2.27.2015

Kelas Master Bermula


Selepas pendaftaran kelas master pada 18hb Februari tempoh hari, maka dengan rasminya lea sudah pun bergelar pelajar master. Erm, semacam rasanya bila jadi student semula. Mana taknya, masa daftar tu rata-rata budak-budak muda aje. Lea pun muda lagi, tapi ada lagi yang lebih muda.

Masa taklimat master pada13hb Lea bawa sekali Abe teman Lea. Lea ajak Abe dengar sama-sama dengan Lea. Tapi sebenarnya, nak suruh Abe translate mana yang Lea tak paham.Perasaan, aduh. Susah nak cakap. Rasa macam takut pun ada. Pengalaman kerja 10 tahun ni, rasa tak cukup lagi nak hadap 2 tahun sambung belajar master.

Maka, bermulalah kelas pertama pada 27 hb Februari. Lea keluar dari perkarangan sekolah pada jam 5 petang. Masa ni, dah confident betul boleh sampai kelas sebelum jam 6 petang. Entah apa yang Lea berangan, Lea dah masuk salah simpang. Bukan sikit-sikit, tapi dah terlajak jauh. Masa ni dalam kepala otak rasa macam nak jerit pun ada. 

Selepas mengharung jem, Lea sampai Fakulti Pendidikan Universiti Malaya jam 6.15 petang. Dalam keadaan termengah-mengah tu, Lea tak nampak sapa-sapa pun kat bilik kuliah. Lea call pensyarah yang sepatutnya mengajar, baru nak keluar bilik. Oklah kan, hari pertama kelas master, Lea lebih awal dari lecturer. 

Sampai-sampai aje lecturer, rupanya Lea seorng aje pelajar dia. Cuma pad pandangan Lea, sikapnya yang acuh tak acuh pada kita, rasa macam tak selesa. Sedangkan, glamer masuk tv. Masa itu, Lea rasa sedikit kesal. Tapi Lea gagahkan juga dengan menunjukkan rupa gembira. Sorang pun sorang la. Cakap-cakap tak sampai 10 minit, kelas master Lea pada hari itu selesai. Itu sahaja. 

Penat lelah kerana sesat dan berlari-lari menuju kelas tadi belum hilang lagi. Kelas master ku yang pertama berjalan tidak seperti yang aku bayangkan. Lepas lecturer pergi, Lea masih duduk di kerusi yang sama dan berkira-kira semput yang masih berbaki. 

Harap-harap ini berlaku hanya pada kelas master Lea yang pertama. Harapnya, selepas ini tidak berlaku seperti ini. Walaupun, anak murid hanya seorang, tetap ajarnya seperti biasa. Bukan bilangan anak murid yang kita kisahkan, tetapi kesungguhan dia yang perlu kita ambil berat. Sebab Lea pegang itu, kalau anak murid datang kepada kita, maknanya kita amat diperlukan. Kita bermakna pada dia. 

Meskipun ini level master, kita sama sahaja, mendidik anak bangsa. 


kelasmaster.leamustafa.com

Buka kamus


2.17.2015

, , , ,

SUAMIKU ENCIK PERFECT TEN





Sungguh cepat masa berlalu, sekarang dah pertengahan Februari. Semalam, kelas 2 Aktif menang lagi pertandingan 3K, Meloncat jugaklah lea tadi bila dengar nama kelas diumumkan. Allahu Akbar, besar nilainya kemenangan ini kepada anak-anak murid lea. Dalam lebat hujan, sempat juga petik satu gambar buat kenangan. Mudah-mudahan kejayaan ini menyemarakkan lagi anak-anak murid lea menjaga kelas.

Sampai di rumah, lea bersemangat nak cerita pada encik suamiku. Malangnya, dengan muka selamber dia kata, Itu berita gembira ke? Emmmm... tak sokong langsung. Getus lea dalam hati.

Suami korang macam mana ek? Suami korang dengar tak semua cerita-cerita korang? Kalau suami korang encik perfect ten, ciri-ciri macam mana yang korang nak? Lea nak cuba buat list, cukup ke Abe nak jadi Encik Perfect Ten.

Suamiku Encik Perfect Ten - 1. Katanya, Jangan Tinggal Solat. Abe memang pesan sangat-sangat benda ni. Kata Abe. kalau lea tak solat, bertambahlah beban dosa dia yang dah sedia ada. Dah lah mengumpat dia tak boleh nak halang, jadi lea kene jaga solat. Solat pada waktunya.

