KALAU DAH JODOH


KALAU_DAH_JODOH_LEAMUSTAFA.COM

Benar, kalau dah jodoh memang tak ke mana. Itu gambar Lea dengan kak Zaidah Bedot. Seingat Lea ni gambar di Hotel Pelangi. Kami minum petang kalau tak silap, kak Idah mengidam nak makan cekodok. Malas nak buat sendiri. 

Jodoh kenal ngan kak Idah ni bila ye? Lea pun dah tak ingat. Rasa-rasanya, kami kenal sebab terlibat dengan pandu puteri daerah Muar. Kemudian, rapat, share macam-mcam cerita dan jadi baik. 

Hari ini, Lea tumpang gembira sebab jodoh kak Idah sudah sampai. Kak Idah dah nak kahwen. Yeay!!! Biarpun sudah lewat 50an tetapi kalau dah jodoh, hanya Allah SWT yang tentukan. Paling best, sebab bakal suami kak Idah adalah kawan kepada bapa mertua Lea. hihihihihi. 

Ini lah yang dinamakan jodoh. Percintaan orang-orang lama ni Lea tak berapa nak faham. Rerasanya macam setahun lebih juga, tempoh perkenalan itu. Alhamdulillah, kata sepakat sudah dicapai, jodoh itu ada buat mereka berdua. 

Sebetulnya, Lea pun tak pernah jumpa bakal suami kak Idah. Hanya berpegang kepada bapa mertua punya cerita dan cerita gossip-gossip kak Ida, Pak Zul memang layak untuk kak Idah. Pak Zul asal orang Kelantan dan kak Idah orang Johor. Tak kisahalah orang mana pun kan, kalau dah jodoh, memang jumpa juga. 

Selama Lea kenal kak Idah, dia seorang yang sangat positif, tolak sikit perangai gila-gila kak Idah dengan Lea, sebab Lea ni kategori kanak-kanak. Kak Idah tu dah kategori mak-mak sebenarnya. Selalu aje layan dan dengar masalah Lea dan bila dengar kak Idah nak kawen, Lea lah orang paling gembira. Akhirnya, jodoh itu datang pada kak Idah. 

Insha Allah, hari Ahad ni majlis pernikahan kak Ida. Lea doakan semoga majlis berjalan dengan lancar ye kak Idah. Maaf, kalau kak Idah marah Lea tulis dalam blog. Kepada kalian berdua, lea doakan semoga hubungan dalam rumahtangga ini dilimpahi dengan mawaddah rahmah dan barakah daripada Allah SWT. 




No comments