1.28.2015

,

HARGA DUA JAM CERAMAH MAULIDUR RASUL


Minggu ketiga persekolahan. 
Rasanya ini minggu yang amat meletihkan. 
Minggu lea tak sempat makan. 
Minggu kalori banyak hilang. 
hukhukhuk. 

Khamis, 29 haribulan ini, 
sambutan majlis maulidur rasul sekolah lea. 
Oleh kerana, 
sekolah kami dua sesi, 
sambutan dibuat secara berasingan. 
Itu bukan masalah.

Masalah utama nak cari penceramah.
Bukan ustaz dan ustazah tak boleh beri,
tapi kami ni dah hari-hari brcakap dengan pelajar-pelajar Islam.

Bukan berkira,
sebab setiap kali kita minta pendapat pelajar,
cara menarik minat dengar ceramah agama,
pelajar mesti akan tulis,
"Jemput penceramah yang famous-famouslah"
Mana mereka nampak?
Di tv selalu ada.
Seronok dengar, kat tv ramai orang datang.
Pelajar tak tahu pun,
nak panggil penceramah macam ni, perlu kos yang tinggi.
Mereka hanya tahu,
penceramah ada, majlis jalan.

Kalau yang beri ceramah tu, lea atau ustazah zakiah,
mereka pulun bercakap dan bermain.
Sebab dalam kelas sama, kat luar pun sama.
Kami ingin beri kelainan, beri pendedahan, bagaimana untuk menghargai tetamu,
majlis ilmu. Sekali sekala memberi kelainan.

Jenuh juga kami mencari.
Mujurlah ada jumpa kawan yang usulkan nama seorang penceramah ini.
Dah terkenal, selalu masuk tv.
Lea kene uruskan, hubungi pengurus,
dan yang paling utama nak kene tahu bayaran berapa.
Ini paling penting,
nak tengok juga,
mampukah kami bayar dengan peruntukan yang sekolah sediakan.

Sekolah beri peruntukan RM120 untuk satu jam. Takder ubah-ubah.
Program hanya dua jam, maka jumlah bayaran ialah RM240. Itu sahaja.
Segan juga nak cakap dengan pengurusnya,
tapi lea cakap juga.
Masa ini, lea kata dalam hati,
kalaulah tak boleh, kene bagi ceramah sendiri ajelah.

Lega, sebab pengurusnya balas mesej lea dan kata
"Ustazah, bayaran mengikut kepada kemampuan sekolah ustazah"
Allahu Akbar, masa tu rasa sayu,
sebab masih ada lagi penceramah yang macam ini.
Siapa dia? Dialah juara Pencetus Ummah Azman Musim Kedua.

Hari Rabu, dapat berita,
penceramah untuk sesi pagi, tak dapat.
Lea usahakan juga minta kalau-kalau PU Azman dapat datang sesi pagi.
Tapi, PU Azman dah ada program lain.
kalut-kalut berfikir untuk sesi pagi
dapat seorang penceramah lain. Terkenal juga.
Lea jadi lega.

Tapi hari ini, bila lea dengar dari kak Munirah (Ketua Panitia),
penceramah minta RM2000.
Terkejut kami.
Mana nak cari duit?
Kami hanya perlu dua jam sahaja.

Kemudian, minta kurang lagi, dapat RM1500. Minta kurang lagi, tak boleh.
Kami tak jadi nak ambil penceramah itu.
Mana nak cekau duit banyak tu.
Rasa nak menangis bila usaha nak buat yang terbaik untuk anak murid,
guru terpaksa bergolok gadai dengan duit.

Kami bukan nak kedekut,
peruntukan yang ada, tak boleh nak tabur,
ikut-ikut suka.
Tak boleh.
Banyak lagi, program-program pembangunan insan
yang perlu dibuat, dilaksanakan.
Takperlah, kami panggil orang biasa-biasa sahaja.

Mujurlah ada seorang guru,
suami kepada seorang ustazah sekolah ini,
sanggup bantu kami.
Semoga Allah S.W.T membalas jasa ustaz yang membantu kami.
Ustaz Fauzar namanya.

Datang seorang guru tanya lea,
"Ceramah kita petang esok bayaran ada masalah tak?
Kalau ada, esok kita buat kutipan untuk tambah sumbangan"
Begitu risaunya, kawan-kawan di sesi petang,
kalau lea menghadapi masalah bayaran.

Menitik air mata, bila ramai yang simpati dengan kemelut yang kami hadapi.
Alhamdulillah, pihak sesi petang tak menghadapi masalah.
Insha Allah, urusan pembayaran dah selesai.

Harap-harapnya,
konsep mengikut kemampuan dan besederhana,
masih dikekalkan,
pada masa-masa akan datang.
Semoga juga, tiada aral melintang,
majlis esok berjalan dengan segalanya dipermudahkan.

Usaha kami nak memberi yang terbaik untuk anak-anak murid,
diharapkan supaya Allah S.W.T permudahkan.

Ada juga anak murid yang sedih,
bila lea jawab,
"Bukan Ustaz Don yang datang, siapa pun yang datang,
kita sama-sama kutip ilmu. Ustaz Don kan boleh tengok selalu kat tv"

Terpancar riak sedih di wajah mereka.
Wahai anak didikku,
janganlah bersedih.
Sebaiknya, cikgu memberi yang terbaik untuk kamu.
Terimalah dengan hati terbuka.

Berdoalah semoga masih ada insan yang masih ada,
memberi ilmu bukan dengan harga sedepa,
memberi ilmu dengan keikhlasan di dada,
memberi ilmu untuk kalian berjaya.

