5.13.2015

, , , ,

SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK

Assalamualaikum. 

Dah mulalah feeling-feeling sambutan hari guru. Tahun ni kira sambutan kali kedua di sekolah baru. Tahun lepas tak datang sebab cedera lutut lepas balik dari meeting. Teruk betul. Jadi, tahun ini berharap dapat join sambutan hari guru betul-betul. Harap-harapnya kesihatan pun baik kali ini. 


SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK , hari guru,
Selama jadi guru, inilah sekolah yang sambutan hari gurunya lain daripada yang lain. Terbaik...!!!


Sejak zaman-zaman media sosial ni, 4 tahun sambutan hari guru telah dimuat naik dalam simpanan facebook page sendiri. Bila semak-semak, amboi... terkeluar wajah-wajah happy dan gila-gila bila sambut hari guru. Hari guru, adalah hari gembira-gembira. Itu sudah semestinya. Kalau hari guru, kene gotong royong, erm... boleh mengundang mulut muncung sampai boleh gantung hanger ye. 

Sambutan hari guru, cikgu kene buat persiapan juga. Cikgu juga kene kemas bila dah habis. Hahahah.. nasib badan. Tak apalah, asalkan hari guru, hari kita, hari gembira. 

Namun, dalam semua sambutan hari guru, sambutan pada tahun 2013 di SABGS adalah yang terbaik yang pernah saya rasa. Sungguh, saya rasa betul-betul dihargai. Walaupun pada masa itu, saya baru aje 2 bulan lebih di sekolah itu tetapi itu bukan penghalang untuk saya merasai keseronokkan menyambut hari guru. 


SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK , hari guru,
Acara sukaneka untuk hari guru. Semua guru wajib masuk, tidak kira apa peringkat umur. 

SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK , hari guru,
Kami sempat menyorok sebab cuaca terlalu panas sementara menunggu giliran untuk masuk acara. 
SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK , hari guru,
Red carpet, please....!!!
Semua guru di arak setiap seorang dengan seorang wakil MPM. Sebelum tu, pakai roset ye. 


SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK , hari guru,
Duduk dengan kawan-kawan ye bawah khemah. 
SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK , hari guru,
Persembahan pelajar dalam kelas 

SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK , hari guru,
Bersedia untuk ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia
SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK , hari guru,





SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK , hari guru,

Paling best, semua kelas mengadakan jamuan untuk guru-gurunya. Semua guru akan datang bertandang ke semua kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Maka setiap kelas akan menyediakan acara untuk dipersembahkan kepada guru-guru. Memang mewah makanan. Sudah pasti, bila buat jamuan, paling kita takut ialah pelajar tak kemas kemas kelas.


Pada pengamatan saya, anak-anak murid kita boleh dididik. Beri mereka sedikit kelonggaran. Beri mereka sedikit ruang untuk membuat sesuatu yang luar biasa tetapi masih dalam peraturan dan pemantauan kita. Tetapi, kita mesti beri mereka peluang. Barulah mereka turut sama merasai seronoknya menyambut hari guru. Kalau tidak, kita seorang yang syok sendiri. 


SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK , hari guru,


SAMBUTAN HARI GURU TERBAIK , hari guru,

Penghargaan pelajar pada kita bukan diukur berapa banyak hadiah yang kita dapat, tetapi kepada kepuasan kita mengajar. Mereka berjaya adalah nilai tambah untuk kita, tetapi jika mereka tidak mendapat seperti yang kita harapkan, jika patut bangga kerana di situ mereka sudah berjaya kerana mencuba. 
Terima kasih SABGS Muar kerana memberi peluang pada saya merasai sambutan hari guru terbaik ini. Meski kita jauh beribu batu, dalam hati kukuh terpaku. Jangan sendu-sendu, jiwa aku tetap ingat padamu. 


xoxo. 

0 comments:

Post a Comment