5.18.2015

, , ,

HADIAH ABE

Sayang Abe. Selepas berjaya dapatkan medal finisher pertama, Abe hadiahkan kasut sukan ini. Huk..huk... rasa sendu dalam hati. Mana taknya, saya belum pernah dapat hadiah kasut daripada orang lain selain daripada mak dan abah saya. Ini pertama kali dapat dari orang lain. 

Hadiah Abe akan menjadi inspirasi saya untuk terus berlari. Mudah-mudahan dipermudahkan. Abe kata, hadiah ini sebagai amaran supaya semakin kurus, bukan main-main. Huwaaa..... 

Agak-agak boleh bulat hati tak? Mesti boleh kan. Caiyok-caiyok. Bukan senang nak dapat hadiah dari Abe. Pulaknya saya ni tak pandi nak minta-minta beli. Beg tangan, memang Abe tak beri. Tapi kalau-kalau benda sepersalinan ni, memang dia sokong dan adakan untuk saya. 

Saya cakap saya nak cari kasut yang pakai aje dah sampai ke garisan penamat. Abe cakap, ada-ada. Pakai kasut ni di garisan penamat, cepat selesai larian. Muncung sekejap. Oleh kerana semua aktiviti larian saya, Abe tak ada. So, saya kene bawa monopod lah lepas ni. Sebab, tak da orang nak tolong ambil gambar saya. Huk huk huk. 

I lap you, Abe. Abe suami terbaik dalam dunia saya. Hikhik.. 


kasut baru, nike sport shoe, hadiah, suami terbaik
Kasut baru dan stokin khas baru. 

0 comments:

Post a Comment