Waktu majlis ilmu nanti,
malaikat melebarkan sayapnya,
Allah S.W.T melimpahkan rahmatNya,
semoga kalian semua,
menerima hidayahNya.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W



Tarikh gambar : Khamis 29 Januari 2015

Barisan jawatankuasa majlis Maulidur Rasul bersama Juara Pencetus Ummah Azman. Terima kasih PU datang SMK Seksyen 10 Kota Damansara. 

Pelajar sesi petang
Sebelum terlupa, kepada sesiapa yang berhasrat untuk jemput PU Azman datang ke sekolah, bolehlah hubungi Ustaz Naim di nombor telefon 017-292 4882. Bolehlah cikgu-cikgu nak berurusan dengan pengurus PU Azman. kenapa pulak dengan pengurus? Yelah, supaya tidak bertembung mana-mana program yang telah diaturkan.

Lepas sesi penyampaian hadiah, lebih kurang setengah jam PU Azman kene serbu dengan pelajar. Jenuh jugalah cikgu-cikgu nak tunggu bergambar.

Lea gembira sebab rata-rata pelajar memberikan respons positif.
Soalan yang paling best,
Ustazah, PU Azman dalam TV pakai kot,
kat luar macam tu aje eh?

Hai budak..... dalam Tv ada ekon, sekolah kita pakai kipas aje.
Hehe.

Maas Salamah. Ilal Liqa'
Ihsan : FB Pencetus Ummah Azman

Ihsan : FB Pencetus Ummah Azman

Ihsan : FB Pencetus Ummah Azman 










1.25.2015

,

ROTAN EMAK SAYA



Hari ini, 
rakan-rakan kat FB banyak ulas
isu berdasarkan artikel Utusan Malaysia hari ini. 
Rata-rata ramai yang tak setuju dan ada juga kot setuju.
Ikutlah kepada kefahaman masing-masing.
Malaysia negara bebas.

Lea separuh-separuh, 
mungkin sebab masa lea dibesarkan dulu-dulu, 
rotan tu tak lepas dari tangan mak. 

Agaknya lea terlalu nakal sangat, 
sampai lea pernah kene pukul dengan rotan
toler paip, lempang pun pernah kene kot. 
Tapi, masa itu, 
apa yang lea nampak mak buat sebab nak didik lea. 
Supaya takut nak jadi nakal, 
belajar rajin-rajin. 
Mak rotan sebab itu adalah hukuman atas kenakalan lea. 

Lea bersyukur, sebab lea diberi peluang dididik dengan cara mak. 
Tapi, bila dengan cucu, hahahahah. 
semua yang mak buat dengan anak, dah tak ada dengan cucu. 
Zaman didikan cara mak dah berakhir.
Kita pulak kene marah balik kalau buat cucu dia menangis.

Pukul mak, rotan mak,
penuh kasih sayang,
kalau buat salah, mak tak rotan,
rasa lain benar hidup.
Anak sulung memang merasa banyak sikitlah rotan mak.
hahahah.

Dah lupa banyak benda, tapi benda paling ingat
rotan mak, kat belah hujung ikat balut dengan selotip hitam.
kadang-kadang jahat jugak lea, nyorokkan rotan.
tapi mak lebih bijak,
sebab stock rotan mak banyak.

Bukan hari-hari pun kene rotan.
Kalau ada salah aje.
Selalu lepas kene rotan,
mak mesti datang dan sapukan minyak.
Masa tu pura-pura tidur lah kan.
Nangis teresak-esak.
Bila bangun tidur,
dah lupa dah kene rotan.
Sakit dah hilang.
Buat lagi. 

Lea masih ingat,
mak ada banyak koleksi rotan.
tebal nipis, semua ada.
kalau kene yang nipis tu sakit lebih,
kalau yang tebal tu,
kurang sikit. 

Ingat lagi,
masa tu nak pi belajar ngaji.
lea tak mo pergi.
kononnya ustazah tu garang.
Pulaknya, ustazah tu datang jumpa mak.
lea ingat dapatlah back up, ke hapa ke kan,
last-last mak bagi plak rotan dia kat ustazah tu.
Senang sikit kata mak.
Rotan ini untuk rotan lea kalau malas ngaji. 

Bila muhasabah balik,
memang patut lea kene rotan dulu-dulu.
Nakal sangat. Selalu geng dengan Angah, adik lelaki no dua.
Kitorang geng. Selalu buat nakal sama-sama.
Banyak dah lupa,
sebab ada adik no 3 suka report kat mak.
Haah la, dia macam tak selalu kene aje.
Jadi, mak tinggal tunggu kat pintu aje kalau ada salah.
Lea dengan Angah selalu pakat-pakat,
kalau buat apa-apa jangan bagitahu mak,
tapi mak punya talian hayat, baek punya.
Kene jugak.

Kalau diungkap rotan emak,
beginilah cara emak merotan lea,

Timbanglah dengan akal dan fikiran yang waras.
Rotanlah dengan kasih sayang, dengan manja,
rotanlah dengan rotan yang paling lemah lembut,
Rotanlah dengan rotan hikmah,
Rotanlah dengan rotan mahmudah,

Jangan dirotan dengan sifat mazmumah,
jauhkanlah merotan ketika amarah,
jangan dirotan terkena wajah,
kelak dia bisa hilang arah,
hidup penuh sumpah seranah. 

Mungkin, mentaliti kita berubah.
Cara didikan bakal-bakal khalifah kene berubah.
Masih ikut syariah, masih di jalan Allah dan Rasulullah.
Insha Allah,
semakin banyak lahirnya mujahidah,

Buat emak,
Semoga emak baik-baik sahaja di kampung.
Rindu pulak nak rasa rotan mak,
tapi pakai angin aje tau.
Sayang emak kerana Allah SWT
dunia dan akhirat.







