4.22.2015

, , ,

SUKAN ANTARA SATRIA JUARA


YEAY !!! 
Musim sukan pula. Biasa memang macam ni, sebelum cuti pertengahan semester, kita akan beruskan. Tahun ini, penglibatan saya agak menyeluruh. Menjadi pembantu kepada Puan Ainul, yang sedang mengandung anak ke tiga lebih kurang 4 bulan. 

Panggilan rumah sukan di sekolah ini mengikut nama jenama kereta Proton buatan Malaysia. Warna biru ialah Satria, Kuning ialah Perdana, Hijau ialah Waja dan Merah ialah Wira. Kadang-kadang saya pun masih tak hafal nama-nama rumah sukan ni, wajib hafal nama rumah sukan sendiri sahaja. Hehehhe. Saya, saya rumah biru, rumah Satria. Harap-harap menjadi SATRIA lah tahun ini. 

Jadi, ada dua program penting sebelum sukan sekolah ialah acara sukantara. Hari ini acara sukantara semua pelajar terlibat. Tak banyak pun acara, lari 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh. Walaupun hanya ada tiga acara, ada jugak pelajar yang cilok tak mai sekolah. Malas nak beri kerjasama. Saya abaikan pelajar yang tak datang sekolah dan meraikan pelajar-pelajar yang datang. 

Jadi, belanja juga 1 2 gambar dengan anak-anak murid saya. Dalam berpanas-panas menghadap cahaya matahari, kuatkan juga semangat walau pada itu, ketiak dah basah kiri dan kanan. 

Saya suka semangat pelajar-pelajar ini. Walaupun ada yang tak lepas lari dalam masa yang ditetapkan, diorang tetap berlari dengan semangat kesukanan. Berlari dengan penuh kegembiraan. 

Lebih kurang jam 6 petang dapat khabar, rumah satria menang acara sukan antara ini. yeay!!! Tak sia-sia menjerit-jerit marahkan pelajar-pelajar yang tak boleh duduk diam-diam. heheheh. Apapun, tahniah ustazah ucapakan kepada semua. Kita ada lagi acara awal sebelum hari sukan tau. Semoga semua peserta boleh buat yang terbaik. Good luck. 


lea_mustafa_sukan_antara_satria_juara
Saya bersama Azza Fardeena - antara atlet rumah satria

lea_mustafa_sukan_antara_satria_juara
Suka betul nak masuk dalam gambar ustazah

lea_mustafa_sukan_antara_satria_juara
Setia menunggu giliran

lea_mustafa_sukan_antara_satria_juara
Garisan permulaan 100 meter

lea_mustafa_sukan_antara_satria_juara
Bersedia untuk membuat larian untuk lompat jauh

lea_mustafa_sukan_antara_satria_juara
Acara lontar peluru



lea_mustafa_sukan_antara_satria_juara
Bersedia untuk lompat jauh

lea_mustafa_sukan_antara_satria_juara
Aksi macam-macam

lea_mustafa_sukan_antara_satria_juara
Belanja 1 posing bersama Norida

0 comments:

Post a Comment