4.18.2015

, , ,

JENIS SOALAN : PENGERTIAN


Assalamualaikum dan salam ukhuwah 

CALON-CALON SPM

Hari ini ustazah nak berkongsi dengan pelajar-pelajar tentang jenis soalan : 

PENGERTIAN 

1. Antara kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah PENGERTIAN dan MAKSUD

2. Markah penuh bagi soalan jenis ini ialah 2 MARKAH 

3. Jika 2M - jawapan pengertian dari segi istilah atau mana-mana pengertian yang menunjukkan makna yang boleh difahami. 

4. Jika 1M - jawapan pelajar dari segi bahasa. Kebiasaannya jawapan yang menggunakan 1 patah perkataan / contoh 

5. Contoh 

Soalan : Nyatakan maksud kemanisan iman. (2013)  [2 markah]

Jawapan : 

(2m) Berasa gembira dalam melakukan ibadat sanggup  menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah SWT serta mengutamakan Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi segalanya. 

(1m) Berasa gembira dalam melakukan ibadat 

Soalan : Apakah pengertian taubat. (2014) [2 markah]

Jawapan : 

(2m) Kembali semula taat kepada Allah SWT setelah menyesal melanggar perintah Allah SWT dan melakukan laranganNya 

(1m) Kembali semula taat kepada Allah SWT 


Pelajar-pelajar, sekiranya anda tidak dapat mengingat jawapan dari segi istilah, anda boleh menjawab menggunakan ayat anda sendiri dengan memastikan ayat yang diolah itu merujuk kepada makna yang sama. 

Contoh 1 : Seronok melakukan ibadat. 
Contoh 2 : Kembali mematuhi perintah Allah


Selamat mencuba. 


0 comments:

Post a Comment