1.22.2015

,

Kalaulah Aku Ini Duit Z





Apa hobi pelik suami korang?
Mancing ikan? Suka hias-hias kereta?
Tengok movie?
Sape yang hobi suaminya suka kumpul duit.
yang ini bukan hobinya tak suka guna duit,
ini kumpul duit-duit lama, duit-duit peringatan,
replacement note, dan duit yang padanya pelik.
Inilah hobi Abe.

Kadang-kadang hobi Abe ni buat lea bengang juga.
kalau Abe belek duit, boleh ambil masa berjam-jam.
nak bercakap pun tak boleh.
"Not now, not now"
Kadang-kadang sanggup tak makan,
sanggup tak keluar jalan,
sanggup jalan jauh, sanggup apa sahaja,
untuk hobinya yang satu ini.
kalau rajin, boleh tengok koleksi Abe di sini.
Tapi, hati lea panas aje..
Mensirap.

Pernah tahun lepas,
puasa hari pertama,
sanggup pergi ke Kuala Terengganu dan beratur,
 untuk beli syiling peringatan China-Malaysia,
Lea pun kene beratur sekali.
Hari pertama puasa kot masa tu.
Demi kasih ku turutkan.
Beratur sampai dua jam nak tunggu la Bank Negara tu bukak.
Lepas tu balik hari tu juga.
Isnin tu, kerja pulak.
Pergh,  lagi mensirap.

Semua benda pasal benda-benda ini, tidak boleh dialih,
dipegang, diusik dan diapa-apakan.
TAK BOLEH.
Kalau buat juga, boleh mengakibatkan marah,
nanti kene jual.

Kadang-kadang best jugak.
Sebab lea boleh buat apa sahaja lea suka,
bila Abe ralit tengok duit.
lea boleh tengok handphone,
layan citer P Ramlee.

Abe akan belek duit tu, berjam-jam.
Pakai kanta kecik, kanta besar, timbang,
masuk plastik. Macam nak masuk muzium.
Tak boleh diganggu. Belek macam belek apa ntah.
Masuk dalam plastik khas,
masuk dalam bekas khas,
special.
Pernah lea tanya,
antara duit Z dengan lea, mana Abe pilih,
Abe kata, dia pilih duit Z.
Kalaulah aku ni duit Z kan?

Oleh kerana Abe suka sangat duit Z,
duit Z selalu jadi penyelamat lea.
Kalau kami bertekak. dalam kereta ke, ada benda yang tak kena,
selalu berharap duit Z melayang-layang depan mata.
Sebab, mood Abe akan segera baik bila nampak duit Z.
Dari marah terus jadi baik.
Hahahaah...
 Umpan baik punya.
Kadang-kadang lea suka juga sakat Abe.
Simpan duit Z lama-lama,
buat-buat lupa, hahahaha.
Puas hati dapat buli dia.

Dah jadi tabiat lea jugak,
setiap kali dapat duit,
mesti nak tengok nombor siri.
Mula dengan Z atau tidak.
Excited sungguh.
Kadang-kadang tak malu jugak,
minta kawan-kawan

Seronoknya, kalau setiap kali dapat duit baki ke,
duit customer ke, dapat duit mula dengan huruf Z.
Cepat-cepat bagitahu Abe.

Bila tengok muka Abe pegang duit tu,
senyumnye panjang giler.
Kalau ada gempa bumi pun agaknya,
duit tu tak lepas.

Apa yang buat lea puas?
Bila pada wajah Abe,
terpancar kegembiraan yang amat sangat.

Tak dapat nak bayangkan,
apabila kegembiraan dikongsi bersama.
Menyokong hobi suami,
melihat kegembiraan suami,
adalah kegembiraan lea juga.

Suami gembira, pahala....

Satu benda lea pasti,
walaupun hati Abe suka pada hobi ini,
lea tahu,
Lea ada dalam Abe punya hati.

Tak jadi duit Z pun tak apa.
Janji Abe sayang Lea.

xoxo. muwahahaha.







1.17.2015

, , , , , , , , , , ,

Ceritera Dinar, Emas, Dirham, Perak, Jongkong emas & Swiss Franc

Ingat tak cerita Ahmad Al-Bab;




Haaaa! kali ni kite cerita fasal si Gembala Emas dan Perak Tegar pula.

Kelmarin, nak jadikan cerita adalah hari paling gembira untuk si Gembala Emas & Perak dalam tempoh 7 bulan.

Ape telah jadik? Bank Negara Switzerland telah isytihar untuk membebaskan dagangan matawang Swiss Franc daripada Euro yang mana sebelum ini diikat (pegged) at a fixed CHF1.20  kepada EUR1.



Ape kesan kepada Gembala Emas dan Perak Tegar? Emas melonjak dari serenda USD1234 -> USD 1260. Itu semalam. Hari ni, Sabtu 17 January 2015, 6:00AM waktu Malaysia, harga emas melonjak lagi ke USD1281.30. Dalam masa kurang 48jam, emas melonjak USD47.30.

Kalau di kira, kenaikan sebanyak USD47.30 itu bersamaan dengan RM168.86 berdasarkan rate di website Bank Negara Malaysia (RM3.57/USD).

Perlu di ingatkan, harga emas yang disebut tadi adalah untuk emas ketulenan sekurang kurang 995 dan seberat 1 Troy Ounce => 31.104 gram. Contoh emas 1 troy ounce ialah Kijang emas.