Suamiku Encik Perfect Ten - 2. Katanya, Gunakan Suara Lemah Lembut. Al Maklumlah, lea ni guru. kadang-kadang, terlepas perangai jerit kat sekolah tu membawak ke rumah. Masa  awal-awal perkahwinan, selalu aje kene marah. Abe memang asuh lea, kawal nada suara ketika bercakap. Sebab tu kadang-kadang, kawan-kawan kata, lea ni cakap control-control. sebab nak kawal nada suara. Abe kata, dia tak suka dengar suara pekik-pekik. Sebab Abe memang suaranya lemah lembut. Mana tak cair hati lea.

Suamiku Encik Perfect Ten - 3. Katanya, Hiduplah Berdikari. Selepas berkahwin hampir dua tahun ni, abe tak berhenti pesan suruh lea hidup berdikari. Pesan Abe, kasih sayang itu tidak kurang hanya kerana lea berdikari. Abe nak didik lea supaya boleh hidup sendiri, tak menyusahkan orang kalau suatu hari nanti, abe pergi dulu. Abe kata, dia tak nak kalau lea kene hidup sorang-sorang suatu masa nanti, lea akan kene tipu. Lea selalu aje pergi sekolah naik teksi kalau abe nak pakai kereta. tak perlu kesian, sebab lea kene belajar.

Suamiku Encik Perfect Ten - 4. Katanya, Kita Kene Bincang. Berapa kerap korang berbincang? Kitorang hampir setiap hari berbincang dari benda remeh temeh sampai benda-benda serius. Dulu, lea tak suka ni bincang-bincang, sebab selalunya tak ada penyelesaian. Tapi dengan Abe, abe beri lea peluang cakap apa lea nak cakap, tak terima pun, yang penting dah cakap. Fikiran abe, sukar dijangka. ada masa, pendapat lea ditolak. Tak kisah pun, yang penting dah cakap. ingat lagi mula-mula duduk bincang tentang masalah kewangan, sampai menangis lea apabila masa itu memikirkan hutang yang banyak keliling pinggang. Apa baiknya bincang? Sebab kami dapat jalan penyelesaian pada semua masalah yang ada.

Suamiku Encik Perfect Ten - 5.  Katanya,  Teguhlah Pada Pendirian Diri. Bab pendirian ni, baru aje dua tahun ni lea pandai buat. Nikmatnya, bila kita ada pendirian sendiri. Nak bina, bukan mudah. Kalau boleh hidup dengan pendirian sendiri, itu adalah kejayaan yang paling besar. Sanggup tak korang, kalau pendirian korang tu, korang aje faham, orang lain menolaknya. Haa, nak jadi macam tu bukan senang tau. Abe asuh lea supaya jadi macam ni. Abe kata, after all, kita kene bertangungjawab dengan diri kita sendiri.

Suamiku Encik Perfect Ten - 6. Katanya, Saling Memaafkan. Siapalah tak pernah bertekak. selalu aje ada tak kena. Selalunya, kalau salah tu datang dari lea, lea akan segera minta maaf. kalau tak cakap guna mulut, lea akan hantar Telegram. Huhuhuhu. Masa minta maaf tu nanti, biasanya air mata pun menitik-nitik jugak lah kan. Perempuan. sensitip. Lebih-lebih pikir yang bukan-bukan. Merajuk bukan main, Pendek kata, perempuan mengada-mgada. Tapi bila Abe memberi ucapan maaf, terasa sampai dalam hati. Aduh, lembut hati.

Suamiku Encik Perfect Ten - 7. Katanya, Panggil Dengan Panggilan Menyenangkan. Percaya tak? Lea tak panggil "abang". Entah ye? Tak boleh masuk. Kami bahasakan diri kami, "I" "You" " Saya" " Awak" " Sayang" " Baby". Dan apa-apa sahaja yang menyenangkan. Tak berkurangan kasih sayang kalau tak panggil Abang. sebab Abe geli. Lea pun geli. Tapi panggil Abe, tak apa. Sebab, kata Abe, di suka. Berdarah Kelantan kan? Bukan sebab nak tunjuk moden ke apa, sebab kami dah bincang benda ni, kami setuju dan kami bahagia.

Suamiku Encik Perfect Ten - 8. Katanya, Peganglah Saya. Sentuhan memang penting. Abe tak pernah malu nak pegang tangan lea kat mana-mana yang dia suka. Suka hati dia. Tabiatnya, mesti berada di sebelah kiri abe. lea pun dah terikut, jadi kalau berjalan di sebelah kanannya, rasa janggal. Kalau rasa stress, marah, kecik hati, abe pegang tangan pun, dah rasa lega. hilang semua kan? Kuatnya aura sentuhan.

