2.17.2015

, , , ,

SUAMIKU ENCIK PERFECT TEN





Sungguh cepat masa berlalu, sekarang dah pertengahan Februari. Semalam, kelas 2 Aktif menang lagi pertandingan 3K, Meloncat jugaklah lea tadi bila dengar nama kelas diumumkan. Allahu Akbar, besar nilainya kemenangan ini kepada anak-anak murid lea. Dalam lebat hujan, sempat juga petik satu gambar buat kenangan. Mudah-mudahan kejayaan ini menyemarakkan lagi anak-anak murid lea menjaga kelas.

Sampai di rumah, lea bersemangat nak cerita pada encik suamiku. Malangnya, dengan muka selamber dia kata, Itu berita gembira ke? Emmmm... tak sokong langsung. Getus lea dalam hati.

Suami korang macam mana ek? Suami korang dengar tak semua cerita-cerita korang? Kalau suami korang encik perfect ten, ciri-ciri macam mana yang korang nak? Lea nak cuba buat list, cukup ke Abe nak jadi Encik Perfect Ten.

Suamiku Encik Perfect Ten - 1. Katanya, Jangan Tinggal Solat. Abe memang pesan sangat-sangat benda ni. Kata Abe. kalau lea tak solat, bertambahlah beban dosa dia yang dah sedia ada. Dah lah mengumpat dia tak boleh nak halang, jadi lea kene jaga solat. Solat pada waktunya.

Suamiku Encik Perfect Ten - 2. Katanya, Gunakan Suara Lemah Lembut. Al Maklumlah, lea ni guru. kadang-kadang, terlepas perangai jerit kat sekolah tu membawak ke rumah. Masa  awal-awal perkahwinan, selalu aje kene marah. Abe memang asuh lea, kawal nada suara ketika bercakap. Sebab tu kadang-kadang, kawan-kawan kata, lea ni cakap control-control. sebab nak kawal nada suara. Abe kata, dia tak suka dengar suara pekik-pekik. Sebab Abe memang suaranya lemah lembut. Mana tak cair hati lea.

Suamiku Encik Perfect Ten - 3. Katanya, Hiduplah Berdikari. Selepas berkahwin hampir dua tahun ni, abe tak berhenti pesan suruh lea hidup berdikari. Pesan Abe, kasih sayang itu tidak kurang hanya kerana lea berdikari. Abe nak didik lea supaya boleh hidup sendiri, tak menyusahkan orang kalau suatu hari nanti, abe pergi dulu. Abe kata, dia tak nak kalau lea kene hidup sorang-sorang suatu masa nanti, lea akan kene tipu. Lea selalu aje pergi sekolah naik teksi kalau abe nak pakai kereta. tak perlu kesian, sebab lea kene belajar.

Suamiku Encik Perfect Ten - 4. Katanya, Kita Kene Bincang. Berapa kerap korang berbincang? Kitorang hampir setiap hari berbincang dari benda remeh temeh sampai benda-benda serius. Dulu, lea tak suka ni bincang-bincang, sebab selalunya tak ada penyelesaian. Tapi dengan Abe, abe beri lea peluang cakap apa lea nak cakap, tak terima pun, yang penting dah cakap. Fikiran abe, sukar dijangka. ada masa, pendapat lea ditolak. Tak kisah pun, yang penting dah cakap. ingat lagi mula-mula duduk bincang tentang masalah kewangan, sampai menangis lea apabila masa itu memikirkan hutang yang banyak keliling pinggang. Apa baiknya bincang? Sebab kami dapat jalan penyelesaian pada semua masalah yang ada.

Suamiku Encik Perfect Ten - 5.  Katanya,  Teguhlah Pada Pendirian Diri. Bab pendirian ni, baru aje dua tahun ni lea pandai buat. Nikmatnya, bila kita ada pendirian sendiri. Nak bina, bukan mudah. Kalau boleh hidup dengan pendirian sendiri, itu adalah kejayaan yang paling besar. Sanggup tak korang, kalau pendirian korang tu, korang aje faham, orang lain menolaknya. Haa, nak jadi macam tu bukan senang tau. Abe asuh lea supaya jadi macam ni. Abe kata, after all, kita kene bertangungjawab dengan diri kita sendiri.

