3 Pantang Cikgu Lea
Semalam, lea menghadiri taklimat pelajar pasca siswazah di Universiti Malaya. Oleh kerana, majlis "minggu haluan siswa" itu membawa sampai ke petang, jadi lea terpaksa ambil Cuti Rehat Khas untuk satu hari. Mujur, ada kak Zakiah nak membantu tolong cover pelajar-pelajar kelas lea. kalau tidak, bertaburan bebudak itu.
Hari ini, kak Zakiah beritahu sesuatu yang lea tak sangka. Ada seorang pelajar yang tak pernah bercakap dengan Lea, beritahu pada kak Zakiah, dia suka belajar dengan Lea. Allahu Akbar, rasa gembira betul dalam diri ini. Tak sangka, sungguh Lea tak sangka.
Lea ni kadang-kadang kategori garang macam Mak Tiri Cinderella. Ada yang panggil Singa. Macam-macam gelaran ada.
Pantang Cikgu Lea Yang Pertama : Jangan Bercakap Bila Cikgu Lea Bercakap. Entah kenapa, anak-anak murid ni suka bercakap bila cikgu bercakap. Lea memang tak boleh terima hakikat kalau ada anak murid bercakap bile Lea bercakap. Lea lebih rela anak murid tu tertidur. Itu memang sangat boleh dimaafkan. Pada Lea, tak hormat guru. Bukannya tak boleh bercakap, sebab biasanya Lea akan beri masa bercakap juga, cuma jangan bercakap semasa Lea sedang bercakap.
Pantang Cikgu Lea Yang Kedua : Jangan Main Tekan-Tekan Pen. Lea memang tak boleh terima orang main tekan-tekan pen bila ada orang tengah bercakap. Sakit telinga nehh. Nak-nak kalau kita tengah bercakap kat depan. Anak-anak murid ni akan kata, pen ajekan. Anak-anak murid, sila jangan buat macam-macam bunyi pelik dalam kelas. Sebab apa, Lea perasan segala bunyi pelik akan keluar ketika kita megajar. Masa ni kita bercakap, masa tu lah diorang nak beraksi. Kalau nak buat juga bunyi, boleh. Main tekan-tekan pen tu bawah pokok buat sampai seribu kali.
Pantang Cikgu Lea Yang Ketiga : Jangan Tak Bawa Buku. Memang cari nahas lah kalau tak bawa buku datang sekolah. Kenapa? kalau tak bawa buku, nak membaca, nak menyalin macam mana? Semua tu, macam mana? tetapi, masih ada yang tak bawa. Biasalanya, Lea akan tanya dulu, kenapa tak bawa, pastu marah juga, nak bagi adil. Asalkan mereka berani bertanggungjawab dengan apa kesalahan dah memadai.
Tiga pantang ni, memang dah lama Lea pegang. Biasanya, hari pertama masuk kelas sahaja, Lea dah beritahu. Kenapa? Supaya mereka lebih berdisiplin dalam kelas Lea. Walau apa pun gelaran yang diberi kepada Lea, Lea tak kisah pun. Asalkan dapat membentuk tingkah laku yang baik, tak ada masalah.
Ada sahaja yang langgar pantang Lea dalam kelas ni. Biasanya Lea akan bulatkan biji mata, hahahahaha. Terus diorang takut. Takut-takut pun masih boleh ketawa-ketawa, maknanya tak takut lah tu, kan?
Pantang kene ada, supaya ada batas hormat anak murid dengan guru.
Pantang kene ada, sebab itu trademark kita.
0 comments:
Post a Comment