5.13.2015

, , , , , , , , , ,

BUDAK HITAM


Owh no no no. Bukan senang nak dapat balik muka kaler coklat sawo matang bila dah seharian berjemur di bawah sinaran cahaya matahari yang sungguh terang ni. Mata pun terasa kegalapan muka sendiri. Hitam. Saya dah jadi budak hitam. 

Selepas berpanas masa nak beli buah harumanis belum hilang, dah sambung dengan berpanas di stadium dengan acara sukan sekolah. Balik dari sukan sekolah, suami pun panggil saya budak hitam. Tahan ajelah kan telinga. Masa ini tak ada sesi gambar-gambar sebab terbakar kena matahari tu ketara sangat. Jadi, selepas beli Fair and Lovely, pakai lagik ek saya benda ni. Kata suami saya, dalam TV kata boleh putihkan balik, so kene cubalah. 

Jadi, sambil rehat-rehat balik dari sukan, saya pun belek-belek instagram dan cari scrub tangan. Dalam bulan lepas, teringat ada melihat scrub buat sendiri yang dijual, HOMEMADE BY YAYAH. Teringat saya tengok di program Safiya, TV 9 masa buat temujanji di klinik gigi Putrajaya. 

Dengan anggaran RM50.50, ini bajet dari suami, saya dapat tiga barang, coffee scrub, lip scrub dan face mist. Memang teruja nak pakai, bila barang dah sampai. Suami duk ketawakan aje sambil nyanyi-nyanyi lagu, sepuluh budak hitam. Ngeeeeee...

Coffee scrub ni untuk badan, tetapi suami kata, cubalah apply kat muka sikit, supaya gelap-gelap kat muka tu hilang. Saya pun ambil sedikit dan gosok perlahan di muka dengan sedikit air. Selepas, 5 minit, saya tunjuk muka saya pada suami. Kata suami, haa... dah hilang gelap muka awak itu. Tak adalah hilang semua, tetapi hilang sedikit, kuranglah berkilat kat dahi. Tangan yang gelap akibat terkena simbahan cahaya matahari pun dah kurang gelapnya. 
Alhamdulillah... 

Sambil-sambil tengok The Big Bang Theory, saya letak lip scrub pada bibir. Bibir saya sedikit hitam, memang sedap flavor strawberry ni, ada juga sekali dua masuk mulut. Oleh kerana pakai produk alami, saya tak takut nak telan. Lepas sehari bibir saya mengelupas sedikit dan tertanggal sendiri. 

Hari pertama pakai face mist, terasa segar. Al maklumlah, saya mengajar sesi petang. Cuaca sekarang yang agak bahang menyebabkan saya cepat berpeluh-peluh. Lepas lap muka dengan peluh, saya spray face mist ke muka. Wangi dan segar. Hihihi. 

Agaknya, saya ini jenis yang selesa dengan barang-barang alami dan kurang bahan kimia. Bukan apa lepas saya sapu sedikit coffee scrub ke muka, jerawat saya seperti berhenti keluar. Sekiranya saya istiqamah dan pakai secara berterusan, mungkin saya pasti dapat hasil yang lebih baik. Nak jadi putih semula dalam masa dua jam memamg tidaklah kan. Cukuplah sekadar suami kata, haaa... hitam dah kurang. Huhuhu...

Selepas ni, HOMEMADE BY YAYAH akan hasilkan face scrub. Saya akan cuba dapatkan produk ini, insha Allah. Sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk bersifat alami ini boleh hubungi tuan punya HOMEMADE BY YAYAH  secara terus dan boleh jumpa di instagram juga. 

Mudah-mudah pada masa akan-akan datang, akan ada lebih banyak produk bersifat alami yang akan dihasilkan. Keep it up yayah. Semoga terus berjaya di masa-masa akan datang. 

xoxo.da.....

budak hitam, homemade by yayah, scrub badan, face mist, lip scrub,



budak hitam, homemade by yayah, scrub badan, face mist, lip scrub,
Ini rupa sebenar coffee scrub, memang betul-betul bau kopi. 



budak hitam, homemade by yayah, scrub badan, face mist, lip scrub,
Geram pada rasanya, rasa nak makan

budak hitam, homemade by yayah, scrub badan, face mist, lip scrub,
Sesuai untuk saya, mungkin juga sesuai untuk anda. Jom cuba. 








0 comments:

Post a Comment