4.17.2015

, , , ,

KAFE FRESCO


Assalamualaikum dan salam ukhuwah 

Berapa kali korang dah pernah pergi Empire Shopping Gallery? Kat Subang tu. Yang betul-betul kat tepi jalan Federal Highway. Nampak tersergam dengan kacau bilau pembinaan MRT kalau dari tepi jalan kan? 

Lea masih ingat, pertama kali jejak kaki kat sini sebab Abe bawa Lea berkenalan dengan bakal mak dan pak mertua. Abe siap booked restoran Serai. Malangnya, pertemuan itu tak berlaku seperti dirancang sebab teramatlah bising tempat tu sampai nak bercakap pun kene jerit-jerit. 

Lea nak share satu tempat makan yang Lea dan Abe baru jumpa. Rasanya tempat makan ni dah lama ada agaknya. Tapi kami baru aje jumpa. Punyalah excited. 

Hari ini, lepas aje time kerja, Abe jemput Lea kat tempat kerja, dan kami shoot terus ke Empire Shopping Gallery. Memang kitorang berebut-rebutlah dengan orang nak balik kerja petang tu kan? Dan sepanjang perjalanan tu, tak berhenti-hentilah Lea membebel buat story mory pasal cerita-cerita lucu anak-anak murid Lea. 

Sampai-sampai aje, terus pergi Jaya Grocer dan nampaklah Kafe Fresco kat depan-depan tu aje. Ada dua station untuk ambil order, satu kategori salad-salad dan kaunter main course. Walaupun korang nampak ada meja kosong, tapi korang tak boleh nak duduk-duduk sahaja tanpa buat tempahan makanan dulu. Selepas buat tempahan korang akan dapat tag number yang menunjukkan kepada nombor order korang. 

Lepas dapat tag number, barulah pilih tempat duduk yang korang suka. Sebab kitorang berdua, banyak juga seat for two dalam kafe ni. Kalau bayar pakai kad, debit atau credit, dapat less 10 percent setiap order. 

Ada macam-macam meal yang korang boleh order kat kafe Fresco ni. Lea selalunya tak pandai sangat order. Biasanya akan minta Abe tolong orderkan. Tapi yang paling pasti Lea order Green Tea. Yang lain Lea tak ingat. 


KAFE FRESCO_LEA_MUSTAFA

Tag number - 01


KAFE FRESCO_LEA_MUSTAFA

Antara pesanan pelanggan


KAFE FRESCO_LEA_MUSTAFA

Ini pandangan depan Kafe Fresco. Nampak tak tu ada sayur-sayur segar kat sebelah kanan gambar. Kalau tak cukup sayur, beli sebelah sana, makan kat sebelah sini. Ngeh3 


KAFE FRESCO_LEA_MUSTAFA

Ada orang lapar sangat-sangat dan masih sakit gigi


KAFE FRESCO_LEA_MUSTAFA

Ayam dan mee spiral 


KAFE FRESCO_LEA_MUSTAFA

Cheese Meat Steak ( agak-agak aje nama ni). Tapi, rasanya sangat superb sedap. Kentang tu tersangatlah sedap. Terasa texture kentang-kentang bila dimakan dalam mulut.  


KAFE FRESCO_LEA_MUSTAFA

Pandangan dalam dapur. kemas aje kan? Hehhehe. 



Jangan lupa singgah Kafe Fresco ni, untuk rasa macam-macam jenis makanan. Kalau korang jenis makan tak habis, boleh aje pack bawa balik. Sebab, kitorang buat. So, berebut-rebutlah juga sebab nak makan benda yang sedikit tu kat rumah. Memang selalu macam ni. Abe cakap, harga makanan kat sini berpatutan, kalau nak merasa western meal. 

Makan rilek-rilek lepas beli sayur, beli barang dapur, kat sini sangat berbaloi. Servis pun cepat. Sempat juga kitorang habiskan borak-borak 4 5 cerita kelakar-kelakar. 

Jangan lupa share pengalaman korang bila singgah ke Kafe Fresco ni ye. 

Daa. 



0 comments:

Post a Comment