Suamiku Encik Perfect Ten - 9. Katanya, Nak AIr Tangan Isteri. Masak, memang belum terer. Mak mertua ada aje sudi nak ajar memasak. Oleh sebab, Abe tak cerewet bab makan, senang sikit. Air tangan tu tak semestinya betul-betul kena masak. sediakan air, buatkan makanan, kalau beli bungkus, kita lah yang uruskan. bila dah kenyang, semua benda selamat, A Hungry Man is An Angry Man.  Sebab itu lea akan sedaya upaya sediakan makanan untuk Abe makan. Walaupun nanti masakan itu sudah sejuk, Takpa, Abe tetap makan,

Suamiku Encik Perfect Ten - 10. Katanya, Buatlah Apa Sahaja Asalkan Maruah Diri, Keluarga dan Agama Terjaga. Kata-kata ini Abe ucapkan masa Abe kene pergi Barcelona untuk out station. Masa tu, baru kawen tiga bulan. Rasa macam susah sangat nak lalui hari-hari tanpa Abe. padahal, boleh aje chat sellau, hangout. Tapi, perempuan mengada. Sampai sekarang, pesanan abe tersemat di hati.

Kalau nak describe tentang suami ini, belum cukup sebenarnya. Betul tak? Tapi sebab nak juga match dengan Suamiku Encik Perfect Ten, jadilah macam ni. Betul, dalam baik ada kurangnya. Lea menerima segala kekurangan Abe dengan hati terbuka, berlapang dada. Semoga kasih sayang kita berkekalan. Kerana kelemahan lea telah dilengkapi dengan kelebihan si dia.

Sayang, kalau you baca, jangan kecik hati tau. You adalah suami terbaik di dunia. Hahaha, jangan terlintas dalam hati, nak kawen lagi satu, I tahu you akan cakap macam tu. heheeh. Sayang, walaupun you selalu cakap I gemuk, banyak jerawat, nama I tak ada dalam wasiat you, tapi I tahu, semua yang you cakap itu untuk I sebab you sayang sangat kat I kan? Walaupun kadang-kdang, kecik hati gak. (Alamak, ini pengakuan ke?) , tetapi I tahu you sayangkan I. You sayangkan juga budak gemuk ni. I sangat bersyukur kerana dipertemukan semula dengan you.

xoxo. lea.
suamiku_encik_perfect_ten
Mengelilingi Dunia Bersama Abe



2.15.2015

, , , , ,

Wasiat Aku Bukan Untuk Dia





Aturan lengkap perancangan kewangan ialah:

 - menyimpan
 - melabur
 - melindungi
 - mengagihkah

Harta aku takla 'botingkek-tingkek. Tapi harta aku yang semangkuk ni, kalau terbeku, maka tak berkembanglah ekonomi mereka yang layak beroleh manfaat darinya.

Secara peribadi, sejak aku graduate dari tahun 2004 sehingga kini 2015, aku memang dah cover bahagian menyimpan (savings), melabur (invest) dan melindungi (Takaful). Tapi sehingga hari ni, hampir dua tahun dah berumah tangga, aku masih belum berwasiat untuk menyatakan hasrat bagaimana harta aku yang semangkuk ni patut diagihkan.

Selama ni, aku ingatkan, kalau penamaan EPF, Takaful dan Tabung Haji sudah dibuat, maka itu sudah memadai. Unfortunately, no. Kenapa? Semua sedia maklum, akaun simpanan di Bank tidak ade penamaan yang boleh dibuat. Bayangkan gaji masuk 31 haribulan, malangnya 26 haribulan, aku meninggal dunia. So cemane nak keluarkan duit aku dari bank? Bank takkan release duit kepada waris hanya dengan menunjukkan sijil kematian.

Itu contoh mudah, satu akaun simpanan. Macam mana pula kalau aku ade akaun pelaburan unit amanah? Amanah Hartanah Bumiputera contohnya.

Di sinilah fungsinya wasiat. Wasiat memudahkan waris mendapat Grant of Prabate dari Mahkamah bagi membolehkan pengeluaran harta si mati dari akaun simpanan dan akaun unit amanah. Wasiat juga boleh memudahkan pengagihan wang KWSP (EPF), Takaful dan Tabung Haji sekiranya penamaan sedia ada terbatal. Penamaan boleh terbatal disebabkan kematian penama atau kesilapan remeh seperti nombor kad pengenalan penama di salah catat semasa penamaan dibuat.

Sejak seminggu dua ni, aku ambil ikhtiar untuk fahami bab pengagihan harta pusaka berlandaskan Syari'ah. Ape yang aku discover, memang sangat mengejutkan. Hampir boleh buat aku kecewa.

Mahu tidaknya. Rupa rupanya, aku cuma boleh wasiatkan HANYA 1/3 sahaja dari harta aku. Ape jadi kepada 2/3 harta aku? OH PENING!!!



Begini ceritanya...

Dalam Al-Qur'an surah An-Nisaa' ayat 11-12 kite telah diperintahkan siapa yang selayaknya menerima bahagian bahagian dari harta pusaka yang kita akan tinggalkan kelak.

Mari kite lihat macam mana perintah pembahagian harta ini boleh buat aku pening kepala.

