4.02.2015

, ,

GIANT BUBBLE USTAZAH


Assaalamualaikum dan salam ukhuwah 

Ujian Sumatif 1 dah selesai dengan pelbagai perasaan daripada anak murid Lea. mana-mana yang dapat score A tu, memang lah memanjang senyum aje, yang sipi2 A, merayu dan memujuk ustazah supaya beri markah kasihan dan yang tak melepasi tahap penguasaan tu, berada dalam keadaan biasa sahaja kerana pada mereka, itu bukan beda besar sangat pun. Hai anak-anak ustazah, masih jauh lagi perjalanan anda semua. 

Hari ni Lea plan sesuatu yang agak gempak. GIANT BUBBLE. Setelah melihat pelbagai perkongsian daripada rakan-rakan guru di FB Group TchrCollection dan membuat sedikit arrangement, Lea pun siapkan resepi GIANT BUBBLE versi USTAZAH Lea. 

Resepi GIANT BUBBLE USTAZAH (untuk sukatan sebaldi) 

1. 600 ml sabun Joy (refill)
2. 4 atau 5 sudu tepung ubi
3. Air 1/3 baldi
4. Biarkan semalaman
5. Tali ikat bungkusan 


Ni secara teori, tapi Lea siapkan 1 jam sebelum nak main. Budak-budak dah excited sangat. Ustazah pun dah tak larat nak layan rengekan anak-anak murid. sebelum main, Lea sempat beri sesi 3 minit peringatan. Masa main ni, main betul-betul, masa belajar belajar betul, main dengan sabar, ingat konsep dalam berkawan, jangan sakiti hati kawan dan macam-macam lagi. 

Bila mula aje, Lea nak nampak satu-satu wajah anak murid Lea yang tulus mulus yang sedang gembira. You know what, kegembiraan sebenar seorang guru bukan hanya pada berapa ramai dapat A dalam mata pelajaran yang kita ajar, tapi pada senyuman yang tergambar pada wajah mereka. 

Walaupun hanya dengan GIANT BUBBLE yang tak seberapa itu, jelas terpancar keriangan yang tiada tolok bandingannya. Mereka bermain bersama, mengajar sesama mereka macam mana nak buat belon jadi besar. Allah, rasa sebak juga dalam hati ustazah ni tau. 

Benar, mendidik ini perlu tanam sebanyak-banyaknye sifat sabar. Walaupun kadang-kadang lea ni garang, biasanya Lea beri peluang kepada anak-anak murid. Selalu Lea letak diri Lea dalam diri diorang. Dalam pada Lea melepaskan kebebasan pada nak-anak murid Lea, dalam masa yang sama Lea pantau juga. Kadang-kadang jadi kawan, dan sekali-sekala jadi lawan. 

Sekali-sekala juga apabila diberikan sedikit kebebasan dalam belajar, sungguh menyeronokkan. Lea pun teruja tengok mereka dapat buat belon besar-besar. Sesungguhnya, mereka adalah harta yang amat bernilai. Semoga menjadi anak-anak yang baik ye korang semua. Sayang ustazah pada kamu, sayang kerana Allah. 



giant_bubble_1



giant_bubble_2

giant_bubble_3


giant_bubble_4

0 comments:

Post a Comment