Cita-cita? Pastilah Lea ada satu cita-cita. Kalau tak, takkanlah Lea berani ambil risiko untuk sambung sekali lagi master a.k.a buat semula. Kalau dulu, Lea berani sikit buat keputusan, mesti dah dapat full master certificate.
Takperlah, selalu pujuk hati sendiri dan cakap, itu bukan rezeki kita. Now, Lea dah dapat sambung semula belajar yang mana kos sambung belajar pun masih dengan bantuan Abe. #suamikuencikperfectten
Untuk semester pertama ni, Lea sendiri decide untuk ambil 2 subject dengan jumlah 6 credit. Wow! Terasa hebat jugak diri sendiri kan? Tapi, bila dah jadual kelas mula jam 3.00 petang sampai 9 malam, maka ada banyak konflik yang Lea kene hadapi sendiri.
Kemudian bila timbul isu, Lea ni masih junior, dan ramai senior. Bila bab ni, Lea rasa antara sebab-sebab organisasi lemah ialah apabila sola siapa lebih 'otai' diutamakan. Otai maksudnya apa? lebih tua? Lebih tua maknanya lebih berpengalaman. Kalau umur adalah ukuran pengalaman, silap besar kita semua ni dan memang susah lah nak berjaya.
Dan paling tak berapa bijak, bila pentadbir kata, "oleh kerana awak ni, selalu sangat terlibat dengan program ABC, apa kata awak pindah masuk ABC aje. Kita tak cukup cikgu, kita akan panggil cikgu baru masuk" . Punyalah cukup tak bijak pentadbir ini. Sampai bila-bila akan ku simpan kata-kata dia ni dalam hati. Sampai bila-bila, insha Allah. Lea akan cuba pastikan, kalau Lea ditakdirkan jadi bos, Lea akan usahakan sebaik mungkin masalah anak buah selesai.
Bila banyak perkara yang kadang-kadang tak ada penyelesaian, Lea pujuk hati sendiri. Pujuk hati? Itu memang kunci paling utama. teringat kata kawan-kawan, lagi besar dugaan, lagi hebat kejayaan yang akan ditempuh.
Kalau fikir aje masalah, memamg tak selesai la. Maka, plan B. Teruskan dengan apa yang ada, semster depan mula ambil 1 mata pelajaran yang mula dengan jam 6 petang. Kalau ada rezeki, mungkin boleh ambil kelas jam 3 petang. Kalau ada rezeki lagi, boleh pergi lebih jauh.
Bab pujuk hati ni, memang susah sekali nak buat. Nak jadikan diri kita gembira, bukan senang. Maka, buat sementara ini, pujuk jugaklah hati yang cukup terguris. Dalam bidang pekerjaan, kadang-kadang bila bos kita bagus, yang bukan bos bermasalah, kadang-kadang bos kita bermasalah, orang-orang lain bagus.
Mudah-mudahan, apabila Lea sendiri dah pujuk hati sendiri, rasa tenang sedikit. Dan moga, ketenangan itu sentiasa ada. Dan semoga dengan ketenangan ini membuatkan Lea mendapat lebih banyak kejayaan.
xoxo. Me.
0 comments:
Post a Comment