URUSAN SERI PADUKA BAGINDA



Bila Suraya kata ada surat kat kaunter pejabat sekolah, hati kecil ini terus tersentak. Adakah apa yang sedang aku tunggu-tunggu sudah tiba? Apakah ini jawapan terbaik untuk diriku kini? Jika benar, adakah urusan ini bakal merubah seluruh kehidupanku kini? Jauh di sudut hati mengharapkan urusan ini adalah urusan yang terbaik dalam merealisasikan masa depan yang amat-amat aku inginkan. Bukan senang nak senang. Dan bukan senang nak buat sesuatu keputusan. Nanti, bila Lea dah baca apa isi kandungan surat itu, Lea akan kongsikan di sini. Kalau sedih, Lea simpan sendiri. Kalau yang menggembirakan, Lea akan kongsikan urusan kegembiraan ini bersama-sama. Pastinya doa daripada kalian semua adalah yang amat-amat dialu-alukan selama ini. 

No comments