Bayangkan, aku yang dah berkahwin ni, beli sebuah apartment 950 kaki persegi bernilai RM400,000. 7 tahun berlalu dan aku pergi meninggal dunia. Umum beranggapan bahawa isteri adalah pewaris mutlak rumah tersebut. Tuan-tuan dan puan-puan pasti setuju kalau isteri yang menjadi pewaris bukan? Tapi hakikatnya menurut Al-Qur'an, harta, yakni sebuah rumah yang saya beli tadi bukanlah menjadi hak isteri secara mutlak.

Lanjutan dari senario beli rumah tersebut, bayangkan pula selepas aku meninggal dunia, yang tinggal (hidup) adalah, isteri aku, mak aku dan juga 3 orang adik lelaki aku. Let's assume ayah aku pon dah meninggal dunia.

Senario yang ideal ialah hak milik rumah berpindah milik dari nama aku ke nama isteri aku. Tetapi REALITInya sangat berbeza. REALITInya, penama rumah akan bertambah menjadikan pemilik rumah aku tadi seperti berikut :


Isteri (Janda semula)1425%$100,000.00
Mak (Menjanda juga)1616.67%$66,666.67
Adik#273619.44%$77,777.78
Adik#373619.44%$77,777.78
Adik#473619.44%$77,777.78
Total100%$400,000.00

Macam mana tuan-tuan? Macam mana nak bahagikan sebuah apartment 950 kaki persegi kepada 5 bahagian mengikut pecahan seperti di atas?

Ade beberapa pilihan disini:

Pilihan Pertama: Mak aku dan adik adik aku mengHALALkan bahagian mereka kepada isteri aku. Sebelum korang kata ni amalan yang mulia, ape kata sebelum korang mati korang halalkan RM77,000 duit korang kepada aku? ade berani? :-)

Pilihan Kedua: Isteri aku akan membeli bahagian rumah yang diwarisi mak aku dan adik adik aku. Atau,

Pilihan Ketiga: Isteri aku terpaksa jual rumah dan membahagikan hasil jualan rumah kepada mak aku dan adik adik aku mengikut pecahan di atas.


Mari kite tambah sambal sikit pada senario tersebut di atas. Sedang isteri aku pening-pening memikirkan pilihan mana yang dia patut ambil, TIBA-TIBA.... Adik#2 aku meninggal dunia dan pewarisnya ialah seorang anak lelaki dan isterinya.

So ape jadi pada rumah aku sekarang? JENG! JENG! JENG! Berikut akan berlaku, RM77,777.78 bahagian Adik#2 aku tadi akan diwarisi seperti berikut oleh isteri dia, anak dia dan mak aku:

BeneficiaryFractionPercentAmount
Isteri (Adik Ipar aku)1812.5%$9,722.22
Anak (Anak Sedara aku)172470.83%$55,092.59
Mak aku1616.67%$12,962.96
Total100%$77,777.78


Dan dengan itu rumah aku bertambah la lagi dua nama sementara menunggu isteri aku memutuskan samada dia nak ambik Pilihan Kedua atau Pilihan Ketiga. Dan dengan bertambahnya penama yang berusia bawah 18tahun (anak saudara aku), maka isteri aku kene la tunggu sampai budak tu cecah umur 18 tahun baru boleh jual rumah (Pilihan Ketiga) untuk membahagikan hasil kepada pemilik-pemilik rumah tadi. Kenapa kena tungu lama macam tu sekali? Sebab kontrak jual beli hanya boleh ditandatangani oleh seorang yang berusia 18 tahun dan ke atas sahaja. At this stage (setelah Adik#2 meninggal), toksah cerita pasal Pilihan Kedua dah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Bahagian-bahagian yang tertera di atas, bukanlah sebarang peratusan rawak yang dipetik dari angin. Bahagian-bahagian tersebut telah termaktub di dalam Al-Qur'an, Surah An-Nisaa' ayat 11-12

Jika Tuan-Tuan dan Puan-Puan ingin tahu lebih lanjut bagaimana untuk mengelakkan senario diatas, silalah berhubung dengan pihak-pihak berikut untuk maklumat lanjut berkenaan Wasiat, Amanah & Hibah:

 - Majlis Agama Islam Selangor
 - AmanahRaya
 - Wasiyyah Shoppe
 - as-Salihin Trustee Berhad


Akhir kata, rancanglah agihan harta Tuan-Tuan walaupun harta yang sedia ada cuma simpanan yang tak cecah RM11,000, Nilai ini mungkin kecil bagi kite tapi besar nilainya bagi orang yang lebih memerlukan.

ini 2007 punya cerita


Sekian,



M.K. Anwar Rangkuti || Chief Digital Curator || http://SolidusDenarius.com



2.14.2015

, ,

3 Pantang Cikgu Lea


Semalam, lea menghadiri taklimat pelajar pasca siswazah di Universiti Malaya. Oleh kerana, majlis "minggu haluan siswa" itu membawa sampai ke petang, jadi lea terpaksa ambil Cuti Rehat Khas untuk satu hari. Mujur, ada kak Zakiah nak membantu tolong cover pelajar-pelajar kelas lea. kalau tidak, bertaburan bebudak itu.

