4.07.2015

, , ,

2 AKTIF YANG AKTIF

Assalamualaikum dan salam ukhuwah 


Hari ni sesi bergambar kelas. Setiap tahun memang kene masuk majalah sekolah. Ini rasanya kali kedua untuk Lea setelah 10 tahun bekerja sebagai guru , nak masuk dalam majalah sekolah sebagai guru kelas. Kali ini guru kelas 2 Aktif. Dan yang paling seronok, Lea pegang rekod bersih, 3 sekolah Lea berkhidmat, ketiga-tiganya Lea menjadi AJK Majalah dan Fotografi. 

Biasalah kan, bila nak buat sesi bergambar aje, ada sahaja nak murid yang tak ada, tak datang sekolah lah dan sebagainya. Jadi untuk langkah berjaga-jaga, Lea tetap ambil juga gambar kelas pada siapa yang datang sekolah hari ini. Nak mengurus pelajar bergambar ni pun, satu cabaran juga. Nak-nak bila diorang ni dah start keluar dari kelas, Ya Allah, macam anak-anak ayam terlepas kandang. Entah ke mana-mana aje diorang ni melencong. Sampai sakit-sakit tekak menjerit. Walaupun 2 Aktif ni kelas kedua terbaik di sesi petang, tapi selagi mereka ni status kanak-kanak segitulah perangai mereka. Sangat sesuai dengan aktifnya. 

Jadi setelah berjaya menjerit-jerit dalam cuaca panas semalam sambil nak susun kedudukan kat tempat bergambar, berpeluh-peluh jugalah ketiak Lea ni. Keluarlah segala puluh jantan betina bagai. Maka menjadilah juga sesi bergambar untuk kelas 2 Aktif ni. Ada gambar serius dan ada gambar candid. mestilah kita suka yang candid kan? Terlebih candid pun ada. Anak-anak aktif memang macam ni. 

xoxo. Daaa...




kd10, leamustafa, 2 aktif, smk seksyen 10 kota damansara
Ini Khai - sibuk nak bergambar dengan ustazah


kd10, leamustafa, 2 aktif, smk seksyen 10 kota damansara
Nampak masing-masing tahan mata? Cuaca panas tu. 


kd10, leamustafa, 2 aktif, smk seksyen 10 kota damansara
Belum ready lagi. 
kd10, leamustafa, 2 aktif, smk seksyen 10 kota damansara


0 comments:

Post a Comment