Excited betul hari ni. Bangun awal pagi, terus siap-siap gosok baju. Lea pilih baju batik warna hitam putih dan Abe pilih baju kemeja putih. Hari ini ialah hari kak Zaidah jadi pengantin. Huhuhuhu.
Siap-siap pack barang dan door gift Lolli B yang kak zaidah pesan sebanyak 400 unit dalam kereta. Oleh kerana, bakal suami kak Zaidah adalah kawan baik bapa mertua Lea, jadi kami pergi sama-sama balik Muar. Kami sama-sama nak tengok pengantin.
Tahniah kak Zaidah dah jadi isteri ye. Tak sangka, perkenalan dengan Pak Zul yang tak dirancang pada hujung tahun 2013 bermula dengan terbina hubungan perkahwinan ini. Alhamdulillah, Lea bersyukur sangat akak dan Pak Zul bahagia dan gembira. Terasa juga sebak di dada, dan menitis juga setitik aje air mata. Mungkin masa tu teringat masa Lea jadi pengantin, akak ada bersama-sama Lea.
Doa Lea, semoga akak menjadi isteri solehah, cute, mute, dan ibu yang penyayang pada anak-anak akak. Sempat berkenalan dengan anak-anak akak semalam, seronok. Dah ada cucu yang comel lote.
Ini sebahagian gambar yang ada dengan Lea. Ada juga dengan bapa mertua Lea. Ada banyak lagi, dan ada yang "limited edition". Sayang akak, mmmuuaahhh.
 |
Apa pasal la pulak pipi kami dah sama besar ni? |
 |
Menantu vs Mertua |
 |
Kak Idah dan ibu mertua Lea |
 |
Kak Idah cubit Lea masa ni. Kak Idah tak mo gambar dia masuk dalam FB. Tapi, mintaa maaflah ye, permintaan akak tidak dilayan. |
 |
Lolli B jadi barang hantaran. Suka suka |
 |
Bunga telur dari rumah kak Idah |
 |
Awwww !!! Sweet sangat. |
 |
Bapa Mertua dan pengantin lelaki, Pak Zul |
 |
Selamat Pengantin Baru kak Idah dan Pak Zul |
0 comments:
Post a Comment