Hari ini, kak Zakiah beritahu sesuatu yang lea tak sangka. Ada seorang pelajar yang tak pernah bercakap dengan Lea, beritahu pada kak Zakiah, dia suka belajar dengan Lea. Allahu Akbar, rasa gembira betul dalam diri ini. Tak sangka, sungguh Lea tak sangka.

Lea ni kadang-kadang kategori garang macam Mak Tiri Cinderella. Ada yang panggil Singa. Macam-macam gelaran ada.

Pantang Cikgu Lea Yang Pertama  : Jangan Bercakap Bila Cikgu Lea Bercakap. Entah kenapa, anak-anak murid ni suka bercakap bila cikgu bercakap. Lea memang tak boleh terima hakikat kalau ada anak murid bercakap bile Lea bercakap. Lea lebih rela anak murid tu tertidur. Itu memang sangat boleh dimaafkan. Pada Lea, tak hormat guru. Bukannya tak boleh bercakap, sebab biasanya Lea akan beri masa bercakap juga, cuma jangan bercakap semasa Lea sedang bercakap.

Pantang Cikgu Lea Yang Kedua : Jangan Main Tekan-Tekan Pen. Lea memang tak boleh terima orang main tekan-tekan pen bila ada orang tengah bercakap. Sakit telinga nehh. Nak-nak kalau kita tengah bercakap kat depan. Anak-anak murid ni akan kata, pen ajekan. Anak-anak murid, sila jangan buat macam-macam bunyi pelik dalam kelas. Sebab apa, Lea perasan segala bunyi pelik akan keluar ketika kita megajar. Masa ni kita bercakap, masa tu lah diorang nak beraksi. Kalau nak buat juga bunyi, boleh. Main tekan-tekan pen tu bawah pokok buat sampai seribu kali.

Pantang Cikgu Lea Yang Ketiga : Jangan Tak Bawa Buku.  Memang cari nahas lah kalau tak bawa buku datang sekolah. Kenapa? kalau tak bawa buku, nak membaca, nak menyalin macam mana? Semua tu, macam mana? tetapi, masih ada yang tak bawa. Biasalanya, Lea akan tanya dulu, kenapa tak bawa, pastu marah juga, nak bagi adil. Asalkan mereka berani bertanggungjawab dengan apa kesalahan dah memadai.

Tiga pantang ni, memang dah lama Lea pegang. Biasanya, hari pertama masuk kelas sahaja, Lea dah beritahu. Kenapa? Supaya mereka lebih berdisiplin dalam kelas Lea. Walau apa pun gelaran yang diberi kepada Lea, Lea tak kisah pun. Asalkan dapat membentuk tingkah laku yang baik, tak ada masalah.

Ada sahaja yang langgar pantang Lea dalam kelas ni. Biasanya Lea akan bulatkan biji mata, hahahahaha. Terus diorang takut. Takut-takut pun masih boleh ketawa-ketawa, maknanya tak takut lah tu, kan?

Pantang kene ada, supaya ada batas hormat anak murid dengan guru.
Pantang kene ada, sebab itu trademark kita.

2.11.2015

AKU AKAN MENJAGAMU, SEMAMPU DAN SEBISAKU





Dedikasi Khas Untuk kak Iza Malini, ibu kepada pesakit Talesemia, Wawa.
Semarak kasih sayang kerana Allah Taala.
Kasih ibu, membawa ke syurga



Aku Akan Menjagamu Semampu Dan Sebisaku 
Walau Ku Tahu Ragamu Tak Utuh 
Ku Terima Kekuranganmu 
Dan Ku Tak Akan Mengeluh
Kerna Bagiku Engkaulah Nyawaku 
Kerna Bagiku
Engkaulah Nyawaku


Bait-bait lagu ini, kuat mengingatkan lea pada mak abah lea. Kerana kesungguhan mereka, lea berjaya seperti sekarang. Lea tahu, mak abah dah buat SEMAMPU dan SEBISA mereka menjaga lea, membesarkan lea. Terpanggil menulis pagi ini, terkenang seorang kawan satu sekolah, yang mana anaknya mengidap Talesemia. Lea pernah dengar tentang Talesemia, itupun sebab ada dalam iklan, kalau tak, memang tidak lah. 

