6.14.2015

, , , , ,

LARIAN HARI DARAH


Esok dah nak sekolah semula. Rasa macam tak cukup aje cuti kali ini. 14 hari yang berlalu terasa sangat sekejap. Dicampur dengan ulang alik ke UM untuk sipakan tugasan, rasa sangat masa tu menceburui saya. Mujur Abe faham saya yang tengah sambung belajar ni. Tak adalah Abe nak bising-bising walapun rasa serba salah sebab selalu tak ada kat rumah. 

Selapas Shah Alam Picnic Run tempoh hari, saya sambung lagi misi dengan Blood Donors Run.  Sampai aje Tasik Titiwangsa, hujan dah lebat. Nak lari dalam hujan ke ni? Ramai-ramai lah peserta berteduh dalam khemah-khemah pameran. Bila T-shirt warna merah pekat macam darah, pandangan saya pun merah juga. Larian sempena hari darah, memang kene warna merah. 

blood donors run, leamustafa.com, larian hari darah,

blood donors run, leamustafa.com, larian hari darah,

Dalam duk berteduh dalam khemah, sempatlah saya berkenalan dengan Geja, seorang perempuan berbangsa India. Saya tegurlah, Hai, sorang aje?" Geja buat isyarat tangan pada telinga dan saya faham "tak dengar" . Terkedu seketika. Kurang upaya pendengaran pun masuk larian. Insaf, insaf. Terima kasih Geja, menjadi teman saya sepanjang larian ini. 


blood donors run, leamustafa.com, larian hari darah,

Pertama kali dalam hdiup, saya lari dalam hujan. Jalan agak licin, dan banyak kawasan air bertakung. Sepanjang larian, saya sangat takut kalau terjatuh dan tersungkur. Kemungkinan-kemungkinan yang saya mesti hadapi. Mujurlah, ramai petugas larian sepanjang kawasan larian. Rasa lega. Cuma satu, pengguna jalan raya di Malaysia ini, kurang peka dengan aktiviti yang berlaku di jalan raya. Bila jalan tu kosong, mulalah nak memecut aje. Hampir-hampir nak kene sauk dengan kereta bila saya keluar sedikit ke jalan raya untuk elak kawasan air bertakung. 

blood donors run, leamustafa.com, larian hari darah,
Cop pertama - Tanda dah habis satu pusingan 

blood donors run, leamustafa.com, larian hari darah,
Cop kedua - pusingan terakhir

blood donors run, leamustafa.com, larian hari darah,
Bersama petugas program



blood donors run, leamustafa.com, larian hari darah,

Walaupun berlari dalam hujan, saya tak patah semangat. Sepanjang larian, memang nak kene cabar diri sendiri. Mesti nak lari dan jangan jadi orang paling lambat. Hahahha. Pencapaian 5.2km dalam masa 45 minit sangat-sangat membanggakan diri sendiri. Kalau tak paksa, agaknya saya masih tidur atas katil, bermalas-malasan. Lagi best, saya dapat tambah lagi koleksi medal finisher saya. Angan-angan, nak habiskan 10 larian tahun ini. Agak-agak boleh tak? 





0 comments:

Post a Comment