Sebagai rujukan perbandingan, 10 Dinar (emas) adalah seberat 29.75 gram ~ perbezaan berat cuma 1.354gram sahaja jika di banding dengan 1 Troy Ounce.
Gembala Emas tegar akan bertepik, "beza 1.354 gram aje??! BANYAK TUUUU!!!"
Mau tidak, as of 6:00AM hari ni (17 January 2015), berat se'ciput' tu aje dah bernila RM200.33


Troy ade kuda? || Tambat kuda dekat Troy? || Roy! Roy!...

Troy Ounce ni, bahasa poyo je {poyo tahap Gaban]. Kalau pegi kedai emas, kedai coin, baik di Malaysia atau di luar negara, perbualan antara penjual dan pembeli hanya lebih kurang camni je:
"nak berapa keping?",
    "nak 3 keping je, please",
"sekeping berape berat?",
    "ko nak yang mane? yang satu ounce ke atau yang dua ounce?".
  
Nak sebut Troy Ounce ni is a bit mouhthful. Satu lagi dalam bab sukatan berat khususnya sukatan berat emas dan perak, yang di iktiraf ialah gram, kilogram dan Troy Ounce. Selalunya, kalau sebut pon Troy Ounce ni, ia hanya disebut pada specificasi sahaja dan bukan pada perbualan.

Lihat contoh berikut, they state one ounce (not Troy Ounce) but in the specification section they stated in grams and not in Troy Ounce:

The Britannia 2015 Brilliant Uncirculated
Fine Silver Coin - Iconic Superman™
Transformers: Age of Extinction 2014 1oz Silver Proof Lenticular Three-Coin Pack 


Mana datang istilah Troy Ounce ni? Ntah, ce baca wikipedia nih -> http://en.wikipedia.org/wiki/Troy_ounce#History

Korang mesti pernah tengok jongkong emas yang seketul besar dua tapak tangan tu kan? dalam movie barangkali? Emas jongkong macam tu selalunya berat dia bersamaan 12.44kg = 400 Troy Ounce. Bahasa Wall Street'nya ialah 400 'ouncer', #MacamMacam.

Kilang tempa duit syiling, Bank Perdagangan atau Bank-Bank Negara yang nak beli emas, mereka akan beli (selalunya) dari kilang refinery yang tersenarai dalam "LBMA accredited gold refiners"



Favourite Apps si Gembala Emas & Perak tegar

Gembala Emas Perak yang ade iDevices/smartphone/tablet, dia akan ade 2 app yang wajib ni dalam smartphone diorang. Ini memang basic:

   1. Kcast Gold Live! By Kitco Metals Inc
   2. Gold Silver Vault By GoldSilver.com
   3. XE Currency By XE.com Inc.
 
Tiga di atas adalah app wajib ade yang paling basic.
Berikut pula ialah App pilihan (optional) bagi mereka mereka yang nak berlakon poyo tahap "duit den botingkek-tingkek". Apps khusus untuk tengok graf doktor; emas naik emas turun sambil ngeteh balik dari Solat Isya' kat surau;

   3. Trade Interceptor Forex Trading By RIFLEXO JSC





App yang berikut, khusus kepada mereka yang nak track harga Dinar (emas) dan Dirham (perak) di Malaysia ni

   4. Public Gold App By Public Gold


Peti Besi

Saya suka nak sebut pasal app nombor 2 tu; Gold Silver Vault By GoldSilver.com; dia ade satu feature yang menarik, dimana kite boleh setup "peti besi" kite, set berapa emas/perak yang kite simpan [boleh tambah, boleh tolak]. Gold Silver Vault akan terus memaparkan nilai terkini simpanan kite (dalam US Dollar) berdasarkan spot price emas dan perak. Kemudian si Gembala Emas Tegar akan masukkan nilai USD tadi ke dalam app XE Currency untuk melihat nilainya dalam Ringgit Malaysia.





Imaginasi vs Fakta vs Auta

Bayangkan Tuan-Tuan, Puan-Puan, Abang-Abang, Kakak-Kakak sekalian:
 - 17th July 2014
   - Gold Silver Vault mentaksir simpanan pada USD1319.50
   - XE Currency pula convert kepada RM 4170.94
 
 - 17th January 2015
   - Gold Silver Vault mentaksir simpanan pada  USD1268.47  
   - XE Currency pula convert kepada RM 4509.16
 
Kenaikan 7.84dalam masa 7 bulan sahaja!!! *pengiraan berdasarkan HP 10bII+ Financial Calculator



Mari kire renungkan pula:

  •  berape Dividen ASB baru baru ni? ASB yang Majlis Fatwa Selangor haramkan tu la yang mane lagi...
  • bulan depan berapa pula dividen KWSP agak-agak? Dividen yang mana 70% daripada dividen itu tidak patuh Syariah.
  • FBM KLCI sehingga semalam, dah jatuh 8.53% sejak 25 June 2014.


Tuan-Tuan, Puan-Puan, Abang-Abang, Kakak-Kakak sekalian dah ade simpanan dalam bentuk emas dan perak? kalau dah ade, bagus!

Kalau belum ade, pastikan Tuan-Tuan, Puan-Puan, Abang-Abang, Kakak-Kakak sekalian faham dengan betul Parameter Pelaburan Emas.

Kalau Tuan-Tuan, Puan-Puan, Abang-Abang, Kakak-Kakak sekalian dari golongan orang malas membaca (macam saya juga), dengarkan dulu Seminar Kewangan Islam: Pelaburan Emas oleh Dr. Zaharuddin Abd. Rahman


======//Begin Caveat_emptor()

Jangan tak faham Riba dalam jual beli emas.
    Jangan tak nak faham Riba dalam jual beli emas.
        Jangan buat-buat lupa Riba dalam jual beli emas.
            Jangan buat-buat tak faham Riba dalam jual beli emas.