Kak Iza Malini, duduk betul-betul belakang kerusi lea di bilik guru. pada hari dengar anak akak Iza , Wawa masuk wad, satu perasaan aneh singgah di hati lea. Sungguh tabah ibu muda ini. Meskipun, telah redha dengan takdir yang Allah S.W.T tentukan, tanggungjawab menjaga Wawa dengan semampu dan sebisanya, tetap diteruskan. Kak Iza bergilir-gilir menjaga Wawa di hospital bersama suami. Benar, kak Iza dan suami adalah pembawa penyakit Talesemia, tetapi mereka pun tidak tahu sehinggalah mereka membuat pemeriksaan. Itupun hanya selepas mereka dapati wawa selalu demam dan sesak nafas. 

Bila dengar cerita kak Iza Malini baru-baru ini, doktor dah buat pengesahan, keadaan wawa sudah berada di tahap dua dimana limfa akan terus membengkak. Dan menurut ka Iza, limfa wawa akan terus membengkak sehingga satu masa hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Pada waktu itu, bergenang air di kelopak mata lea. Sebak di dada tidak tertahan. Wahai Allah, kuatkanlah hati dan semangat hambamu ini. Kuatkan semangat kanak-kanak ini. Lea pandang wajah kak Iza, dia juga sedang mengekang air matanya dari jatuh ke pipi.


Wawa ketika menerima rawatan baru-baru ini. 

wajah yang kuat semangat luar dan dalam. 


Lea hanya pegang tangan kak Iza dan tarik nafas dalam-dalam. Pesan pada kak Iza, supaya banyak-banyak bersabar. Allah S.W.T sebenarnya sedang memberi akak ruang dan peluang untuk akak bersama wawa. Allah S.W.T Maha Adil. Insha Allah, hikmahnya sangat besar. Aduh, pilu hati ini. 

Kata kak Iza, dia akan MENJAGA wawa, SEMAMPU dan sekuatnya. Sekali pandang, raut wajah kak Iza seperti tidak ada masalah, sedangkan beban yang ditanggung amat berat. SEBISAnya kami akan membantu kak Iza, sokongan moral, kata-kata semangat, kami tak akan berhenti. Semoga ka Iza sentiasa kuat dalam apa jua situasi yang mendatang. 

Lega juga dengar cerita kak Iza, guru wawa dan kawan-kawan sudah memahami keadaan wawa, Mudah-mudahan, wawa akan semakin baik dan sihat  dalam menghadapi masa-masa akan datang. Besar kasih seorang ibu pada anaknya, semoga Allah jualah yang membalasnya.

Mungkin di luar sana, ramai lagi ibu bapa yang sedang menjaga anak sedang sakit. Mungkin lebih kronik dan kritikal. Doa lea, semoga kekuatan akan terus bersama kalian. Sesungguhnya, ganjaran syurga itu terbentang luar untuk kalian. Kalian sangat hebat, sangat-sangat hebat. 

Sesungguhnya, pilihan Allah S.W.T dalam memberi ujian dan dugaan, sangat tepat. Tiada ujian yang tidak setampil dengan kekuatan kita. Dia yang memberi pasti Dia juga tahu mengambilnya. dari Dia semua ini datang dan kepada Dia jugalah akan kembali. Apa yang boleh kita lakukan ini MENJAGA apa yang kita ada, SEMAMPUnya. 

Bila lea tenung-tenung kembali, lea ada mak abah, adik beradik dan keluarga lea. Paling dekat dengan lea, ialah suami lea, Abe. Sungguh memberi kesedaran, sedaya upaya lea semak semula kelemahan lea dalam melaksanakan tanggungjawab untuk keluarga. Adakah segala perkara yang lea buat sudah mencukupi? Kadang-kadang, bila Abe merengek-rengek demam, sakit kepala, dan bila pada masa yang sama, lea pun penat, kadang-kala layanan tidak seperti yang sepatutnya. Allah, ampunkanlah aku. 

Bila pulang dari kerja, penat, kadang-kala tak tertahan mata ini, nak buka, kadang-kadang terabai tanggungjawab. Allahu Akbar..insafnya. Mendengar cerita kak Iza, memang membuka mata lea. Buatlah sehabis baik untuk orang yang kita sayang sementara dia ada di depan mata kita, bersama kita. Terus tertanam dalam hati lea, AKU AKAN MENJAGAMU, SEMAMPU DAN SEBISAKU sayang.

Terpatri satu janji, dalam hati biar kekal di hati.
Semoga kekal abadi. 

Allahu Akbar.
Amin. 









, , ,

KAMI MENANG


Bismillah. 


Kalau diselak sejarah lama, rasanya, lepas tahun 2005, tak pernah lea diberi tanggungjawab sebagai Guru Kelas. Al-maklum, apabila mengajar pendidikan Islam ini, memang kelas akan bergabung dan semua pelajarnya adalah yang beragama Islam. Ada jugak sembilan tahun macam tu. 

