YEAY!!! Teruja sungguh betul diri ini. Saya memang tak pernah masuk mana-mana acara larian pun. Yelah, selalu rasa diri ini tak ada stamina pun. Dan kadang-kadang bila ajak kawan-kawan join sama, selalu banyak aje alasan. Jadi, dengan perasaan dan rasa, tak kisahlah kalau aku sorang-sorang pun, tetap daftar seminggu sebelum acara.
 |
Medal finisher dan sijil penyertaan. Saya memang suka ni kumpul-kumpul sijil. Cikgu kan? |
Shah Alam Picnic Run 2015, here I come. Apa yang buat saya teruja ialah nak dapat medal finisher. Macam best plak kan. Sebelum dapat medal tu, memanglah kene berpenat-penat dulu. Nak jadikan cerita pula, acara ni jatuh pada 16 Mei 2015, sama tarikh dengan hari guru peringkat Malaysia. Rasa lebih teruja nak jadikan medal finisher ini sebagai hadiah untuk diri sendiri.
Bila saya cakap dengan suami, saya masuk acara lari-lari, suami cakap, ok, good luck. Hahaha. Dah tahu dah, suami saya memang macam tu. Kene buktikan pada dia dulu. Sebab sebelum ni dah cakap banyak kali nak kurus, tapi tak jadi-jadi, mana dia nak percaya sangat.
Pergh !!! Rasa penat macam mana kita duk suruh anak-anak murid berlari habiskan larian, tapi kita hanya duk sebelah lorong beri sokongan. Sekarang giliran kita pulak. Hamekkau !!! Bila dapat selesaikan larian 5km dalam masa 1 jam rasa macam hebat pulak. Ni cakap kat diri sendiri aje. Selama ini asyik cemburu orang lain dapat medal finisher, sekarang giliran saya.
Bila dapat pegang medal finisher, rasa melonjak hati ini. Alhamdulillah, dengan berbekalkan kata-kata motivasi dalam diri, berjaya juga habiskan larian yang diselang selikan dengan banyak jalan, kuwang-kuwang. Terus tanam azam nak sertai, larian yang lain-lain. Walaupun, rasa macam poyo aje, maklumlah, mood tengah semangat juang tinggi, sekurang-kurangnya semangat itu ada.
Salah satu sebab kenapa saya join program ini sorang-sorang, sebab kalau saya lambat, saya tak susahkan orang. Saya rasa saya bebas. Cuma bila bergambar kene mintak tolong orang lain. Tak pun bawa monopod. Hahhahha. Sebab tu dalam larian ini, ada beberapa gambar nampak kepala separuh. Sebab tangan pendek kan, setakat apa yang ada ajelah.
Pengajaran yang saya dapat, saya boleh buat kalau saya desak diri saya. Memang saya boleh. Cuma banyak alasan-alasan. Betulkan. Nak cantik, kene sakit. Adui... pasni nak cuba buang perasaan malas ni. Bolat hati. betul ni, tak tipu.
Jom korang. Kalau ada masa dan kelapangan, mari masuk acara lari-lari. Lambat dan cepat bukan ukuran, tapi bila dah mula, mesti sampai ke garisan penamat. Itu yang penting. Lalalalla.. percubaan pertama saya dah berjaya. InshaAllah, akan-akan datang, akan ada lagi penyertaan. Semoga sentiasa diberi kekuatan dan kesempatan kesihatan yang berlipat kali ganda. Amin.
xoxo. daaaaa....
 |
Peserta yang ke 550. Tak sempat nak sarung T-Shirt. |
 |
Masa ni dah kecut perut sebab tengok semua bersemangat dan hebat-hebat. Nak dibandingkan kita yang baru pertama kali nak lari, rasa macam, hoi, boleh ke aku sampai ke garisan penamat. |
 |
Kan dah cakap, nampak muka separuh. Tangan saya pendek. |
 |
Tu dia.... berderap-derap orang lari. |
 |
Saya di hadapan orang lain, tetapi ramai juga orang lain dah tinggalkan saya. Kui kui kui. |
 |
Setiap check point adalah derma sebanyak 0.50 sen. Secara tak langsung masuk acara larian ini, saya dah menderma. Alhamdulillah..
|
 |
Akhirnya, berjaya ke garisan penamat. Masa ini, kaki dah rasa kebas-kebas dah. Menggigil pun ye. Tapi disebabkan excited dengan kejayaan pertama, tolak tepi dulu. |
 |
Minuman percuma |
 |
Antara peserta yang ditemubual dengan MHI. Tak sangka, peserta ini kawan suami. keciknye dunia. |
 |
Ambil gambar di pentas utama. |
 |
Kejayaan itu sangat manis apabila kita sanggup bersusah-susah untuk mendapatkannya. |
Alhamdulillah Tahniah! Jom terus berlari kami pun baru mula gak
ReplyDeleteYe ke Dr? Jom terus berlari. 14 Jun ni ada program Blood Donor Run. 24hb ni pun ada kat Putrajaya. Tak tahulah sempat ke tidak nak regsiter.
ReplyDelete