Jangan biar diri dikaburi skim cepat kaya
Jangan terlanjur dalam SKIM pelaburan emas
Jangan terlibat trade-in emas lama dengan emas baru; RIBA!
Jangan sekali-kali kata jual-beli emas/perak secara spot di pasaran FOREX adalah halal. Oh Tidak!!

Jangan berurus-niaga dengan mana-mana 197 Syarikat yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia

======\\End Caveat_emptor;


So far, dalam tempoh 48jam sejak Swiss National Bank 'unpegged' matawang Switzerland, telah sedia maklum bahawa satu online broker di New Zealand telah bankrap serta merta kesan daripada keputusan tersebut.


Harap kejadian Swiss National Bank ini menjadi pengajaran kepada rakyat kite, khususnya yang beragama Islam; online FOREX trading is haram; syarikat online broker FXCM adalah antara mangsa kejadian   Cukuplah article Wall Street Journal ini sebagai tauladan.





Cerite bukan main panjang sampai melalut-lalut, ape 'main point'?!:
  •  Jam Swatch dan jam tangan dari Switzerland, Swiss Army knife, Emas PAMP Swiss yang baru nak di eksport keluar dari Switzerland akan jadi lebih mahal;
  •  Jangan jadi macam orang Poland, kerja di Poland tapi hutang beli rumah dalam matawang Swiss Franc; Begitu juga kisahnya dengan rakyat Hungary; they will have a hard time repaying their Swiss Franc denominated mortgage. 
  • Simpan lah emas, simpan lah perak. Tak mampu simpan banyak, 
    • simpan sikit, 
      • tak mampu simpan sikit, 
        • simpan sikit-sikit
  • Cari la emas & perak yang dikecualikan dari GST seperti yang telah disenaraikan dalam Perintah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan 2014).

Akhir kata, saya memang tak pandai berniaga, apatah lagi berniaga emas & perak. Tapi saya berazam nak jadi peniaga yang berjaya suatu masa nanti, insyaAllah, doakanlah semoga saya berjaya mencapai impian itu. Kalau sekiranya ade yang approach bertanya untuk membeli emas untuk simpanan, saya akan rujukkan yang bertanya itu kepada rakan rakan saya yang berniaga emas & perak.


Sekian,



M.K. Anwar Rangkuti || Chief Digital Curator || http://SolidusDenarius.com



1.16.2015

Kasut Sekolah Baru




Hari ke empat mula sekolah. 
Murid-murid tingkatan 1 masih lagi takut-takut dalam kelas. 
Tak pelah, anak-anak muridku. 
Baru 4 hari, semoga dapat menyesuaikan diri dengan baik selepas ini. 

Tahun ini lea pilih kelas paling belakang untuk mengajar.
Saje lea pilih untuk menguji tahap kemampuan lea. 

Sepanjang jadi cikgu, lea pegang 4 pantang larang ini. 

1. Jangan bercakap ketika saya bercakap,

Lea memang tak boleh nampak pelajar bercakap bila lea bercakap. 
Rasa sangat marah. Tapi, kalau lea membri soalan dan aktiviti sumbang saran, boleh aje bercakap. 
Itu kena ingat. 

2. Jangan tinggal buku teks dan buku latihan. 

kenapa? 
eh, kalau tinggal benda-banda tu apa lagi lah yang pelajar ni ada. 
itu yang kadang-kadang lea buat trick, 
minta pelajar hantar buku, 
tapi sebenarnya lea simpan buku mereka. 
Tapi ada kalanya, mereka tak ada buku. 
lea akan belikan juga. 
Tak sampai hati. 

3. Jangan buat sebarang bunyi-bunyian yang menjengkelkan. 

macam mana ye? 
tekan-tekan pen. ketak ketuk. adoi, rasa sakit sangat telinga. 
kadang-kadang ada yang main ketuk-ketuk meja,
pada pelajar-pelajar yang buat, 
lea akan minta dia buat 100 kali dan buat di depan pintu kelas. huhuhuhu

4. Saling hormat- menghormati 

Dalam apa jua yang kita buat, mesti menghormati. 
lea memang beri kelonggaran kepada pelajar untuk minum air dalam kelas, 
makan gula-gula. 
kalau mereka mengantuk sangat, lea beri mereka tidur dua minit. 
bagi hilang rasa mengantuk,. 
kalau mereka lapar sangat, dan perlu makan kerana terlupa nak makan di rumah, lea akan beri dia rehat makan 5 minit. 
apalah salahnya, kalau beri kerehatan kepada pelajar-pelajar ini. 
mereka manusia biasa, masih mentah, dan perlu di bimbing. 

Mendidik manusia, mesti ikut rentak manusia. 
Beri kelonggaran, tetapi masih dalam ketegasan. 

Tapi semalam, 
berlaku satu insiden dalam kelas. 
setiap kali lea mengajar, pelajar nak buat latihan, 
lea akan ingatkan pelajar tulis hari dan tarikh. 

jadi semalam, lea pun ingatkan. 
jangan lupa tulis hari dan tarikh ye. 
pelajar pun kata, okkkkkeaaay ustazah. 

lea tanya lagi, hari ini hari apa? 
Ntah darimana datangnya suara menjerit, 
hari ini hari BONUS ustazah. 

Apa? 
Siapa cakap tu? 
Saya ustazah. Kecik aje budak lelaki ini. 
Geram pulak. 
Mana kamu tahu ni? 
Budak tu sengih-sengih. Bapak saya cakap cikgu sebab nak beli kasut sekolah baru.  
Ini pun pakai kasut lama, kapur ustazah. Saya belum beli apa-apa lagi. 
Auuucchhh !!! 

