Yeay!!!
Akhirnya, saya sampai juga ke sini. Lepas makan lauk kenduri Muzahar dan Hayati, saya dan Abe plan ke sini. Berbekalkan dengan maklumat dari blog-blog yang ada cerita tentang mempelam harumanis, kami set lokasi dalam waze. Dan juga berbekalkan, power bank. Jangan lah handphone mati tengah-tengah jalan.
Perjalanan kami nampak betul, bila kami melepasi Taman Ular dan Reptilia, Taman Anggur Perlis dan Putra Glof Club, macam yang ditulis dalam blog. Tapi oleh kerana tersalah ambil simpang, kami sampai ke Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat. Kemudian, lagi best, kami buat pusingan U dan masuk ke dalam satu simpang yang kiri kanannya terdapat buah mempelam harumanis. Kemudian, datang seorang lelaki bermotorsikal. Menurut lelaki itu, ini memang ladang harumanis, tetapi tempat pengumpulan, di tempat lain. Kami keluar ke jalan utama, dan ke kanan.
Dan, kami nampak mempelam harumanis gergasi ini di luar. Tengok jam, pukul 5 petang. Dah sampai, kami pun masuk. Tengok pada gambar pun dah tahu, cuaca panas kan?
Oleh kerana dah lewat petang, kami masuk juga nak tengok-tengok maklumat awal untuk hari ini. Percubaan pertama ini tidak menjadi, jadi kami ambil keputusan untuk datang esok pagi-pagi.
Sebelum balik, kami singgah Galeri Harumanis. Ada bahan-bahan bacaan maklumat tentang harumanis. Alang-alang dah jauh-jauh datang dari Kota Damansara, dan dah jejak kaki kat Perlis ni, rasa macam tak lengkap kalau tak dapat bawa balik "the real harumanis" kan?
Pengalaman pertama nak dapat kan mempelam harumanis ni memang mencabar. Saya terjebak dengan perkara mencabar ini bersama Abe. Semoga usaha esok hari menjadi dan lebih baik dari hari ini.
Tata.
![]() |
Mempelam harumanis gergasi sebagai mercu tanda. |
![]() |
PUSAT KECEMERLANGAN MEMPELAM HARUMANIS PUSAT PERTANIAN BUKIT BINTANG, PERLIS |
![]() |
Laluan galeri harumanis |
0 comments:
Post a Comment