2.11.2015

AKU AKAN MENJAGAMU, SEMAMPU DAN SEBISAKU





Dedikasi Khas Untuk kak Iza Malini, ibu kepada pesakit Talesemia, Wawa.
Semarak kasih sayang kerana Allah Taala.
Kasih ibu, membawa ke syurga



Aku Akan Menjagamu Semampu Dan Sebisaku 
Walau Ku Tahu Ragamu Tak Utuh 
Ku Terima Kekuranganmu 
Dan Ku Tak Akan Mengeluh
Kerna Bagiku Engkaulah Nyawaku 
Kerna Bagiku
Engkaulah Nyawaku


Bait-bait lagu ini, kuat mengingatkan lea pada mak abah lea. Kerana kesungguhan mereka, lea berjaya seperti sekarang. Lea tahu, mak abah dah buat SEMAMPU dan SEBISA mereka menjaga lea, membesarkan lea. Terpanggil menulis pagi ini, terkenang seorang kawan satu sekolah, yang mana anaknya mengidap Talesemia. Lea pernah dengar tentang Talesemia, itupun sebab ada dalam iklan, kalau tak, memang tidak lah. 

Kak Iza Malini, duduk betul-betul belakang kerusi lea di bilik guru. pada hari dengar anak akak Iza , Wawa masuk wad, satu perasaan aneh singgah di hati lea. Sungguh tabah ibu muda ini. Meskipun, telah redha dengan takdir yang Allah S.W.T tentukan, tanggungjawab menjaga Wawa dengan semampu dan sebisanya, tetap diteruskan. Kak Iza bergilir-gilir menjaga Wawa di hospital bersama suami. Benar, kak Iza dan suami adalah pembawa penyakit Talesemia, tetapi mereka pun tidak tahu sehinggalah mereka membuat pemeriksaan. Itupun hanya selepas mereka dapati wawa selalu demam dan sesak nafas. 

Bila dengar cerita kak Iza Malini baru-baru ini, doktor dah buat pengesahan, keadaan wawa sudah berada di tahap dua dimana limfa akan terus membengkak. Dan menurut ka Iza, limfa wawa akan terus membengkak sehingga satu masa hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Pada waktu itu, bergenang air di kelopak mata lea. Sebak di dada tidak tertahan. Wahai Allah, kuatkanlah hati dan semangat hambamu ini. Kuatkan semangat kanak-kanak ini. Lea pandang wajah kak Iza, dia juga sedang mengekang air matanya dari jatuh ke pipi.


Wawa ketika menerima rawatan baru-baru ini. 

wajah yang kuat semangat luar dan dalam. 


Lea hanya pegang tangan kak Iza dan tarik nafas dalam-dalam. Pesan pada kak Iza, supaya banyak-banyak bersabar. Allah S.W.T sebenarnya sedang memberi akak ruang dan peluang untuk akak bersama wawa. Allah S.W.T Maha Adil. Insha Allah, hikmahnya sangat besar. Aduh, pilu hati ini. 

Kata kak Iza, dia akan MENJAGA wawa, SEMAMPU dan sekuatnya. Sekali pandang, raut wajah kak Iza seperti tidak ada masalah, sedangkan beban yang ditanggung amat berat. SEBISAnya kami akan membantu kak Iza, sokongan moral, kata-kata semangat, kami tak akan berhenti. Semoga ka Iza sentiasa kuat dalam apa jua situasi yang mendatang. 

Lega juga dengar cerita kak Iza, guru wawa dan kawan-kawan sudah memahami keadaan wawa, Mudah-mudahan, wawa akan semakin baik dan sihat  dalam menghadapi masa-masa akan datang. Besar kasih seorang ibu pada anaknya, semoga Allah jualah yang membalasnya.

Mungkin di luar sana, ramai lagi ibu bapa yang sedang menjaga anak sedang sakit. Mungkin lebih kronik dan kritikal. Doa lea, semoga kekuatan akan terus bersama kalian. Sesungguhnya, ganjaran syurga itu terbentang luar untuk kalian. Kalian sangat hebat, sangat-sangat hebat. 

Sesungguhnya, pilihan Allah S.W.T dalam memberi ujian dan dugaan, sangat tepat. Tiada ujian yang tidak setampil dengan kekuatan kita. Dia yang memberi pasti Dia juga tahu mengambilnya. dari Dia semua ini datang dan kepada Dia jugalah akan kembali. Apa yang boleh kita lakukan ini MENJAGA apa yang kita ada, SEMAMPUnya. 

Bila lea tenung-tenung kembali, lea ada mak abah, adik beradik dan keluarga lea. Paling dekat dengan lea, ialah suami lea, Abe. Sungguh memberi kesedaran, sedaya upaya lea semak semula kelemahan lea dalam melaksanakan tanggungjawab untuk keluarga. Adakah segala perkara yang lea buat sudah mencukupi? Kadang-kadang, bila Abe merengek-rengek demam, sakit kepala, dan bila pada masa yang sama, lea pun penat, kadang-kala layanan tidak seperti yang sepatutnya. Allah, ampunkanlah aku. 

Bila pulang dari kerja, penat, kadang-kala tak tertahan mata ini, nak buka, kadang-kadang terabai tanggungjawab. Allahu Akbar..insafnya. Mendengar cerita kak Iza, memang membuka mata lea. Buatlah sehabis baik untuk orang yang kita sayang sementara dia ada di depan mata kita, bersama kita. Terus tertanam dalam hati lea, AKU AKAN MENJAGAMU, SEMAMPU DAN SEBISAKU sayang.

Terpatri satu janji, dalam hati biar kekal di hati.
Semoga kekal abadi. 

Allahu Akbar.
Amin. 









0 comments:

Post a Comment