Datang lagi seorang pelajar. 
Ustazah, saya ada sebatang pen sahaja. 
Aik... ?
Lea korek-korek pensel box ada dan beri dia sebatang pensel, pembaris dan pemadam. 
pelajar lelaki ni kata, 
ustazah macam doraemon. semua ada. 
Saya belum beli apa-apa, mak kata tunggu gaji. 

Tersentap sekejap.  Nada suaranya menjawab dengan gembira. 
Bergenang air mata. walaupun, sebenarnya kelakar, jauh di sudut hati,
kanak-kanak jiwanya suci. 
Sangat suci. Jujur dan tiada penipuan. 
kitalah yang menentukan corak itu. 

Lea pandang budak lelaki itu. 
sangat gembira, ketawa-ketawa, sekali sekala menyakat kawannya 
yang sedang menyiapkan latihan yang lea berikan. 
Hilai tawanya, tak nampak resah langsung. 
Tetap gembira. 

Semoga Allah SWT merahmati kalian semua. 
Semoga Allah S.W.T membantu kalian untuk berjaya. 
Allahu Akbar. 
Tak sangka, jatuh juga air mata ini. 


1.13.2015

,

Hari Pertama Sekolah





Setiap kali hari pertama sekolah, 
lea akan teringat Abah. 

Hari pertama sekolah.
 Tadika tahun 1988, 
Abah bawa lea pergi sekolah dengan menaiki sebuah basikal. 
basikal biru.
Masa tu, baru pindah ke rumah pangsa berek tentera di Batu 5, Port Dickson. 

Lea ingat masa itu, abah kayuh basikal. 
perlahan-lahan.
kami orang susah, itu emak selalu bagitahu lea. 
Belum beli motor lagi. 

Hari pertama sekolah. 
rasa macam tak nak sekolah, macam nak sekolah. 
masa tu, belum zaman-zaman watak kartun. 
sampai sekolah. nak buka mulut pun tak nak. 
Tak berani pun.
Ikat rambut tocang dua, 
bila cikgu suruh duduk di meja, 
lea toleh belakang, 
Abah ada tengah berdiri kat belakang. abah pandang aje. 

Hari pertama sekolah.
Masa tu, rasa cikgu sangat garang. 
cikgu panggil-panggil nama je pun. 
Nak pegang botol air pun tak berani. 
kecut perut, belum nak minum lagi. 

Hari pertama, sesi sekolah rasa sangat lambat. 
tak kenal pun sapa-sapa kawan masa tadika. 
sampai sekarang kot, tak ingat sape-sape. 
abah kata, tak apa. duduk aje. 
cepatlah balik, cepatlah balik. 
abah memang tenang, cool. 

Hari pertama sekolah.
lea hanya ingat, 
abah bawa lea balik rumah lalu tepi jalan pantai. 
masih terbayang-bayang luasnya pantai dan pasir putih, 
masih terbayang lengangnya jalan, kurang kenderaan. 
masih terasa angin lembut menyapa muka mulus dan tulus, 
rasanya masa tu tak ada masalah pun. 
sangat seronok, sekali-sekala depa-depakan tangan. 
tak berani buat selalu, takut terjatuh dari carier. 
alangkah indahnya, boleh ulang saat itu. 

abah tak cakap banyak, 
sampai rumah, lea tak berhenti membebel kat mak. 
Itu ini. 

Tapi, gementar juga, sebab esoknya lea akan harungi lagi 
pergi sekolah sendiri. Kali ini
naik feri sekolah a.k.a trak askar. naik ramai-ramai. 
itu sahaja kemudahan yang ada, murah dan selamat. 

takut, abah kata tak apa, kalau abah boleh amek, abah amek. 
tapi abah tak buat pun, 
abah biarkan lea harungi pengalaman hidup itu sendiri. 
bersesak-sesak dalam trak 
ramaikan anak askar.
Pernah tertinggal trak, 
sebab cikgu denda tak siap kerja sekolah. 
abah datang kayuh basikal, 
jemput lea balik, sebab abah nampak lea meraung tepi bahu jalan.
Mak dah tentu risau. 
kene marah dulu, sebab tertinggal trak. 

Sampai sekarang, 
lea tak pernah sekalipun selepas detik itu. 

hari pertama di sekolah rendah, 
hari pertama sekolah menengah, 
hari pertama di universiti, 
hari pertama bekerja sebagai guru, 
tiada abah untuk teman lea
abah ada banyak masa untuk lea. 

Betul kata orang, anak perempuan sulong,
rapat dengan abah.

Hari pertama sekolah. 
Hari ini, ramai-ramai kawan lea hantar anak kali pertama ke sekolah. 
semua gementar. 
kerana anak akan semakin dewasa, 
anak akan semakin terdedah dengan dunia luar. 
anak-anak akan mendengar banyak benda-benda baru. 
Seronoknye. Mak yang gementar, anak tak sabar-sabar. 

Hari pertama sekolah. 
Doakan yang baik-baik untuk anakmu kawan-kawan. 
Buat masa ini, lea belum ada lagi anak.
Yang ada, anak buah dan anak murid. 
Mudah-mudahan segala kebaikan yang lea curahkan akan berbalik kepada lea semula. 

Hari ini hari pertama pelajar-pelajar tingkatan 1 menginjak sekolah menengah. 
Hari pertama sekolah. 
mereka nampak berani. 
mereka nampak berserah. 
mereka nampak menjaga tatasusila. 
mereka nampak juga gementar. 
kalau korang buat perangai lepas ni, tunggulah aku jotos nanti. 

percayalah, bila kalian dewasa, 
kalian pasti merindui saat ini. 

lea percaya, 
sifat berani mati yang lea ada ini, 
kesan daripada didikan abah. 
anak sulung memang kene berani. 
sebab dia sulung. 
kadang-kadang tercebik juga, 
tapi bukan depan abah. 

