Minggu ini dah mula ujian kali pertama bagi tahun 2015. Biasanya, bila ujian, pada Lea, waktu yang mana boleh tarik nafas lega panjang sikit.
Masa ujian juga, suasana sekolah sangat tenang malah kedatangan pelajar pun penuh. Masa ni, kita akan lihat pelajar yang selalu ponteng sekolah muncul kat pintu kelas. Kadang-kadang kita pun rasa macam, eh, sejak bila kamu ada dalam kelas ni kan?
Sebelum ujian, macam biasalah, Lea akan buat ulangkaji dengan anak-anak murid Lea. Dari soalan yang mudah-mudah sampailah soalan yang susah-susah. Memang dari dulu, Lea tak akan bagitahu pelajar tajuk apa yang masuk ujian, tapi Lea belasah dengan macam-macam soalan pada tajuk-tajuk yang lea dah pilih untuk masukkan dalam ujian.
Anak-anak murid pun kata sampai muntah-muntah nak jawab soalan pendidikan Islam buat latihan. Satu siap, buat lagi, satu siap buat lagi. Itu kata anak-anak murid yang memang harapan tinggi mereka nak dapat markah tinggi dalam ujian.
Belum cerita lagi yang wajib nak luluskan mereka dalam ujian. Kadang-kadang Lea tertanya-tanya dalam diri Lea, apa lah yang ada dalam kepala otak diorang ni. Diorang ni boleh belajar, tapi untuk skor markah baik dalam ujian ni, memang payah sikit, erm, bukan payah sikit, tapi payah banyak.
Bila kita beri latihan, buat sama-sama mereka boleh jawab. Tetapi, bila benda yang sama ditanya dalam ujian, mereka tak boleh jawab. Mereka tak boleh ingat apa yang mereka dapat dan faham. Kene hari-hari buat latihan yang sama, baru boleh lekat. Tapi, bila selalu buat benda yang sama berulang-ulang kali, mereka bosan. dan terus berhenti daripada buat.
![]() |
Anak-anak didik 2 Aktif |
Bila mereka tak boleh jawab soalan dalam ujian, mulalah mereka hanya tulis nama dan tingkatan, dan terus tidur. Kertas ujian tak mahu dibaca. Ini realiti, bukan benda main-main. Lea tak suka benda macam ini, malah rakan-rakan guru lain pun tak suka. Perasaan kami, sangat kecewa.
Pada Lea, dapat tulis jawapan pada kertas soalan ujian, walaupun tak penuh, walaupun markah yang diperolehi tidak banyak dan markah dalam linkungan gagal, Lea tetap bangga.
Bukannya nak cakap kita ni exam oriented, tetapi nak bagitahu, ujian itu adalah sebahagian daripada cara kita membuat penilaian kepada pelajar. Dalam kelas, kami 24 jam membuat penilaian. Anak-anak murid ni tahu, tapi entahlah, kadang-kadang mereka tak ambil tahu.
Jumaat nanti, kertas Pendidikan Islam pulak. Harapan Lea semoga anak-anak murid Lea boleh jawab ujian dengan baik. Lea berharap anak-anak murid boleh jawab dengan ilmu yang telah dicurahkan. Harap sangat anak murid dapat jawab dengan pemahaman mereka sendiri bukan hanya terikat semata-mata dengan nota yang diberi.
![]() |
Ada jugak yang senyum bila ustazah snap gambar |
Semoga berjaya semua. Ustazah sentiasa mendoakan kalian.
Insha Allah berjaya.
0 comments:
Post a Comment