3.24.2015

, , ,

TUGASAN : WUDUK



Assalamualaikum dan salam ukhuwah anak-anak murid ustazah. 






Soalan 1 : Sila lihat video di bawah ye. 




Arahan : 


Berdasarkan video di atas, buat satu peta alir tentang cara-cara berwuduk dengan betul. Peta alir tersebut hendaklah di buat pada satu muka surat buku pendidikan Islam. Catatkan tarikh pelaksanaan pada 25 Mac 2015.





Soalan 2 : 


Berdasarkan video yang telah dilihat, jawab soalan-soalan berikut. 

1. Apakah soalan yang telah diberikan kepada ustaz Azhar Idrus oleh tetamu. 

2. Apakah perkara yang membatalkan wuduk mengikut kupasan penceramah. 

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita menjaga wuduk agar tidak terbatal. (2m)

Sila jawab soalan dalam buku pendidikan Islam. 





, , ,

TUGASAN : BERBUDI DAN BERBAKTI CARA HIDUP MUKMIN




Assalamualaikum dan salam ukhuwah anak-anak murid ustazah. 




Ingatan mesra untuk tugasan hari ini , Selasa 24 Mac 2015. 

Pastikan anda melengkapkan nota sebagaimana perbincngan kita tadi. 

1. Bagaimana kita boleh berbakti kepada ibu bapa. 

2. Mengapa kita perlu berbakti kepada ibu bapa. 

3. Pengertian orang-orang miskin. 

4. Pengertian anak-anak yatim. 

5. Pengertian kaum kerabat. 





Bagi nota 1 dan 2, berikan 3 isi dengan ayat lengkap. 

Terima kasih. 

3.17.2015

KERANA MERAJUK SANGAT


Malam tu, macam biasalah, sampai aje rumah, Abe tengah rilek-rilek tengok tv. Lea pun cepat-cepat pergi sembahyang maghrib. Sakit betul rasa bahu dan pinggang meredah jem teruk dari Universiti Malaya ke Persiaran Surian. Campur dengan hujan yang renyai-renyai, memang ada lah yang potong line bagai kat jalan raya kan? Mood pun, tak berapa nak baik. Campur lapar dan penat, aih... ni kalau ada yang tak kena memang naik hangin la kan. 

Abe ada cakap, malam tu dia half day aje. Lebih kurang kul 1 pagi nanti dia baliklah rumah, sebab esok dia ada kelas CFP. Memula semuanya ok, sampailah Lea terlupa nak tutup pintu bilik air. Abe tegurlah Lea. Pada waktu itu, campur dengan penat, lapar dan berbagai emosi, hati dalam ni sentaplah sikit. Lea pun terus capai tuala nak mandi. Dalam hati ni,aduh.. sakit hati betul. Puas hati betul dapat merajuk. 

Selalunya, sebelum Abe keluar rumah nak pi keje, lea memang akan tunggu, salam, cium pipi, tata tata dulu, tapi sebab dah lari masuk bilik air, kira macam mogok jugaklah. Keluar-keluar bilik air, Abe dah gi keje. 

Lepas 40 minit macam tu, Abe call. Abe tanya nampak tak wallet dia yang ada insran kad. Lea yang sangat lurus dan kesan kecik-kecik hati tadi, jawab panggilan nak tak nak aje. Abe suruh turun hantar wallet kat bawah, dia nak datang ambil. Sampai aje depan lift, nampak kawan dia aje. Hati ni mula pelik, dan terus tanya, "mana MK?". Hafiz macam nak tak nak aje cakap, "dalam kereta.". Lea ni rasa dah lain macam, sampai kat kereta, tengok dah terbaring aje Abe. 

Sentap terus hati dan perasaan Lea. Segala mcam ego terbang ntah ke mana-mana. Abe tak cakap pun dia kemalangan sebab dia tak mahu Lea risau. Masa depan kawan-kawan dia tu, Lea control lagi. Lepas dah berjanji nak jumpa kat Tropicana Medical Centre, Lea pun naik semula ke rumah. Masa ni, dah berjujuk-jujuk air mata turun. 

Mujurlah Abe tak apa-apa. Owh, bersalahnya rasa, bersalahnya rasa. Menangis juga, sedu sedan gitu. 

Ya Allah, bersalahnya rasa sebab jadi masa Lea duk merajuk dan kecik-kecik hati. Merasalah jugak bermalam di hospital 2 hari. betul kata orang, jaga orang sakit ni memang banyak bersabar. Sepanjang dua hari tu, makan Lea suap, teman tidur dan sebagainya. Bila Lea cerita semula pada Abe, Abe kata, lain kali jangan buat lagi macam ni. 