Hari pertama sekolah.
abah, sampai bila-bila akak tak lupa, 
hari pertama akak masuk sekolah. 
kalau abah tak bawa akak hari pertama dulu, 
mungkin akak tak berjaya macam sekarang. 

doa akak untuk abah, 
setinggi langit , seluas lautan, 
abah sihat dan bahagia selalu. 
Amin. 



1st day at schooll

Abah, Mustafa Kamal bin Mohd Noor

1.10.2015

,

Bukan Cita-cita Saya

Selamat Kembali Ke Sekolah. 

Secara rasmi, ada lagi 1 hari bermulanya sesi persekolahan 2015. 
Tak tipu ni, ada jugak rasa malas nak kerja. 
Nak cuti, kalau dapat cuti setahun pun, 
tak puas juga. 
Seronoknya, baring tengok tv. Tengok semua cerita ada kat tv tu. 

Kira-kira dah masuk tahun ke 10 jadi cikgu. 
Ya Allah dah lama rasanya. 
Bila toleh balik 10 tahun dulu, rasanya macam-macam dah berlaku sepanjang kerja jadik cikgu ni. 
Ingat-ingat ada 3 biji laptop rosak kerana penggunaan melampaui batas
buat kerja sekolah. 
jatuh dalam longkang sebab tumit kasut tersepit. 
Bawa kereta langgar pokok sebab dah lambat, 
duduk berjam-jam di balai polis, hanya sebab nak beri keterangan, 
dan pengsan kat sekolah sebab naik darah. 

Semua manis, perit pahit pun manis. 
sakit hati pun manis. sedih pun manis. 
pendek kata, semua manis. manis. manis. 

Ingat lagi, cikgu-cikgu muda, semua kene buat. 
Opsyen Pendidikan Islam, 
tapi berlari-lari di padang, 
tengok budak sukan, muka pun hitam legam. 
Bersorak kat padang, sokong budak berlari, beri semangat. 
masa tu umur 20 an, memang syok. 
ingat-ingat, masuk keje 7 pagi balik rumah 8 malam. 
macam-macam keje buat, badan muda. 
semua ok aje. 
Yang penting, pandai IT. 
Itu lea. Semangat berlebih-lebih. 

Bila fikir-fikir balik, kerjaya cikgu ni, bukan cita-cita pun. 
lea nak jadi peguam, lawyer. 
itu kerjaya yang lea pilih. 
tapi sebab mak kata, jadilah cikgu. senang nanti. 
hati kecik ni, cair jugak. 
lea nak berhujah, nak berdebat. 
Nak belajar tentang manusia, handle masalah, cari penyelesaian. 

Semester pertama di universiti, 
tak rasa seronok sangat. sampailah betul-betul kenal dengan 6'S. 
Selepas itu, semuanya seronok. 
Asma Nabihah, Ain Aishah, Faezah Paijalah, Huda Adzis dan Ziela Khairi. 
semua benda buat sama-sama. 
Pernah kongsi 1 kereta kancil 6 orang, jalan sama-sama, lambat datang kelas, 
lepak-lepak kat masjid, ketawa, sedih. 
Semua ada.

hari pertama jadi cikgu, 
masa itu, nampak wajah-wajah yang penuh harapan. 
Luluh hati bila melihat wajah-wajah polos hari pertama sekolah. 
sejak itu, lea tanam dalam hati, 
lea nak jadi guru yang lain dari yang lain. 
guru luar biasa. 
lea ingin menjadi peguam dalam mahkamah kelas lea sendiri. 
membawa pelajar jauh dari apa yang pernah mereka bayangkan. 
perjalanan mereka masih jauh. 

Ada masa jiwa manusia biasa guru, tergugat juga. 
bila kerja yang diberi tidak siap, ponteng kelas, 
kejar pelajar tak solat, kene maki dengan pelajar, 
kene maki, kene bodoh free-free, 
kadang-kadang nak makan tak sempat, nak cari toilet pun nampak, 
budak-budak lari jatuh berdarah, muka cikgu tak boleh nak senyum, 
kene marah. 
tak campur lagi, geram-geram dan geram. 

itu belum lagi, ada segala macam eeeeeeeee... 
ada sedozen id dan password nak kene ingat. 
sudahnya... cikgu sendiri nganga. 
Tak cukup tanah nak lari, 
Kadang2 terduduk membilang hari. 

kadang-kadang Abe tarik muka masam bila Hari Sabtu, 
tak sudah-sudah program. 
belum masuk kene tinggal pergi mesyuarat lama-lama. 

Indahnya...

Bila sampai rumah, semua hilang. 
bila nampak muka Abe, bila dapat duduk atas sofa, 
jiwa tenang 
dan esok kita sambung semula. 


Dulu, bukan cita-cita saya
sekarang, inilah jiwa saya. 
Bila sampai sekolah, susah nak lepas balik rumah. 
Ada sahaja kerja tak sudah. 

Dah masuk 30an, momentum masih sama, 
mungkin lebih matang sedikit. 
sudah pandai sedikit membuat penilaian, pertimbangan, 
penghujahan, perlukan jawapan yes or no, 
kurang cakap, work smart, 

satu benda sedang cuba, 
tak bawa balik kerja di rumah, 
kalau tidak Abe akan masam muka 24 jam. 
terima kasih Abe kerana sentiasa buat-buat faham kerjaya saya. 
Asyik sekolah-sekolah. 

 bukan cita-cita saya. 
mungkin bukan cita-cita awak juga, 
tapi, 
bila dah berada di atas landasannya, 
jadilah yang terbaik. 
untuk masa depan agama dan bangsa. 

