4.20.2015

, , , , , , , , , ,

GURU PENGIRING KEM PENGAWAS

Assalamualaikum. Buat pertama kalinya sejak duduk kat sekolah ini, Lea bertugas sebagai guru pengiring pelajar. Jadual Lea pada hari Sabtu, mula jam 8 pagi hingga 1 petang. Jadi, pagi-pagi itu, Lea pun terus bergerak ke tempat yang patut tuju dengan bantuan Waze. 

Pagi-pagi kan, kurang sesak jalan raya. Lebih kurang, 25 minit perjalanan dari Kota Damansara ke Kem Alang Sedayu, Gombak. Kawasan perkampungan kan? Aduh, rasa tenang aje hati ini. Udara pun segar. 

Cuma, hari ini, peserta-peserta kem buat aktiviti dalam kem sahaja. Lebih menunpukan kepada pembinaan jati diri, semangat berpasukan dan pengurusan diri. Melepaslah harapan nak pergi water fall, air mata Lea yang fall. 

Mungkin lokasi ini, boleh dijadikan salah satu lokasi percutian untuk lari dari kesibukan kota yang penuh pembinaan MRT di sana sini. Cuma, kalau korang boleh tahan kene gigit nyamuk, lagi bagus. Lea, tahan ajelah kalau kene gigit pun. 

Bila tengok peserta-peserta kem gembira, hati guru pun gembira. Ada ketikanya, join juga aktiviti dengan fasilitator yang dah disediakan. Tak pun, duduk-duduk dan bertenang, kosongkan minda dan berehat. 

Pada yang berminat, boleh layari website Kem Alang Sedayu ni untuk pelbagai aktiviti yang mencabar. Kalau sahaja nak datang, boleh aje guna waze. Boleh masukkan kordinate ni 3.303105,101.737547 .   Selamat berekreasi. 

-_-


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Papan tanda jalan masuk ke Kem Alang Sedayu. Hati-hati, ni satu aje jalan masuk dan jalan keluar. Jadi, jangan lupa bunyikan hon untuk ber amaran kepada kereta yang datang dari arah bertentangan. 


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Pejabat Urusan


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Kawasan dalam untuk aktiviti


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Dewan terbuka - solat berjemaah dan aktiviti


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Tandas


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Dorm penginapan. Tak tidur dalam khemah sekarang. 


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Rumah penginapan. Ada 4 katil bujang, bilik air dan mesin basuh. 


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Air sungai kering sebab musim kemarau


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Ini antara kawasan yang ada banyak sikit air


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Ada kuda. Tapi, masa ni penjaga kuda buat aktiviti luar maka tak merasalah nak menunggang kuda. Tapi, kenapa kuda ni, macam tak cukup makan?


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Pentas. Mungkin ada live band kat sini


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Dewan makan, atas dan bawah


guru_pengiring_kem_pengawas_lea_mustafa

Sungai kering, tapi hati tak kering


Peserta-peserta kem


Kenderaan masa depan 



0 comments:

Post a Comment