ABAH
Abah,
Apa yang best tentang abah ek? Rasanya semua best. Masa kecik-kecik dulu, tak perasan pun abah ni special. Masa kecik-kecik hanya nampak mak aje. Sebab abah jarang sangat cakap. abah cakap, time nak marah kami adik-beradik. Rupa-rupanya bila dah semakin membesar, baru perasan, abah paling senang nak deal.
Masa saya bercerai kali pertama, abah kata, teruskan aje hidup ni. Kita kene berani, sebab kita memang tak tahu apa yang ada kat depan kita. Abah beri kepercayaan yang penuh pada saya. Abahlah yang beri peluang pada saya memandu ke Cameron Highlands. Masa tu mak dah kecut perut. Tapi Abah rilek aje. Abah kata, kalau saya bawa laju-laju atau apa-apa yang mungkin terjadi, abah akan terus tarik hand break kereta. Selepas itu, saya sedar, semangat Abah sangat kuat.
Bila saya beritahu saya nak kahwen kali kedua, Abah senyum aje. Abah kata, kalau jodoh ini baik, ia akan baik sentiasa. Abah mesti nak cakap dengan saya, setiap kali saya telefon mak. Tapi saya ni jarang nak dail no abah. Bila dapat cakap dengan Abah, rasa hati tenang sikit. Pernah sekali, Abah telefon dan menangis, masa tu rasa sayu sangat hati. Bila Abah menangis, itu maknanya, hatinya sangat terguris.
Abah menyaksikan banyak perkara berlaku dalam hidup saya. Saya naik pentas ambil ijazah, saya berkahwen kali pertama, saya bercerai, saya berkahwen kali kedua, saya pindah ke Selangor. Dan saya harap abah akan sempat tengok saya naik pentas dua kali lagi. Suka duka, pahit manis. Semangat Abah mengalir dalam semangat saya. Abah, kuatlah semangat menghadapi hari-hari akan datang. Semoga Abah baik-baik sahaja dan berada dalam lindungan Allah S.W.T selalu. Tiba-tiba jadi sendu, bila dengar lagu Arjuna Beta.
#Mata saya masuk habuk.
0 comments:
Post a Comment