Tak sabar mula nak beri ucapan alu-aluan dalam kelas Isnin ni. 
Lea ngajar budak2 kecik, budak2 sesi petang. 
Yang belum matang, perlu diberi bantuan. 
Akal tak panjang, tindakan pun selalu menyimpang.

Tunggu tau, cikgu lea datang. 

xoxo. Bai.... 







1.07.2015

,

3 Strategi Komunikasi Penting


Gambar hiasan 


Hari-hari kita berkomunikasi kan? Penat tak?

Menurut Wikipedia,
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat,perasaanidea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupandan merangkumi kedua-dua:

  • perbuatan menghantar matklumat; dan
  • proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geribahasa isyarat,sentuhanhubungan mata, dan penulisan.

Kita memang tak pernah tak berkomunikasi. Alaa, bahasa pasarnya tu, bercakap. Abe kata, lea 24 jam asek bercakap aje. Masa bila tak bercakap, bila lea tidur. Dan, daaan... lea perasan. Orang pompuan kan kalau bercakap, selalu terbabas-baas aje isi kandungannya. lea pernah buat kajian macam ni, ni kajian cabuk aje. Jika anda sedang duduk-duduk dengan kawan anda, cuba kira berapa topik yang dibincangkan ketika anda semua berkomunikasi. Lea pernah cuba, dalam masa 15 minit, kira-kira 6 topik yang dibincangkan.

Macam ni, mula-mula cerita pasal bila bonus masuk. Kemudian, kalau bonus masuk, nak pi shopping. then, tempat shopping, lepas tempat shopping, apa nak shopping, pastu nak makan kat mana, pastu masuk bab diet, citer plak tak yah diet bagai, pastu citer gemuk, lepas gemuk citer plak lelaki tak suka perempuan gemuk. Eh, macam pernah buat aje.


Kerjaya cikgu macam lea ni memang wajib bercakap. Memang kene bercakap. Pastu, suara pulak lantang, kadang-kadang terbawa-bawa ke rumah. Abe selalu marah. Alhamdulillah, sekarang dah boleh kawal. hahaah. Kalau tidak macam petir. Orang jawa panggil nyempering.

Menurut Irfan Khairi, ada 3 strategi komunikasi berkesan:

1. Dengar dan bukan hanya bercakap

Ramai yang berfikir, seorang yang hebat dalam komunikasi adalah seorang yang banyak bercakap. Ianya sememangnya tidak benar sama sekali.
Untuk mencapai komunikasi berkesan, seseorang itu perlu banyak mendengar dan memberi respon terbaik. Fikirkan satu dialog dan bukan monolog. Komunikasi berkesan adalah apabila terdapatnya fahaman dua hala di mana kedua-dua pihak capai matlamat yang diinginkan, dan bukan hanya sebelah pihak sahaja.

Lea kenal seorang sahaja pendengar yang baik iaitu Abe. Lea selalu berusaha untuk menjadi pendengar yang baik. Tak dapat selesaikan masalah pun tak apa.

2. Permudahkan bahasa dan penyampaian

Abe selalu pesan, kalau nak cakap, cakap benda yang difahami dan penyampaian yang mudah. Kalau tak pandai, fikir dulu apa nak cakap, pastu tulis. Then baru cakap. Tak kira bahasa apa-apa pun, yang mudah tu lebih baik. Lea kalau tak pandai nak buat ayat dalam Bahasa Inggeris, lea akan guna perkataan yang mudah-mudah aje. Kadang, bahasa Inggeris lea macam translate seketul-ketul.
Permudahkan bahasa dan penyampaian. Lebih mudah bahasa dan cara yang disampaikan, lebih mudah sesuatu mesej itu diterima. Tidak perlu menggunakan ayat atau perkataan yang hebat dan canggih sekadar mahu menunjuk bahawa kita pandai berkomunikasi menggunakan perkataan tersebut.

Abe selalu ingatkan jangan campur-campur bahasa. Kalau nak guna Bahasa Melayu, guna bahasa Melayu, kalau nak bahasa Inggeris, guna bahasa Inggeris. Bab bahasa ini, ada dua aje lea punya KPI, Abe dan ibu mertuaku, Rokiah Hanafiah.

3. Komunikasi bukan hanya di mulut

Komunikasi itu di mulut dan badan. Bahasa badan. Lea selalu guna, erm... yeay ! Owh... Bercakap ketika menyilangkan tangan adalah umpama defensif. Bercakap ketika mata berkeliaran di tempat lain umpama menyorok sesuatu.

Bercakap dnegan terlalu banyak “ermm”, “aaa” umpama tidak berkeyakinan pula.
Perlu ingat bahawa untuk berjaya, komunikasi adalah amat penting. Tidak perlu menjadi pakar komunikasi, tetapi, memadai tahu serba sedikit asas komunikasi supaya dapat memberi kelebihan kepada diri sendiri. Bermula dengan asas, kemudian pastinya ia dapat memberi keyakinan kepada diri.

Dengan ketiga-tiga ciri ini, anda mungkin tahu anda berjaya atau tidak dalam satu-satu komunikasi. Lakukan yang terbaik dalam komunikasi anda, yang penting, komunikasi dua hala ini mendatangkan lebih banyak kebaikan untuk kedua-dua pihak.

xoxo. lea

Sumber asli : http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/3-strategi-komunikasi-penting/