Tuesday, April 21, 2015

CUCI GIGI

Assalamualaikum dan salam ukhuwah 

Senyum sikit? Nampak gigi tak? Kalau nampak gigi, maknanya anda memang betul-betul sedang senyum. Semalam, Lea ambil time-slip kerana hadir temujanji dengan doktor gigi. 

Walaupun Lea duduk di Kota Damansara, tetapi temujanji doktor gigi dengan Klinik Putrajaya Presint 9. Jauh kan? Asalnya, masa cuti Tahun Baru Cina Februari lepas, Abe ajak pergi klinik gigi untuk rawatan. Kenapa? Memang tak sakit. Tapi, rasa tak selesa dengan gigi. Abe kata, klinik gigi yang beri perkhidmatan terbaik sepanjang dia sakit gigi, klinik inilah. 

Jadi, kami pun ke klinik kesihatan Putrajaya. Sampai lebih kurang jam 10 pagi, selepas siap pendafataran, dalam 10.30 pagi dah dipanggil masuk bilik untuk pemeriksaan. Doktor Muhd Ammar kata, gigi Lea banyak karang. Jadi, kene buatlah cuci gigi dahulu dengan ambil masa untuk temujanji sebulan lagi. Puas hati sebab perkhidmatannya cepat. 

Semalam, Abe temankan Lea jumpa doktor. Terharu pun ada, sebab kalau tak sebab Abe paksa pergi jumpa doktor gigi, memang tak pergilah sampai bila, sampailah gigi sakit kot. Segan pun ada, sebab Abe nak jugak gigi Lea bersih dan cantik. 

Maka, sampailah masa nak pergi cuci gigi. Sampai jam 4 petang, jam 4.05 petang dah di panggil. Proses cuci ambil masa lebih kurang 20 minit. Lea memang cakap dengan doktor, saya takut dan gementar. Tapi, sebab fikirkan dah sebulan tunggu nak bersihkan gigi, maka harung juga dalam takut-takut tu. 

Doktor pesan, lepas cuci ni, sambung dengan rawatan berkala selepas ini sebanyak 2 kali setahun. Sempat juga Lea tanya tentang gigi bongsu,kata doktor, semuanya ok dan berkeadaan baik. Jadi kene jaga jangan sampai rosak. Huhuhu. 

Lepas selesai, Abe excited nak tengok gigi Lea. Macam dia pulak doktor gigi. Lea pun dah tak segan nak tunjuk gigi, sebab semua karang dah tak ada. Mulut pun tak ada bau tak enak. 

Apa yang pelik, Lea rasa sayang nak makan banyak-banyak. Rasa sayang pada gigi yang dah bersih. Abe pun berilah petua, siap ingatkan suruh berkumur-kumur sebelum tidur. Ya Allah, rasa sangat-sangat disayangi sampai gigi pun Abe tolong jaga. Ini pun salah satu rahsia rumah tangga. Saling sokong menyokong antara satu sama lain. Jangan pandai bising aje, tapi tak ada inisiatif nak carikan penyelesaian. Abe kata, seronok bila tahu gigi Lea dah bersih. Dan membuka peluang dia nak tengok gigi Lea hari-hari. Jadi, tak ada chance lah tak jaga gigi dengan baik. 

Lea memang bertekad selepas ini nak jaga gigi betul-betul. Lea dah tak ada peluang nak buat Brasserie Gigi kat hospital kerajaan sebab umur dah melebihi 17 tahun. Jadi, kalau nak buat juga, kene buat kat hospital swasta. Kalau tak buat, maka kene sentiasa jaga gigi lah lepas ni. 

Ish, semua orang sensitif tau pasal gigi. Lea pun macam tu. Kalau Abe nak tengok gigi Lea, Lea mesti tak bagi. Sebab tahu, karang gigi dah naik. Last cuci gigi tahun 2008 kot. 

Lepas cuci gigi ni kan, pendirian Lea pada penjagaan gigi dah berbeza. Abe pulak selalu nak check gigi Lea, maka memang kena pastikan sentiasa bersih. Seronok juga, kalau kita seorang aje memang tak jalan kot. 

Benda paling penting, sebab bila kita bercakap, gigilah benda pertama orang tengok. Korang-korang yang mana karang gigi dah bertapak kat gigi tu, cepat-cepatlah pergi jumpa doktor, cuci gigi. Memanglah berdarah dan sakit sikit, tapi hasilnya bila gigi korang dah bersih, lebih best dari itu. Percayalah. 

Dan terima kasih kepada Doktor Muhd Ammar dan Klinik Putrajaya Presint 9. Layanan yang baik terhadap pesakit yang terbaik yang pernah Lea dapat. Sesuai untuk orang-orang yang takut jumpa doktor gigi macam Lea. 

xoxo. Ngeee. 


cuci gigi lea mustafa
GAMBAR HIASAN



cuci gigi lea mustafa
INI GAMBAR SELEPAS PHOTOSHOP SEBELUM PERGI CUCI GIGI. NGEH3



3 comments:

  1. Bayaran brp yer cuci gigi d presint 9 tu? Klinik kerajaan ke?

    ReplyDelete
  2. Bayaran brp yer cuci gigi d presint 9 tu? Klinik kerajaan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bayar pun. buat temujanji, 2 minggu datang semula.

      Delete

Visitors