2.11.2015

, , ,

KAMI MENANG


Bismillah. 


Kalau diselak sejarah lama, rasanya, lepas tahun 2005, tak pernah lea diberi tanggungjawab sebagai Guru Kelas. Al-maklum, apabila mengajar pendidikan Islam ini, memang kelas akan bergabung dan semua pelajarnya adalah yang beragama Islam. Ada jugak sembilan tahun macam tu. 

Jadi tanggungjawab tahun 2015, sangat banyak bezanya dengan apa yang pernah lea dapat dahulu. 
Jadi, bila dapat tahu kene jadi guru kelas, dalam hati tu dah kata KAMI MENANG. Hehehe. Punyalah semangat nak MENANG kan? 

Semua sekolah memang ada pertandingan 3K, Keselamatan Kesihatan dan keceriaan. Kelas di bawah tanggungjawab lea ialah kelas 2 Aktif. Kalau ikut sejarah tahun lepas, lea memang ada mengajar di kelas ini. Hari pertama jumpa mereka, nampak macam tak bersemangat aje. Macam mana nak MENANG ni?

Agaknya, dah puas bercuti, jadi mood CUTI tu masih tebal lagi. Rangka macam-macam dalam otak ni. Ligat fikir itu dan ini. Sebetulnya, kelas kami berkongsi dengan pelajar sesi pagi, kelas 3 Arif. Alhamdulillah, cikgu Azim sangat memberi kerjasama untuk bantu meraih keMENANGan. 

Betul, guru perlu memberi tunjuk ajar pada murid-murid. Tetapi, murid-murid perlu sangat-sangat dibantu dan dibimbing oleh murid. Dalam usaha itu, idea banyak datang dari guru. Biasalah tu. Nak MENANG punya pasal, tangan yang keras kematu ni, terpaksa  dilembutkan untuk bantu murid menceriakan kelas. 

Akhirnya, pada hari Isnin lepas, KAMI MENANG. Kelas KAMI MENANG pertandingan 3K dan sudut ASEAN. Setiap kelas perlu wujudkan sudut Asean untuk memperkenalkan negara-negara Asean kepada murid-murid. Jangan kata murid-murid, otak cikgu yang dah berlapuk ni pun nak kene polish. Lea sedar, ilmu kalau tak digunakan memang akan hilang. Kenapa lea nak MENANG. Sebab dengan MENANG ini, dapat membakar semangat anak-anak murid dengan sifat sayang pada kelas, bertanggungjawab pada kelas dan sentiasa prihatin. itu aje yang lea nak. Lea nak mereka sayang pada kelas mereka. Sebab, ini adalah rumah kedua mereka. Kalau kelas mereka, mereka tak sayang, apa lagi yang tinggal? 

Sejak KAMI MENANG, lea tengok anak-anak murid tetap bersemangat. Nak kekalkan keMENANGan itu, susah. KAMI MENANG aje, seolah-olah tidak beri peluang pada orang lain. Tetapi sekiranya MENANG itu, memang layak untuk dapat, apa salahnya. 

Sesungguhnya, mendapat penghargaan itu, kenangan yang amat manis. Bila lea tengok wajah anak-anak murid lea yang seronok, lea jadi lagi seronok. Penat perah idea, beli barang, bersusah payah hilang macam tu aje. Susah nak gambarkan keseronokkan itu. Jujurnya, pada lea, dapat memberikan nilai keseronokkan pada anak murid itu sangat indah. Bila jumpa mereka dalam kelas, mereka tanya, ustazah, apa lagi nak buat, KAMI nak MENANG lagi. Allahu Akbar, seronoknya. 

Dalam kelas lea ada 11 orang pelajar bukan Islam, sama-sama membantu. Sama-sama menyumbang tenaga untuk pastikan KAMI MENANG lagi. Ala Kulli Hal, bukan setakat keMENANGan yang lea mahukan, lea mahukan keadaan kelas yang ceria, selesa dan menyeronokkan pelajar untuk belajar dalam kelas. Murid-murid akalnya, masih belum panjang. Kitalah bertanggungjawab nak mencorakkan masa depan mereka.  Kalau kelas kotor dan tak ceria, nama siapa yang naik, nama hakkkkkaaakk jugak !!! Tak kuasa mak. 

xoxo. lea


kamimenang1
TAHNIAH.
Ketua kelas mewakili kelas 2 Aktif untuk mengambil piala pusingan. 


Beraksi ketika kemas kelas

Kreatif

Persediaan sudut Asean. Kami memilih negara Brunei 

Macam-macam gaya. 

Tulisan tangan yang keras. 

Mak tiri turun padang. 

Bebudak yang kene kerah. 

Tema Instagram. 

Sudut Asean 

Keluarga 2 Aktif 




0 comments:

Post a Comment