ICE CREAM KELAPA MUDA



Hai, nampak menyelerakan kan? Ini namanya ice cream kelapa muda. Makan time cuaca panas ni boleh habis sampai 2 set. Sungguh comel. Geram pun ye. Harga 1 set ni RM5 sahaja. 

Ice cream kelapa muda ni, perasa utama ice creamnya ialah kelapa. Memang ice cream buat sendiri ye. Lea tengok pak cik ni cedok ice cream dalam 4 skop. isi dalam ice cream ni, ada roti keras di potong dadu, buah kabung, isi kelapa muda, pulut hijau (selalu kita makan pulut kuning kan) dan taburan kacang. Dan presentation dalam tempurung kelapa muda. 

Pada Lea, ice cream kelapa muda ni, tak menghampakan. Kata pemilik gerai ni, inspirasi ni diambil dari penjual ice cream di River Market, Hatyai. Mereka cuba mengekalkan cara ice cream ini dibuat supaya tak lari daripada konsep asal. 

Sedap, sedap. Ice cream memang sedap. Bolehlah korang cuba nanti. Nak order pun boleh, mereka sedia mengambil tempahan. 

Ooooppps, kalau korang nak ke sini, cari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak. Lepas sekolah tu ada satu traffic light, ambil kiri. Lebih kurang 10 meter, korang akan nampak kedai pak cik ni kat sebelah kiri jalan. Nak lagi best, ni kordinat nya 3.243981,101.720415. Semoga berjaya. 

xoxo. -_- 



ice_cream_kelapa_muda_lea_mustafa

Sedapnya !!!

ice_cream_kelapa_muda_lea_mustafa

Silakan telefon jika ingin membuat tempahan. 



ice_cream_kelapa_muda_lea_mustafa

Ruang penyediaan ice cream kelapa muda dan bahan-bahannya. Kalau nak pakai cawan kertas tu pun boleh. 



ice_cream_kelapa_muda_lea_mustafa

Homemade Ice Cream - ini memang terbaik. Aku ni jakun banyak 


ice_cream_kelapa_muda_lea_mustafa

Ruang perniagaan Ice Cream Kelapa Muda




1 comment