Assalamualaikum dan salam ukhuwah
Inilah masa yang dinantikan. Percubaan untuk mendapatkan harumanis. Maka, projek semalam berjalan dengan baik. Alhamdulillah, misi kali ini berjaya. Penceritaan saya akan mengikut kepada gambar. Pagi semalam, saya dan Abe sampai di Pusat Pertanian Bukit Bintang seawal 9.30 pagi. Korang yang nak datang pakai Waze boleh guna coordinate ni ye 6.500981, 100.186049 (copy paste je ke Waze). Abe tak mahu sarapan pagi, maka saya hanya minum susu HL plain dan 1 buku roti Gardenia perasa jagung.
versi peta
versi Google Earth
Harapan kami, kami dapat membeli mempelam harumanis yang original dan segar dari ladang. Pokok mempelam harumanis ini buah bermusim, mula berbuah mulai April sehingga akhir Jun. Jadi inilah masanya, nak dapatkan sesuatu yang jarang-jarang dapat. Pada yang ingin merasa mempelam harumanis ini, jangan lepaskan peluang cuti sekolah pertengahan semester akan datang. Jangan lupa senaraikan Perlis antara tempat yang akan dilawati kalau nak merasa mempelam harumanis.
Semoga gambar-gambar dan maklumat yang disediakan boleh membantu anda mendapatkan mempelam harumanis ini. The Real Harumanis Perlis.
Tata.
 |
Ini pandangan dari kafe harumanis. Orang ramai-ramai tu beratur nak dapatkan tiket masuk ke dalam ladang. Konon-konon kita dah paling awal, rupanya ada lagi yang paling awal. |
 |
Saya sedang berbaris untuk dapatkan tiket masuk ke dalam ladang. Kenapa nak kena masuk dalam ladang? Sebab kat dalam ladang, saya pasti dapat "the real harumanis" tau. |
 |
Tiket ini berharga RM3. Ini juga menunjukkan dengan 1 tiket, anda layak untuk beli mempelam harumanis dengan kuota 3 kilo. Jadi, kalau nak beli banyak kilo, kene beli tiket lebih. Jadi, saya beli 4 keping tiket sebab takut-takut kat dalam ladang, jadi tamak pulak kan? |
 |
Nak masuk dalam ladang kene naik traktor. Seronok naik tarktor, hahahah. Memang dekat aje tempatnya. |
 |
Abe naik traktor. |
 |
Pandangan pokok-pokok mempelam harumanis dalam ladang. Terdapat kira-kira 6000 pokok harumanis di sini. |
 |
Mempelam harumanis ini mula dibalut apabila saiz mempelam ini sebesar saiz sebiji telur. |
 |
Nampak tak buah-buah yang dibalut ini, ada bertanda dengan warna. Warna-warna ini menunjukkan bilangan hari buah-buah boleh dikutip. Kenapa buah ini mahal? Kerana buah ini memerlukan penjagaan yang rapi untuk memastikan ia menjadi buah yang berkualiti. |
 |
Abe beratur nak beli buah. Semua perempuan kan? Maka, Abe jadi sopan sikit masa ni. Weeehuuu. Masa beratur kat sinilah, kita tunjuk tiket, beritahu berapa kilo kita nak dan keluarkan duit untuk bayar. |
 |
Saya bersama pokok mempelam harumanis. Berbuah banyak-banyak ye. |
 |
Jam 10.51 pagi, buah mempelam harumanis dah habis stock dalam ladang. Sambung esok jual semula. |
 |
Traktor dua gerabak yang bawa kami masuk ke dalam ladang. |
 |
10 kilo mempelam harumanis berjaya dibeli. Yeay !!! |
 |
Selfie sikit. |
 |
Penatnya saya.... huwaaa. Bersedialah dengan bekalan air masak ye kerana cuaca di sini sangat panas. |
Ooopppsss.... pada kotak ini tertera tarikh mempelam harumanis ini sesuai dimakan. Hari ni, kami amat teruja untuk makan buah.
 |
Kotak ni kene simpan buat kenangan kerana harga kotak ini sahaja RM5. Bukti beli buah di ladang yang betul. |
 |
Ni dia buah mempelam harumanis dalam kotak. Ada lebih kurang 13 biji. Nyummy. |
 |
Menyelerakan kan? Kuningnya.... |
 |
Itu dia mempelam harumanis yang siap dipotong. Oh..memang sedap. Isinya padat, rasa lemak, penuh aje mulut bila kunyah buah mempelan ini. Maaflah, gambar biji tak snap sebab ada kesan gigitan saya kat situ. Oleh kerana berhabis duit RM23 sekilo, maka sehingga gigitan terakhir itu pasti dinikmati. |
0 comments:
Post a Comment