5.15.2015

, , , , ,

MAKNA SEBENAR HARI GURU


Assalamualaikum dan salam ukhuwah 

Guru juga jadinya. Dalam pada saya tak nak tak nak tu, tetap jadi cikgu. 
Hai lah.. cuba juga cari kerja lain, tak berjaya. Guru juga menjadi pilihan. Kira-kira dah masuk tahun ke sepuluh jadi guru. Sampaikan, dah lupa mana yang pahit dan mana yang manis.

Kalau ikut pada gambar-gambar saya, semua gambar suka. Tak ada duka. Kerana rasa duka itu, hanya terpahat dalam dada.

Saya tak pernah lupa beritahu anak-anak murid saya bahawa saya tak nak jadi guru, nak jadi peguam. Tapi, bila tak jadi peguam, saya sedaya upaya menjadi guru yag terbaik dalam kelas yang saya ajar. Sentiasa merasakan nak ajar benda-benda yang mereka tak akan lupa. 

Kerja cikgu, bukan kene target 2 3 tahun, bina empayar, dah kukuh, dah boleh tarik nafas lega. 2 3 tahun tak cukup untuk membina empayar. Sampai pencen pun, belum tentu empayar kukuh ataupun tidak. 

Cikgu tak macam itu. Tiap-tiap hari adalah perkara baru bagi seorang guru. Setiap hari adalah cabaran baru. Setiap hari adalah semangat baru. Setiap hari adalah watak berbeza. Kadang-kadang garang macam singa. Kadang-kadang baik gila. Kadang-kadang ketawa sama-sama. Kadang-kadang, anak murid nak pandang pun tak lalu. Ada masa itu, nama anak murid, panggil pun tak betul selalu. 

Guru tugasya macam-macam. Kalau nak disenaraikan memang terlalu banyak. sangat banyak. Tapi pada saya, lagi saya berpenat-penat untuk anak murid saya,saya sangat-sangat bangga. Apa sahaja yang buat anak murid saya gembira, membuatkan penat lelah saya hilang macam tu sahaja. 

Perasaan? Jangan pernah ragui perasan saya. Kadang-kadang persaaan sedih dan kecewa kene simpan. Marah dan sayang kene selalu tunjukkan. Kerana saya manusia biasa. Saya selalu berharap saya menjadi inspirasi anak-anak murid saya. 

Bila tiba hari guru, saya tak perlukan apa-apa. Berilah sahaja saya masa untuk berehat. Beri masa saya mengenang kenangan-kenangan lama sepanjang saya menjadi guru. Beri saya masa bersama keluarga untuk memberi ucapan terima kasih kerana memahami kerjaya saya. Beri saya masa untuk menghargai orang-orang yag menyokong saya dengan kerjaya saya selama ini. 

Saya masih ingat, antara kata-kata yang keluar selepas kegagalan perkahwinan saya yang pertama ialah terlalu sibuk dengan urusan sekolah dan kerjaya. Asek-asek lah sekolah. Pada waktu itu, rasa nak jatuh dan luluh jantung ini. Sampai ada yang kata, bawak aje tilam bantal tidur kat sekolah.

 Semua guru pernah dengar ayat macam saya dengar, tapi tetap kuat semangat. Kerana kerjaya ini terlalu tinggi nilai pengorbanannya. 

Bab berkorban ni, satu hal. Ni sensitif tapi apakan daya, kenyataanya memang begitu. Tenaga jangan cakap, tapi wang ringgit pun dah tak terkira. Semuanya untuk anak murid, anak murid dan anak murid. Nak claim pun, aduhai... banyak protokol. Sudahnya, tak apalah.. untuk budak-budak apa salahnya. 

Penat? Tak pernah saya tak kata saya penat. Tetapi, suami saya pesan pada saya, kalau penat, berehatlah. Rehat sekejap, untuk kumpul semua kekuatan. Nanti bila dah  segar, boleh mula semula. Dan bila dah mula, jangan tak stop pulak. 

Sepanjang masa sepuluh tahun ini, saya mengenal makna keluarga lebih utama. Saya mengenal makna persahabatan. Saya kenal kawan-kawan sekerja saya. Dan paling penting, saya kenal siapa saya. Saya tahu potensi diri saya, kemampuan saya. Semoga dengan segala makna ini, menjadikan saya guru yang terbaik walau di mana saya berada. 

Kepuasan adalah makna sebenar hari guru. Hela nafas guru itu, tanda belum puas. Masih ada banyak jalan yang terentas, masih jauh liku yang hendak ditebas. Selagi masih bernyawa, jiwa guru ini akan tetap tersemat dalam jiwa. Cewah, jiwang lah pulak. Makin sendu dah hati ini. 

Semoga jiwa ini akan terus cekal. 
Semoga segala rasa penat akan segera dirawat.
Semoga segala pedih diganti gembira yag bertindih-tindih. 
Semoag segala yang kita lakukan dirahmati Allah SWT sentiasa. 
 SELAMAT HARI GURU. 
Dirimu Adalah Permata


makna sebenar hari guru, hari guru, sambutan hari guru
2013 di SMK Tun Dr Ismail, Muar. Hari-hari terakhir nak pindah ke sekolah baru. 

makna sebenar hari guru, hari guru, sambutan hari guru
2013 - bersama anak-anak murid 2RK1

makna sebenar hari guru, hari guru, sambutan hari guru
2013 - Hari 1 Murid 1 Sukan 

makna sebenar hari guru, hari guru, sambutan hari guru
2013 - Pesta Bola Jaring SAB

makna sebenar hari guru, hari guru, sambutan hari guru
2013 - Sekolah pada hari Sabtu


makna sebenar hari guru, hari guru, sambutan hari guru
2015 - Seksyen 10 In Action


makna sebenar hari guru, hari guru, sambutan hari guru
2015 - Happy Gila 
makna sebenar hari guru, hari guru, sambutan hari guru
2015 - Bunny Teacher

makna sebenar hari guru, hari guru, sambutan hari guru
2015 - Guru Kelas 2 Aktif




0 comments:

Post a Comment