Allah, betul, Lea memang serik. Dah minta maaf dah dengan Abe. Huhuhu. Korang, kalau keluar rumah, jangan gaduh-gaduh eh. Huhuhu. Saling meredai, saling memaafi. Lea dah rasa macam mana bersalahnya. huhuhu. Sayang Abe. Tak mo buat lagi. 




















3.15.2015

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK IDAH


Excited betul hari ni. Bangun awal pagi, terus siap-siap gosok baju. Lea pilih baju batik warna hitam putih dan Abe pilih baju kemeja putih. Hari ini ialah hari kak Zaidah jadi pengantin. Huhuhuhu. 

Siap-siap pack barang dan door gift Lolli B yang kak zaidah pesan sebanyak 400 unit dalam kereta. Oleh kerana, bakal suami kak Zaidah adalah kawan baik bapa mertua Lea, jadi kami pergi sama-sama balik Muar. Kami sama-sama nak tengok pengantin. 

Tahniah kak Zaidah dah jadi isteri ye. Tak sangka, perkenalan dengan Pak Zul yang tak dirancang pada hujung tahun 2013 bermula dengan terbina hubungan perkahwinan ini. Alhamdulillah, Lea bersyukur sangat akak dan Pak Zul bahagia dan gembira. Terasa juga sebak di dada, dan menitis juga setitik aje air mata. Mungkin masa tu teringat masa Lea jadi pengantin, akak ada bersama-sama Lea. 

Doa Lea, semoga akak menjadi isteri solehah, cute, mute, dan ibu yang penyayang pada anak-anak akak. Sempat berkenalan dengan anak-anak akak semalam, seronok. Dah ada cucu yang comel lote. 

Ini sebahagian gambar yang ada dengan Lea. Ada juga dengan bapa mertua Lea. Ada banyak lagi, dan ada yang "limited edition". Sayang akak, mmmuuaahhh. 


selamat_pengantin_baru_leamustafa.com
 Apa pasal la pulak pipi kami dah sama besar ni? 

selamat_pengantin_baru_2_leamustafa.com
Menantu vs Mertua

selamat_pengantin_baru_3_leamustafa.com
Kak Idah dan ibu mertua Lea

selamat_pengantin_baru_4_leamustafa.com
Kak Idah cubit Lea masa ni. Kak Idah tak mo gambar dia masuk dalam FB. Tapi, mintaa maaflah ye, permintaan akak tidak dilayan. 

selamat_pengantin_baru_5_leamustafa.com
Lolli B jadi barang hantaran. Suka suka

selamat_pengantin_baru_6_leamustafa.com
Bunga telur dari rumah kak Idah

selamat_pengantin_baru_7_leamustafa.com
Awwww !!! Sweet sangat. 

selamat_pengantin_baru_8_leamustafa.com
Bapa Mertua dan pengantin lelaki, Pak Zul

selamat_pengantin_baru_9_leamustafa.com
Selamat Pengantin Baru kak Idah dan Pak Zul 

3.13.2015

KALAU DAH JODOH


KALAU_DAH_JODOH_LEAMUSTAFA.COM

Benar, kalau dah jodoh memang tak ke mana. Itu gambar Lea dengan kak Zaidah Bedot. Seingat Lea ni gambar di Hotel Pelangi. Kami minum petang kalau tak silap, kak Idah mengidam nak makan cekodok. Malas nak buat sendiri. 

Jodoh kenal ngan kak Idah ni bila ye? Lea pun dah tak ingat. Rasa-rasanya, kami kenal sebab terlibat dengan pandu puteri daerah Muar. Kemudian, rapat, share macam-mcam cerita dan jadi baik. 

Hari ini, Lea tumpang gembira sebab jodoh kak Idah sudah sampai. Kak Idah dah nak kahwen. Yeay!!! Biarpun sudah lewat 50an tetapi kalau dah jodoh, hanya Allah SWT yang tentukan. Paling best, sebab bakal suami kak Idah adalah kawan kepada bapa mertua Lea. hihihihihi. 

Ini lah yang dinamakan jodoh. Percintaan orang-orang lama ni Lea tak berapa nak faham. Rerasanya macam setahun lebih juga, tempoh perkenalan itu. Alhamdulillah, kata sepakat sudah dicapai, jodoh itu ada buat mereka berdua. 

Sebetulnya, Lea pun tak pernah jumpa bakal suami kak Idah. Hanya berpegang kepada bapa mertua punya cerita dan cerita gossip-gossip kak Ida, Pak Zul memang layak untuk kak Idah. Pak Zul asal orang Kelantan dan kak Idah orang Johor. Tak kisahalah orang mana pun kan, kalau dah jodoh, memang jumpa juga. 