Jadi tanggungjawab tahun 2015, sangat banyak bezanya dengan apa yang pernah lea dapat dahulu. 
Jadi, bila dapat tahu kene jadi guru kelas, dalam hati tu dah kata KAMI MENANG. Hehehe. Punyalah semangat nak MENANG kan? 

Semua sekolah memang ada pertandingan 3K, Keselamatan Kesihatan dan keceriaan. Kelas di bawah tanggungjawab lea ialah kelas 2 Aktif. Kalau ikut sejarah tahun lepas, lea memang ada mengajar di kelas ini. Hari pertama jumpa mereka, nampak macam tak bersemangat aje. Macam mana nak MENANG ni?

Agaknya, dah puas bercuti, jadi mood CUTI tu masih tebal lagi. Rangka macam-macam dalam otak ni. Ligat fikir itu dan ini. Sebetulnya, kelas kami berkongsi dengan pelajar sesi pagi, kelas 3 Arif. Alhamdulillah, cikgu Azim sangat memberi kerjasama untuk bantu meraih keMENANGan. 

Betul, guru perlu memberi tunjuk ajar pada murid-murid. Tetapi, murid-murid perlu sangat-sangat dibantu dan dibimbing oleh murid. Dalam usaha itu, idea banyak datang dari guru. Biasalah tu. Nak MENANG punya pasal, tangan yang keras kematu ni, terpaksa  dilembutkan untuk bantu murid menceriakan kelas. 

Akhirnya, pada hari Isnin lepas, KAMI MENANG. Kelas KAMI MENANG pertandingan 3K dan sudut ASEAN. Setiap kelas perlu wujudkan sudut Asean untuk memperkenalkan negara-negara Asean kepada murid-murid. Jangan kata murid-murid, otak cikgu yang dah berlapuk ni pun nak kene polish. Lea sedar, ilmu kalau tak digunakan memang akan hilang. Kenapa lea nak MENANG. Sebab dengan MENANG ini, dapat membakar semangat anak-anak murid dengan sifat sayang pada kelas, bertanggungjawab pada kelas dan sentiasa prihatin. itu aje yang lea nak. Lea nak mereka sayang pada kelas mereka. Sebab, ini adalah rumah kedua mereka. Kalau kelas mereka, mereka tak sayang, apa lagi yang tinggal? 

Sejak KAMI MENANG, lea tengok anak-anak murid tetap bersemangat. Nak kekalkan keMENANGan itu, susah. KAMI MENANG aje, seolah-olah tidak beri peluang pada orang lain. Tetapi sekiranya MENANG itu, memang layak untuk dapat, apa salahnya. 

Sesungguhnya, mendapat penghargaan itu, kenangan yang amat manis. Bila lea tengok wajah anak-anak murid lea yang seronok, lea jadi lagi seronok. Penat perah idea, beli barang, bersusah payah hilang macam tu aje. Susah nak gambarkan keseronokkan itu. Jujurnya, pada lea, dapat memberikan nilai keseronokkan pada anak murid itu sangat indah. Bila jumpa mereka dalam kelas, mereka tanya, ustazah, apa lagi nak buat, KAMI nak MENANG lagi. Allahu Akbar, seronoknya. 

Dalam kelas lea ada 11 orang pelajar bukan Islam, sama-sama membantu. Sama-sama menyumbang tenaga untuk pastikan KAMI MENANG lagi. Ala Kulli Hal, bukan setakat keMENANGan yang lea mahukan, lea mahukan keadaan kelas yang ceria, selesa dan menyeronokkan pelajar untuk belajar dalam kelas. Murid-murid akalnya, masih belum panjang. Kitalah bertanggungjawab nak mencorakkan masa depan mereka.  Kalau kelas kotor dan tak ceria, nama siapa yang naik, nama hakkkkkaaakk jugak !!! Tak kuasa mak. 

xoxo. lea


kamimenang1
TAHNIAH.
Ketua kelas mewakili kelas 2 Aktif untuk mengambil piala pusingan. 


Beraksi ketika kemas kelas

Kreatif

Persediaan sudut Asean. Kami memilih negara Brunei 

Macam-macam gaya. 

Tulisan tangan yang keras. 

Mak tiri turun padang. 

Bebudak yang kene kerah. 

Tema Instagram. 

Sudut Asean 

Keluarga 2 Aktif 




2.04.2015

, , , ,

REZEKI ITU BELUM UNTUK KAMI LAGI


Bismillah. 

Terduduk rasanya bila menoleh kembali berakhinya bulan Januari. 
Bila dilihat kembali kalendar bulan 1, 
sesuatu yang amat meletihkan.
Serasa cepatnya masa berlalu. 

