5.08.2015

, , , ,

GIANT BUBBLE LAGI


Assalamualaikum dan salam ukhuwah. 

Hari ini saya ajak anak-anak murid saya main giant bubble lagi. tapi kali ini dengan anak-anak murid tingkatan 1. Tunaikan permintaan mereka yang dah sebulan bertangguh kerana cuaca dan kekangan aktiviti lain. Jadi, bila saya maklumkan dalam group whatsapp kelas nak main belon, meloncat-loncat kegembiraan. 

Sukatan giant bubble sama aje macam yang lama. Boleh ambil kat sini. Tunggu lebih kurang 10 hingga 15 minit, baru main. Tetapi, anak-anak murid saya ni, excited lebih. belum sempat cakap, diorang dah mula main. 

Bila tengok wajah gembira mereka semua tu, rasa hilang semua perasaan penat dan lelah mengajar. Rasa tekanan kerja banyak pun hilang. Bila dengar mereka tergelak-gelak bila bubble tak jadi belon. Rasa seronok dalam hati. Meskipun hanya dengan buih sabun, saya harap anak-anak murid saya sentiasa bersemangat dan rajin bersama-sama dengan saya. 

Semoga Allah mengurniakan rasa rasa kekuatan dalam kerjaya guru ini. Jika ada peluang yang lain, yang lebih besar, diharapkan dapat berbakti dengan seluruh jiwa raga kepada murid-murid ini. Allahu Akbar... kuatkan semangat dan jiwa hambamu ini. 

giant_bubble_lagi_leamustafa.com


giant_bubble_lagi_leamustafa.com


giant_bubble_lagi_leamustafa.com

giant_bubble_lagi_leamustafa.com

giant_bubble_lagi_leamustafa.com

giant_bubble_lagi_leamustafa.com

giant_bubble_lagi_leamustafa.com

0 comments:

Post a Comment