Selama Lea kenal kak Idah, dia seorang yang sangat positif, tolak sikit perangai gila-gila kak Idah dengan Lea, sebab Lea ni kategori kanak-kanak. Kak Idah tu dah kategori mak-mak sebenarnya. Selalu aje layan dan dengar masalah Lea dan bila dengar kak Idah nak kawen, Lea lah orang paling gembira. Akhirnya, jodoh itu datang pada kak Idah. 

Insha Allah, hari Ahad ni majlis pernikahan kak Ida. Lea doakan semoga majlis berjalan dengan lancar ye kak Idah. Maaf, kalau kak Idah marah Lea tulis dalam blog. Kepada kalian berdua, lea doakan semoga hubungan dalam rumahtangga ini dilimpahi dengan mawaddah rahmah dan barakah daripada Allah SWT. 




3.11.2015

Bila Ujian Datang



Minggu ini dah mula ujian kali pertama bagi tahun 2015. Biasanya, bila ujian, pada Lea, waktu yang mana boleh tarik nafas lega panjang sikit. 

Masa ujian juga, suasana sekolah sangat tenang malah kedatangan pelajar pun penuh. Masa ni, kita akan lihat pelajar yang selalu ponteng sekolah muncul kat pintu kelas. Kadang-kadang kita pun rasa macam, eh, sejak bila kamu ada dalam kelas ni kan?

Sebelum ujian, macam biasalah, Lea akan buat ulangkaji dengan anak-anak murid Lea. Dari soalan yang mudah-mudah sampailah soalan yang susah-susah. Memang dari dulu, Lea tak akan bagitahu pelajar tajuk apa yang masuk ujian, tapi Lea belasah dengan macam-macam soalan pada tajuk-tajuk yang lea dah pilih untuk masukkan dalam ujian. 

Anak-anak murid pun kata sampai muntah-muntah nak jawab soalan pendidikan Islam buat latihan. Satu siap, buat lagi, satu siap buat lagi. Itu kata anak-anak murid yang memang harapan tinggi mereka nak dapat markah tinggi dalam ujian. 

Belum cerita lagi yang wajib nak luluskan mereka dalam ujian. Kadang-kadang Lea tertanya-tanya dalam diri Lea, apa lah yang ada dalam kepala otak diorang ni. Diorang ni boleh belajar, tapi untuk skor markah baik dalam ujian ni, memang payah sikit, erm, bukan payah sikit, tapi payah banyak. 

Bila kita beri latihan, buat sama-sama mereka boleh jawab. Tetapi, bila benda yang sama ditanya dalam ujian, mereka tak boleh jawab. Mereka tak boleh ingat apa yang mereka dapat dan faham. Kene hari-hari buat latihan yang sama, baru boleh lekat. Tapi, bila selalu buat benda yang sama berulang-ulang kali, mereka bosan. dan terus berhenti daripada buat. 





ujian2_leamustafa.com

Anak-anak didik 2 Aktif 



Bila mereka tak boleh jawab soalan dalam ujian, mulalah mereka hanya tulis nama dan tingkatan, dan terus tidur. Kertas ujian tak mahu dibaca. Ini realiti, bukan benda main-main. Lea tak suka benda macam ini, malah rakan-rakan guru lain pun tak suka. Perasaan kami, sangat kecewa. 

Pada Lea, dapat tulis jawapan pada kertas soalan ujian, walaupun tak penuh, walaupun markah yang diperolehi tidak banyak dan markah dalam linkungan gagal, Lea tetap bangga.

Bukannya nak cakap kita ni exam oriented, tetapi nak bagitahu, ujian itu adalah sebahagian daripada cara kita membuat penilaian kepada pelajar. Dalam kelas, kami 24 jam membuat penilaian. Anak-anak murid ni tahu, tapi entahlah, kadang-kadang mereka tak ambil tahu. 

Jumaat nanti, kertas Pendidikan Islam pulak. Harapan Lea semoga anak-anak murid Lea boleh jawab ujian dengan baik. Lea berharap anak-anak murid boleh jawab dengan ilmu yang telah dicurahkan. Harap sangat anak murid dapat jawab dengan pemahaman mereka sendiri bukan hanya terikat semata-mata dengan nota yang diberi. 



ujian_leamustafa.com

Ada jugak yang senyum bila ustazah snap gambar



Semoga berjaya semua. Ustazah sentiasa mendoakan kalian.
 Insha Allah berjaya.