Suamiku Encik Perfect Ten - 6. Katanya, Saling Memaafkan. Siapalah tak pernah bertekak. selalu aje ada tak kena. Selalunya, kalau salah tu datang dari lea, lea akan segera minta maaf. kalau tak cakap guna mulut, lea akan hantar Telegram. Huhuhuhu. Masa minta maaf tu nanti, biasanya air mata pun menitik-nitik jugak lah kan. Perempuan. sensitip. Lebih-lebih pikir yang bukan-bukan. Merajuk bukan main, Pendek kata, perempuan mengada-mgada. Tapi bila Abe memberi ucapan maaf, terasa sampai dalam hati. Aduh, lembut hati.

Suamiku Encik Perfect Ten - 7. Katanya, Panggil Dengan Panggilan Menyenangkan. Percaya tak? Lea tak panggil "abang". Entah ye? Tak boleh masuk. Kami bahasakan diri kami, "I" "You" " Saya" " Awak" " Sayang" " Baby". Dan apa-apa sahaja yang menyenangkan. Tak berkurangan kasih sayang kalau tak panggil Abang. sebab Abe geli. Lea pun geli. Tapi panggil Abe, tak apa. Sebab, kata Abe, di suka. Berdarah Kelantan kan? Bukan sebab nak tunjuk moden ke apa, sebab kami dah bincang benda ni, kami setuju dan kami bahagia.

Suamiku Encik Perfect Ten - 8. Katanya, Peganglah Saya. Sentuhan memang penting. Abe tak pernah malu nak pegang tangan lea kat mana-mana yang dia suka. Suka hati dia. Tabiatnya, mesti berada di sebelah kiri abe. lea pun dah terikut, jadi kalau berjalan di sebelah kanannya, rasa janggal. Kalau rasa stress, marah, kecik hati, abe pegang tangan pun, dah rasa lega. hilang semua kan? Kuatnya aura sentuhan.

Suamiku Encik Perfect Ten - 9. Katanya, Nak AIr Tangan Isteri. Masak, memang belum terer. Mak mertua ada aje sudi nak ajar memasak. Oleh sebab, Abe tak cerewet bab makan, senang sikit. Air tangan tu tak semestinya betul-betul kena masak. sediakan air, buatkan makanan, kalau beli bungkus, kita lah yang uruskan. bila dah kenyang, semua benda selamat, A Hungry Man is An Angry Man.  Sebab itu lea akan sedaya upaya sediakan makanan untuk Abe makan. Walaupun nanti masakan itu sudah sejuk, Takpa, Abe tetap makan,

Suamiku Encik Perfect Ten - 10. Katanya, Buatlah Apa Sahaja Asalkan Maruah Diri, Keluarga dan Agama Terjaga. Kata-kata ini Abe ucapkan masa Abe kene pergi Barcelona untuk out station. Masa tu, baru kawen tiga bulan. Rasa macam susah sangat nak lalui hari-hari tanpa Abe. padahal, boleh aje chat sellau, hangout. Tapi, perempuan mengada. Sampai sekarang, pesanan abe tersemat di hati.

Kalau nak describe tentang suami ini, belum cukup sebenarnya. Betul tak? Tapi sebab nak juga match dengan Suamiku Encik Perfect Ten, jadilah macam ni. Betul, dalam baik ada kurangnya. Lea menerima segala kekurangan Abe dengan hati terbuka, berlapang dada. Semoga kasih sayang kita berkekalan. Kerana kelemahan lea telah dilengkapi dengan kelebihan si dia.

Sayang, kalau you baca, jangan kecik hati tau. You adalah suami terbaik di dunia. Hahaha, jangan terlintas dalam hati, nak kawen lagi satu, I tahu you akan cakap macam tu. heheeh. Sayang, walaupun you selalu cakap I gemuk, banyak jerawat, nama I tak ada dalam wasiat you, tapi I tahu, semua yang you cakap itu untuk I sebab you sayang sangat kat I kan? Walaupun kadang-kdang, kecik hati gak. (Alamak, ini pengakuan ke?) , tetapi I tahu you sayangkan I. You sayangkan juga budak gemuk ni. I sangat bersyukur kerana dipertemukan semula dengan you.

xoxo. lea.
suamiku_encik_perfect_ten
Mengelilingi Dunia Bersama Abe



0 comments:

Post a Comment