Lea tak adalah tulis novel pun, tapi nak jugak try. Oleh kerana, siapalah lea ni kan, nama pun, orang tak kenal, cikgu kampung dari Muar aje pun. Hanya selepas sebulan, hanya David Teo sahaja yang panggil lea untuk ditemuduga. 
Abe hantar lea ke office Metrowealth, masa tu sanggup lea amek cuti, sebab hari sekolah,  hanya sebab nak pi jumpa. Punyalah semangat tak hengat. Peluang ada memang lea tak lepas. Ramai juga masa tu cuba ambil peluang.

Tapi, bukan rezeki lea, cerita lea di tolak. Kalau tidak, glamour lea tau. Masa tu lea fikir satu aje,dapat duit nak bayar hutang yang banyak-banyak tu. Apa sahaja yang boleh mendatangkan duit, halal, lea akan buat. 
For now, kami hanya nak tengok, Manisnya Cinta Di Cappadocia. 

Kami memang excited sebab nak buat #throwback. #throwbackbulanmadu. Sememangnya, sungguh Manisnya Cinta Di Cappadocia. Hehehehe


Xoxo. :-D


#malaymovie


Cuba tengok tu? 




1 comment