Susu kambing terbaik. Itulah sahaja yang boleh saya kata. Kali terakhir saya minum susu kambing pada tahun 2012. Masa tu, susu kambing ambil di Parit Yaani, Batu Pahat. Lepas berpindah ke Kota Damansara, nak cari yang bukan macam 3 in 1, memang susah. Atau saya boleh kata, saya sendiri susah nak jumpa. Orang lain mungkin.
Entah mungkin rezeki agaknya, ternampak bos Lolly B update satu gambar dengan susu kambing. Dan saya pun terus cari. Dan saya dapat hubungi Encik Daus. Saya pun mula ambil order dengan kawan-kawan sekolah. Oleh kerana saya, belum pernah minum susu ini, nak cakap lebih-lebih tak berani. Dapat order 10 botol, dengan harga RM6 250ml sebotol, maka Encik Daus kenakan duit penghantaran sebanyak RM5.
Maka hari ini, sampailah susu kambing saya. Penghantaran sampai di lobi pejabat tempat kerja saya. Punyalah teruja, dapat susu kambing terus bawa masuk dalam peti ais pejabat. Susu kambing dalam keadaan beku, lega juga rasanya sebab saya ada masa lagi 2 jam sebelum tamat waktu bekerja.
 |
Inilah Encik Daus yang datang buat penghantaran. |
 |
Tuan tanah pun nak show off juga |
Maka, tibalah masanya saya nak merasa susu kambing Sungai Lalah ni. Memang biasa, benda pertama sekali orang akan tanya, bau hamis tak? Betul, ada setengah orang memang tak boleh ada bau hamis. Macam saya orang kampung, memang selalu bau taik lembu, taik kambing, bau-bauan binatang ternakan ni dah biasa. Jauh, di sudut hati saya amat berharap susu kambing ini, susu terbaik.
 |
Stok susu kambing untuk orang yang nak jaga gigi. Cheeesseee !!! |
Oleh kerana disejuk bekukan atau "frozen", maka cara-cara nak minum dengan kadar mudah dan segera ialah rendam susu dalam mangkuk dengan air suam. Biarkan sehingga susu menjadi cair. Macam saya buat ni.
Sentiasa check botol, bila dah cair boleh minum ye. Saya yakin minum susu kambing boleh bantu mengeyangkan perut saya. Kenapa saya cakap gitu, tahun 2012 saya boleh turun 3 kilo dengan minum susu kambing sahaja selama 2 minggu. Hahahaha. Mungkin kebetulan waktu itu sahaja agaknya.
Jeng..jeng...jeng...
Dan..... rasanya, Subhanallah.... sedaknye. Sedap, sedap, sedap. Gambar semasa minum tidak dapat dirakam atas sebab-sebab peribadi. Hahahahaha. Memang terbaik. Sesunnguhnya saya, saya, saya sangat suka dengan susu kambing Lalah River Goat Farm. Saya beri 5 bintang. Toing toing toing !!!
Tak rugi saya beli. Nampaknya, kene restock lagi lepas ni. Kalau anda dijangka ulang pesanan, ada pakej menarik untuk anda. Jangan risau, saya suka, anda pun suka. Heeheheh.
 |
Biar gambar berbicara. Chewaaahhhh. |
Buat pengusaha Lalah River Goat Farm, semoga bertambah maju jaya. Kekalkan momentum anda. Semoga semakin bertambah orang-orang yang berjaya seperti anda di muka bumi ini. Amin. Kepada anda yang inginkan pengetahuan tentang khasiat susu kambing , boleh baca kat sini. Tak pun, google aje ye.
xoxox. tata.
0 comments:
Post a Comment