5.31.2015

, , , , ,

SIMPOSIUM PERTAMA SAYA


Assalamualaikum dan salam ukhuwah

Buat pertama kalinya, saya berpeluang menyertai satu simposium tahun ini. Kalau tak kerana Abe yang bawa, tak pergi juga. Terima kasih sayang sebab masukkan nama saya sekali untuk simposium ini. Riba Symposium 2015. Kedatangan saya dan Abe sedikit lewat, dan kami tertinggal satu sesi pertama. Dalam pada perut lapar tu, cepat-cepat buat pendaftaran sebab sampai-sampai aje dah nak masuk sesi Dr Zaharuddin bin Abdul Rahman

Masa Abe nak daftarkan saya, saya tanya satu soalan, Sayang, seminar ni guna bahasa Melayu ke bahasa Inggeris? Abe cuma cakap, simple English. Telan air liuk jugaklah kan. Tapi Abe yakinkan saya bahawa saya boleh memahami isi penyampaian dalam seminar ini. Insha Allah. 


riba symposium 2015, alnaqiy, leamustafa.com, simposium riba
Bergambar kenangan 

Masuk dalam dewan sahaja, peserta lelaki dan perempuan diasingkan. Saya ambil tempat duduk yang dekat dengan pintu masuk supaya senang kalau nak ke tandas atau light break. Inilah kali pertama saya hadiri seminar bersama suami, rasa sangat-sangat gembira. Patutlah, Abe beria ajak datang, rupanya kupasan-kupasa dari tokoh-tokoh ilmuan ini sangat menakjubkan. 

Dengan pengalaman pertama ini, membuka mata dan pandangan saya, saya masih kurang ilmu. Sangat-sangat kurang. Kalau nak harapkan perkara yang ada dalam buku teks dan pakcik Google, memang tak sama apabila kita berguru. Sangat-sangat tak sama. Rasa sangat kecil apabila berada bersama-sma dengan orang yang berjaya ini. 


riba symposium 2015, alnaqiy, leamustafa.com, simposium riba
Inilah Abe saya

Berikut adalah tokoh-tokoh ilmuan yang ada bersama dalam Riba Symposium 2015 kali ini :

Session 1 : Unseen Riba - Dr Zaharuddin Abdul Rahman 
Session 2 : The Mechanics of Financing and Saving in Islamic Banks - Dr Yasmin Hanani Mohd Safian 
Session 3 : Investing In Your Akhirah - Mr Monem Abdul Salam 
Session 4 : Purifying Your Wealth, Bringing Barakah Back Into Our Lives - Dr Zulkifli Hasan 
Session 5 : Adopting Prophetic Example In Muamalat (Transactions) - Syakh Waleed Abdulhakeem 

Dalam banyak-banyak speaker, hanya seorang sahaja saya kenal. Nampaknya, selepas pengalaman pertama ini, saya perlu lebih kerap menyertai majlis-majlis ilmu, tak kira besar atau kecil. Saya kene buat sesuatu untuk menmbah pengetahuan dalam diri saya. Sungguh-sungguh muhasabah saya hari ini. 
riba symposium 2015, alnaqiy, leamustafa.com, simposium riba
Salah satu tajuk yang dibincangkan

riba symposium 2015, alnaqiy, leamustafa.com, simposium riba
Posing-posing sikit masa rehat makan tengahari

riba symposium 2015, alnaqiy, leamustafa.com, simposium riba
Ini aksi diluar jangkaan. Terima kasih Abe sudi layan kerenah isteri anda

riba symposium 2015, alnaqiy, leamustafa.com, simposium riba
Bergambar dengan Tania

riba symposium 2015, alnaqiy, leamustafa.com, simposium riba
Sebelum balik, sempat lagi lari naik atas pentas. 

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan simposium ini. Tak bosan, meskipun disampaikan dengan bahasa Inggeris sepenuhnya, saya sangat memahami termasuklah dengan sedikit humor yang berilmu. Dan biasalah, sebab saya ni memang suka menulis, penuh jugalah catatan dalam buku saya. Kepada kawan-kawan di luar sana, kalau ada peluang jomlah join sama. Boleh dapatkan update terkini tentang seminar-seminar anjuran Al Naqiy di sini .

Terima kasih kerana membaca. xoxo. daaa. 

0 comments:

Post a Comment