SUMBANGAN : PENCERAMAH DI SMK SERI INDAH, SERI KEMBANGAN


Assalamualaikum dan salam ukhuwah

Hari ini ustazah berkesempatan untuk memenuhi undangan sebagai penceramah untuk program bengkel menjawab soalan SPM Pendidikan Islam di SMK Seri Indah, Seri Kembangan, Selangor. Program yang bermula seawal jam 8 pagi berakhir pada jam 10.15 pagi. Alhamdulillah, dapatlah ustazah berkongsi pengalaman ustazah sebagai seorang guru yang  mengajar Pendidikan Islam selama 10 tahun ini bersama 96 orang pelajar sekolah tersebut. 

Alhamdulillah, ini jemputan kedua ustazah ke sekolah ini. Kalau dulu, kali pertama datang ustazah sesat barat sampai ke perkuburan orang-orang cina, kali ini, ustazah betul-betul sampai 30 minit awal. Dapatlah ustazeh membuat sedikit persiapan teknikal dan berkenalan dengan seorang dua pelajar yang bertugas menyusun tempat program. 

Dengan berbekalkan sedikit bahan, ustazah mengharapkan agar ia dapat membantu pelajar sedikit sebanyak dalam usaha mengulangkaji pelajaran dan menjawab soalan ujian mahupun peperiksaa. 

Ustazah juga berharap perkongsian yang tak seberapa ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk menjawab kertas soalan peperiksaan pendidikan Islam dengan jayanya. Jangan sesekali tidak menjawab. Jawablah dengan bahasa dan pemahaman kamu sendiri, mudah-mudahan, dapat markah juga walaupun tidak penuh. 

Selamat belajar dan semoga maju jaya. 




PENCERAMAH : LEA MUSTAFA
BAHAN EDARAN 

PENCERAMAH : LEA MUSTAFA
SEBAHAGIAN DARIPADA PELAJAR PEREMPUAN

PENCERAMAH : LEA MUSTAFA
SEBAHAGIAN DARIPADA PELAJAR LELAKI

PENCERAMAH : LEA MUSTAFA
PENCERAMAH BERSAMA GURU PENGIRING - TUAN RUMAH DAN PELAJAR -PELAJAR LELAKI.
GOOD LUCK SEMUA 

No comments