6.24.2015

, , , , , ,

20 KALI TANPA GAGAL


Percaya tak, kelas saya menang kelas terbersih dan ceria selama 20 minggu berturut-turut, tanpa gagal? 20 kali tanpa gagal. 2 Aktif menang untuk sesi petang. Saya pun tak sangka, tapi dalam masa yang sama, saya sangat gembira. Apa saya buat? Kelas saya tidaklah ceria sangat macam orag lain kalau nak bandingkan. Adalah hiasan, main warna-warna sikit, dan dicampur dengan watak mak tiri setiap hari, maka bersihlah kelas itu. 

Apa saya buat?

1. Mesti jadi mak tiri. Saya memang macam mak tiri. Akan start membebel kalau kelas tidak terurus. Anak-anak murid tak suka dengar saya membebel, katanya suara macam bunti periuk kene ketuk. Jadi bila saya mula nganga mulut, semua dah sengih-sengih. Meja, tingkap, lantai, sampah. Pot pet pot pet. 

2. Mesti datang kelas tiap-tiap hari. Saya mengajar pendidikan Islam, jadi kelas saya selalu bergabung 2 kelas. Saya hanya ada 2 masa Sivik dan Kewarganegaraan sahaja untuk jumpa dengan semua pelajar. Bila masa nak jumpa pelajar bukan Islam. Setiap hari selepas perhimpunan awal, saya akan gagahkan diri berlari ke kelas, jumpa mereka. Sambil ambil kedatangan, saya round keliling kelas, dan mula membebel. Itu sampah, ini sampah, kutip, kemas. pot pet pot pet. 

3. Buat dulu. Saya akan buat dulu apa-apa yang saya nak buat. Bila anak-anak murid nampak, mereka akan datang dan tolong. Selalu macam tu. Sebab tu saya selalu bawa bahan, dan mereka akan merajinkan diri tolong saya. Memang sangat suka menolong, kadang-kadang amek kesempatan. 

Sebetulnya, hias kelas ini adalah terapi untuk saya. Bila saya stress, saya akan hias kelas. Maknanya, lagi saya stress, lagi cantik kelas saya. Hahahaha. Bila tengok kelas cantik, ceria, hati pun sejuk. Selesa nak mengajar. 


20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,
Saje nak jugak bergambar kenangan

20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,
Masuk ni dah 20 kali ketua tingkatan saya naik pentas

Walaupun hebat mana saya, kalau anak-anak murid tak tolong, kelas kami mesti tak ceria dan bersih. Kadang-kadang jadi tukang report, kelas mana yang dah mula hias kelas, dan skodeng kelas-kelas lain. Diorang pun ada perasaan, jangan bagi kelas lain menang. Hahhahhaha. Alahai budak.

20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,
Ini ketua kelas saya - Mohd Ariff Irfan. Tugas dia, ambil buku BKK, catat kedatangan pelajar. Kadang-kadang pelupa. Antara orang kanan saya. 

20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,
Yang ni - Khai (baju kuning) dan Umar. Bertugas sebagai penjaga pintu kelas. Setiap hari dia akan memastikan pintu kelas berkunci. 

20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,
Ini amoi dua orang, memang duduk belakang. nak dapat angin katanya. Jie Hui dan Wan Kwan. Sangat rajin sapu sampah. Tak perlu suruh. Sebab tu lantai bahagian belakang selalu bersih. 

20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,
Tiga sekawan ni selalu kene lap tingkap. Nalini, Dhivya dan Rajesri. Setiap kali saya suruh, tak pernah kata... tak buat. Senyum aje. Sejuk hati mak tiri. 

20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,
Dalam gambar ni ada Risha, Airin, Salbiah dan Nurin. Antara orang-orang yang selalu kena panjat, gantung-gantung bahan hiasan. 

20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,
Izyan, Saidatul dan Syafikah. Tukang report utama saya. Duduk depan sekali. 

20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,
Boys!!!! Perangai masing-masing tak matang. Wong kwai heng (paling pendiam), Andi (banyak cekadak), Hazman (banyak alsan), Chong chee kam (semua ok). Mana Kamalraj? 


20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,
ini ialah hadiah dari mereka semasa sambutan hari guru sekolah. I AM THE AWESOME TEACHER. Syahdunya... 
20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,
Sebelum masuk kelas saya, baca motivasi ini dulu. 

20 KALI TANPA GAGAL, leamustafa.com, kelas abad ke 21, kelas cantik, hiasan kelas, anugerah kelas,

Mereka adalah pelengkap hari-hari saya di sekolah. Kalau tak nampak mereka
, saya akan tetap cari. Sedaya upaya saya cuba memberi yang terbaik pada diri mereka. Marah saya, geram saya, sakit jiwa saya, tak bawa ke mana-mana pun. Selalu orang tak nampak sangat sesi petang, ada yang kata, bila ajar sesi petang tak glamour, tak penting. Tapi pada saya, pendidikan awal ini lagi penting, sebab nak didik jiwa mereka. 

Mereka masih mentah, dan sangat-sangat perlukan bimbingan. Memang lah saya kuat membebel, suruh kemas kelas dan sebagainya, tapi semua itu untuk kebaikan mereka. Saya mahu mereka rasa bangga, bila sebut 2 Aktif sahaja, owh.. kelas yang selalu menang tu kan? Kelas cantik dan bersih. Mereka berhak terima, kerana mereka yang paling banyak masa dalam kelas. Mereka telah berusaha, dan saya? saya hanya tumpang gembira. Semoga 2 Aktif akan terus menang. 



3 comments:

  1. Alhamdulillah.. Tahniah ye.. Semoga terus berjaya mengekalkan takhta itu..

    ReplyDelete
  2. Ahahahaha memang tepat instinct saya nk baca blog ni, pagi2 buta lagi, Pkl 7 pagi lebih, saya bukannya seorang guru, saya pljr yg akan meneruskan pelajaran ke universiti tak lama lagi🥰, bila baca ni mcm best je 😂, terima kasihhhhh terharu saya baca, semoga puan dan murid2 sihat walafiat hendaknya Aaminn ✨

    ReplyDelete