Lea ambil kesempataan duduk kemas-kemas layout blog. 
Rasa rindu dengan gambar dengan Aya Sofia.
Inilah antara gambar bulan madu Lea dengan Abe di Istanbul.
Jalan-jalan kami yang pertama selepas diijabkabulkan. 
Terasa seperti seluruh kasih sayang itu,
tertumpah dan mengalir dengan derasnya ke seluruh badan.

Bulan madu yang amat manis.
Saat cinta dilafaz di Pamukkale,
ketika lalu di tepi Provinsi Denizli,
di remang-remang senja,
matahari jatuh pada batu berwarna putih,
terasa pipi lembut di sapa angin.

Ketika itu,
hanya air mata yang mengalir.
Lantas dalam hati berdoa,
semoga kasih, sayang, cinta, rindu, manja, marah dan rajuk si dia,
hanya untuk lea.

REZEKIBELUMUNTUKKAMI


Tahun ini, 
insha Allah tahun kedua perkahwinan kami. 
23 Mac, yang penuh sejarah. 

Dan dari detik itu, 
soalan yang tak pernah lekang dari bibir-bibir manusia, 
ialah soalan cahaya mata. 

Mana mungkin, 
tidak pernah terlintas dalam hati kami, 
untuk memiliki zuriat sendiri. 
Mana mungkin, 
tidak pernah dalam hati kami, 
ingin melayan karenah dan keletah anak sendiri. 
Mana mungkin, 
kami tidak pernah berangan-angan nama anak kami berdua. 
dan mana mungkin, 
kami tidak bercanggah pendapat, hanya kerana mahukan perangan siapa yang melekat pada anak. 

Cumanya, 
rezeki itu belum untuk kami lagi. 

Selalu orang kata, 
orang tak ada anak tak kan faham hidup orang yang ada anak. 
Lea faham, sangat faham, 
tetapi lea tak mengalaminya. 
Mana mungkin lea nak merasakan, 
bagaimana yang anda rasa. 

Janganlah diasingkan layanan, 
hanya kerana lea belum ada anak. 
Beban kerja, persepsi, 
jangan disamakan. 
Meskipun, belum ada anak, 
Kita masih ada tugas dan tanggungjawab yang berbeza. 
Kita ini berbeza sama sekali. 
Tak sama. 

Mungkin, dah biasa dalam masyarakat kita,
bila nak mula bicara,
soalan keluarga menjadi persoalan.
Lea tak pernah marah,
kalau orang tanya.
Tapi, jangan tanya,
kenapa tak buat apa-apa.

Tanyalah Allah Yang Maha Esa.
Kerana Dia lebih mengerti dan mengetahui,
kenapa bahagian rezeki kami begini.

Kami bahagia begini.
Buat masa ini, kebahagiaan kami berdua,
tiada tandingan.
Ramai orang lupa,
belum ada anak itu,
sebenarnya, satu rezeki juga.

Mungkin, perangai kanak-kanak,
belum matang itu masih lagi ada pada lea.
Ketahuilah,
jauh disudut hati, lea sudah matang.
Sudah matang, menerima takdir yang Allah berikan kepada lea.

Siapa tahu,
percaturan Allah itu sebenarnya,
mahu lea menikmati kasih sayang dan cinta penuh dari seorang suami,
sepenuhnya tanpa gangguan sesiapa,
siapa tahu,
percaturan Allah itu sebenarnya,
satu bentuk rahmat dan belas kasihan yang tiada keterbatasan.

Allah Maha Pamurah,
keluasan pada rezeki yang telah diputuskan olehNya,
tidak tercapai pada akal fikiran manusia.

Jangan ditanya,
apa usaha yang kami lakukan.
Jangan ditanya,
berapa banyak usaha yang telah kami buat,
Jangan ditanya,
Bukan kami yang patut menjawab soalan itu.

Sesungguhnya,
semua yang kita terima adalah anugerah Allah.
Punya ramai anak,
satu anak,
tiap-taip tahun beranak,
lepas 15 tahu beranak,
semua itu anugerah.

Apa yang kami lakukan,
sementara di atas segala kesempatan,
kami buat yang terbaik untuk hidup kami.

Benar, anak itu rezeki,
tetapi,
benar juga, rezeki itu bukan semata-mata anak sahaja.

Doakan kegembiran kita semua.
Pada yang belum punya anak,seperti lea,
lalui kehidupan dengan penuh kegembiraan.
lalui hari-hari dengan pasangan anda,
seperti bulan madu sepanjang masa.

Hargai apa yang sudah ada,
di depan mata.
Ujian kita belum berakhir.
Lagi tinggi kekuatan dan ketabahan kita,
lagi tinggi ujian Allah berikan kepada kita.

Berlapang dada.
insha Allah,
kurniaanNya juga,
tidak terjangkau dek bayangan kita.

xoxo.lea