Assaalamualaikum dan salam ukhuwah.
Perkongsian kali ini adalah tentang hijab. Terus terang, sehingga usia saya 33 tahun ini, saya masih tercari-cari hijab yang sesuai dengan saya. Memandangkan saya adalah seorang yang sangat cepat berpeluh-peluh, maka saya sangat cerewet. Macam mana cepatnya peluh, bila sarung aje tudung, peluh dah penuh pada dahi saya. Macam saya baru aje lepas balik dari berlari.
Abe cadangkan saya pakai Tudung Neda. Masa itu, saya masih duduk di Muar, maka memang tak adalah jumpa tudung itu. Sampailah, tuan empunya tudung beri hadiah semasa saya menyambut hari raya di Kota Bharu pada tahun 2014.
Alhamdulillah, bila saya sarung tudung Neda, saya rasa sangat selesa. Material kain yang sangat selesa, tak panas, dan sedap dipakai. Macam mana saya nak define sedap tu ye? Saya dah sediakan lima perkara tentang tudung Neda. Pertama, saya tak perlu nak pin dengan brooch di bawah dagu, sebab kita hanya perlu cangkuk pada button yang telah disediakan. Part itu sahaja saya dah rasa selesa dengan tudung tu. Oleh kerana saya ni agak ganas bila berjalan, saya pakai satu pin untuk pastikan tudung ni tak bergerak, di bahagian bahu.
Meskipun pakai di tempat kerja yang pakai angin original, saya masih selesa. Perkara kedua paling best, bila nak buka dan pakai tudung, bila tiba waktu solat, paling senang. Paling cepat, tak perlu risau bahagian depan tu tak terbentuk. Saya tak perlu ambil masa yang lama untuk bersiap. Saya pulak, jenis bam bam, memang nampak boolat ajelah muka saya. Saya mengajar di sesi petang, kadang kala ruang waktu untuk solat hanya ada 5 hingga 10 minit. Kalau saya tak guna waktu dengan baik, alamatnya anak-anak murid saya berkeliaran macam anak ayam hilang emak.
Perkara ketiga, saya boleh basuh tudung Neda dalam mesin macam biasa. Ini kalau jenis nak cepat ajelah ye. Awning patah, tak mungkin. Jangan risau boleh iron semula, dan akan jadi seperti sedia kala. Masa zaman sekolah tu, kene tiup-tiup tudung nak bagi elok berdiri, pakai tudung Neda, baik aje terletak. Tak payah nak tiup-tiup. Perkara keempat, kalau nak cepat tak perlu iron tudung Neda. Tapi, sebab tangan perempuan ni gatal, nak guna iron, maka iron di bahagian dalam. Perlu juga jaga penampilan, supaya nampak lebih berkeyakinan.
Perkara kelima, suami saya suka saya belikan saya tudung Neda. Ini perkara terbaik yang saya alami dalam hidup saya. Buat masa ini, koleksi saya masih sedikit, saya pusing-pusing pakai apa yang saya ada, meskipun, tak match dengan baju. Suami saya kata ok je, jadi saya pun ok aje. Zaman sekarang tudung terbalik pun fesyen, apatah lagi, tak match.
Kepada tudung Neda , semoga terus berjaya. Tahniah kerana telah menghasilkan tudung yang mudah seperti ini. Semoga terus berjaya sebagai entrepreneur muslimah yang disegani, dunia dan akhirat. Jangan lupa like page tudung Neda untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini tentang promosi dan aktiviti-aktiviti yang mereka sertai. Anda juga boleh ikuti mereka di instagram @NEDAHIJAB Biasanya, bila ada event, ada banyak sale. Yang penting, sediakan poket anda dengan wang yang berisi, pasti tersenyum sambil nampak gigi.
xoxo.daaaa...
![]() |
Charisma in action |
![]() |
Ini jenis Charisma, koleksi pertama saya. |
![]() |
Ini pula jenis Echo Printed. |
![]() |
Memang betul-betul selesa |
![]() |
Terserlah keboolatan muka bam-bam |
![]() |
Bergaya dengan Charisma |
![]() |
Yang ini pula jenis Soul |
Cantik lah lea tudungnya...
ReplyDeletehuhu nampak unik sebab ada butang2 kat sebelah tu...
Unikkan? Boleh aje order online. Kene cuba pakai tu Sha
DeleteAssalam untuk pengetahuan lea, akk pn dh mula pkai tudung ni xsgka lea pn pkai mmm mmg best sgt berbaloi la beli walupn mhal
ReplyDeleteYe ke kak? heheheh. Memang best. NEDA ni owner dia isteri kepada sepupu MK. Memang berbaloi-baloi beli
Delete