4.23.2015

, , , , , ,

PASU GANTUNG UNTUK KAKTUS


Assalamualaikum dan salam ukhuwah

Hari ini saya nak share buat pasu kaktus guna barang terbuang. Idea ni asalnya saya Google, "egg tray diy", jadi dapatlah idea ni. Saya ada simpan satu bekas telur di sekolah. 

Saya bantu pelajar ini masuk pertandingan inovasi minggu sains dan matematik. Tak apalah, beri peluang kepada pelajar. Kita tunjuk dan ajar, mesti diorang suka. Kalau menang, dapatlah hadiah, kalau tak menang, dah berjaya mencuba, itu lagi berharga. 

Barang-barang yang diperlukan untuk buat pasu ini ialah bekas telur, tali dan hanger. Hanger tu jumpa kat tong sampah, orang buang. Potong bekas telur tu, ambil lebih kurang 2 baris. Tebuk dua lubang di bahagian kiri dan kanan. Letak tali kat lubang tu. Kemudian, ikat bahagian atas tali pada hanger, jadikan ikatan seimbang. Tadaaaaa... kalau ada riben, boleh ikat riben. 

Itu sahaja. Bukan hebat sangat pun idea ini. Tapi, nila tambah pada pelajar ini ialah walaupun mereka pelajar kelas belakang, mereka berusaha juga untuk dibimbing, kalau diberi peluang dan ruang yang betul, mereka pasti boleh berjaya. 

Anda pun boleh cuba di rumah. Tata. 

PASU GANTUNG UNTUK KAKTUS_leamustafa.com



PASU GANTUNG UNTUK KAKTUS_leamustafa.com
Pasu Gantung Kaktus

0 comments:

Post a Comment