KBAT : MAKANAN HALAL DAN HARAM MENURUT ISLAM


Assalamualaikum. Kali ini, saya bawakan contoh-contoh soalan dan jawapan pelajar yang dijawab dalam format KBAT. Harapan saya semoga ini dapat membantu pelajar untuk mencari idea dan menajamkan kemahiran menjawab dalam bentuk KBAT. 

TAJUK : MAKANAN HALAL DAN HARAM MENURUT ISLAM 

Gambar Hiasan

SOALAN 1: Memakan makanan yang haram membawa kesan negatif. terangkan hujah anda mengenai kesan negatif tersebut. 


Kata kunci : Kesan negatif makan makanan haram 

Jawapan pelajar secara berpandu: 

(Ayat mula) 
Pada pendapat saya, antara kesan negatif makan makanan haram ialah 

(Isi) 
hati tertutup menerima hidayah Allah 

(Huraian)
kerana kita melanggar perintah Allah. 

(Huraian Lengkap / Huraian Lanjutan)
Justeru itu, kita hendaklah sentiasa memastikan makanan yang dipilih adalah makanan yang halal. 

Kesimpulan 
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah supaya makan makan yang halal untuk menjadi Muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. 

Jawapan dalam bentuk perenggan : 

Pada pendapat saya, antara kesan negatif makan makanan haram ialah hati tertutup menerima hidayah Allah kerana kita melanggar perintah Allah. Justeru itu, kita hendaklah sentiasa memastikan makanan yang dipilih adalah makanan yang halal. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah supaya makan makan yang halal untuk menjadi Muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. 


SOALAN 2 : Salah satu daripada amalan syaitan ialah membazir makanan. Cadangkan bagaimana menghindari pembaziran makanan. 

Kata kunci : cara mengelakkan pembaziran 

Jawapan pelajar secara berpandu: 

(Ayat mula) 
Pada pendapat saya, cara mengelakkan pembaziran ialah 

(Isi) 
membuat senarai barang yang hendak dibeli

(Huraian)
supaya dapat mengawal perbelanjaan. 

(Huraian Lengkap / Huraian Lanjutan)
Hal ini kerana, sifat membazir adalah perkara buruk yang boleh menyebabkan kerugian. 

Kesimpulan 
Oleh itu, kita hendaklah menghindari perangan yang suka membazir untuk menjadi insan yang diredhai Allah S.W.T. 

Jawapan dalam bentuk perenggan : 

Pada pendapat saya, cara mengelakkan pembaziran ialah membuat senarai barang yang hendak dibeli supaya dapat mengawal perbelanjaan. Hal ini kerana, sifat membazir adalah perkara buruk yang boleh menyebabkan kerugian. Oleh itu, kita hendaklah menghindari perangan yang suka membazir untuk menjadi insan yang diredhai Allah S.W.T. 


Semoga berjaya. Sebarkan ilmu semoga lebih bermanfaat. 

No comments