1.16.2015

Kasut Sekolah Baru




Hari ke empat mula sekolah. 
Murid-murid tingkatan 1 masih lagi takut-takut dalam kelas. 
Tak pelah, anak-anak muridku. 
Baru 4 hari, semoga dapat menyesuaikan diri dengan baik selepas ini. 

Tahun ini lea pilih kelas paling belakang untuk mengajar.
Saje lea pilih untuk menguji tahap kemampuan lea. 

Sepanjang jadi cikgu, lea pegang 4 pantang larang ini. 

1. Jangan bercakap ketika saya bercakap,

Lea memang tak boleh nampak pelajar bercakap bila lea bercakap. 
Rasa sangat marah. Tapi, kalau lea membri soalan dan aktiviti sumbang saran, boleh aje bercakap. 
Itu kena ingat. 

2. Jangan tinggal buku teks dan buku latihan. 

kenapa? 
eh, kalau tinggal benda-banda tu apa lagi lah yang pelajar ni ada. 
itu yang kadang-kadang lea buat trick, 
minta pelajar hantar buku, 
tapi sebenarnya lea simpan buku mereka. 
Tapi ada kalanya, mereka tak ada buku. 
lea akan belikan juga. 
Tak sampai hati. 

3. Jangan buat sebarang bunyi-bunyian yang menjengkelkan. 

macam mana ye? 
tekan-tekan pen. ketak ketuk. adoi, rasa sakit sangat telinga. 
kadang-kadang ada yang main ketuk-ketuk meja,
pada pelajar-pelajar yang buat, 
lea akan minta dia buat 100 kali dan buat di depan pintu kelas. huhuhuhu

4. Saling hormat- menghormati 

Dalam apa jua yang kita buat, mesti menghormati. 
lea memang beri kelonggaran kepada pelajar untuk minum air dalam kelas, 
makan gula-gula. 
kalau mereka mengantuk sangat, lea beri mereka tidur dua minit. 
bagi hilang rasa mengantuk,. 
kalau mereka lapar sangat, dan perlu makan kerana terlupa nak makan di rumah, lea akan beri dia rehat makan 5 minit. 
apalah salahnya, kalau beri kerehatan kepada pelajar-pelajar ini. 
mereka manusia biasa, masih mentah, dan perlu di bimbing. 

Mendidik manusia, mesti ikut rentak manusia. 
Beri kelonggaran, tetapi masih dalam ketegasan. 

Tapi semalam, 
berlaku satu insiden dalam kelas. 
setiap kali lea mengajar, pelajar nak buat latihan, 
lea akan ingatkan pelajar tulis hari dan tarikh. 

jadi semalam, lea pun ingatkan. 
jangan lupa tulis hari dan tarikh ye. 
pelajar pun kata, okkkkkeaaay ustazah. 

lea tanya lagi, hari ini hari apa? 
Ntah darimana datangnya suara menjerit, 
hari ini hari BONUS ustazah. 

Apa? 
Siapa cakap tu? 
Saya ustazah. Kecik aje budak lelaki ini. 
Geram pulak. 
Mana kamu tahu ni? 
Budak tu sengih-sengih. Bapak saya cakap cikgu sebab nak beli kasut sekolah baru.  
Ini pun pakai kasut lama, kapur ustazah. Saya belum beli apa-apa lagi. 
Auuucchhh !!! 

Datang lagi seorang pelajar. 
Ustazah, saya ada sebatang pen sahaja. 
Aik... ?
Lea korek-korek pensel box ada dan beri dia sebatang pensel, pembaris dan pemadam. 
pelajar lelaki ni kata, 
ustazah macam doraemon. semua ada. 
Saya belum beli apa-apa, mak kata tunggu gaji. 

Tersentap sekejap.  Nada suaranya menjawab dengan gembira. 
Bergenang air mata. walaupun, sebenarnya kelakar, jauh di sudut hati,
kanak-kanak jiwanya suci. 
Sangat suci. Jujur dan tiada penipuan. 
kitalah yang menentukan corak itu. 

Lea pandang budak lelaki itu. 
sangat gembira, ketawa-ketawa, sekali sekala menyakat kawannya 
yang sedang menyiapkan latihan yang lea berikan. 
Hilai tawanya, tak nampak resah langsung. 
Tetap gembira. 

Semoga Allah SWT merahmati kalian semua. 
Semoga Allah S.W.T membantu kalian untuk berjaya. 
Allahu Akbar. 
Tak sangka, jatuh juga air mata ini. 


0 comments:

Post a Comment