Assalamualaikum dan salam ukhuwah
Sepanjang saya hidup, kesalahan utama pada nama saya ialah tidak dapat dieja dengan tepat. Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah, membawa ke alam pekerjaan. Nama saya bila ditulis mesti hilang salah satu huruf. Nama saya memang dari lahir dieja NOOR MUSLIEAH. Bila minta orang lain tulis, selalunya akan hilang huruf I dan E. Dua huruf ni, memang selalunya hilang salah satu bila orang lain cuba eja nama saya. Bunyi nama saya patut macam ni, "MUS-LIYAH" tetapi bila orang lain sebut jadi bunyinya "MUS-LIHAH"
Perkara pertama yang saya ajar pada anak murid saya ialah, panggil saya dengan nama saya. Kenapa panggil nama? Kerana itu yang saya suka. Saya beritahu pelajar panggillah saya dengan nama yang disukai kerana memanggil nama orang dengan panggilan yang baik adalah sedekah.
Anak-anak murid memang tak biasa, tetapi tanggungjawab saya ialah buat mereka biasa dengan perkara ini. Mula-mula masuk kelas, saya dengar ucapa selamat mereka pada saya ialah,
"Assalamualaikum, ustazah," Setakat itu sahaja. Tak ada nama saya. Saya minta mereka tambah ucapan selamat dengan tambah nama saya seperti ini "Assalamualaikum, ustazah Muslieah". Semua malu-malu. Saya akan minta mereka ulang 2 hingga 3 kali kalau suara mereka lemau aje. Saya ingin mendidik murid-murid supaya lebih menghargai guru. Bila sebut nama, nampak kesungguhan mereka.
Antara sebab saya tekankan kenapa perlu sebut nama saya ialah pertama, bila cikgu-cikgu lain tanya, siapa ajar Pendidikan Islam, mereka akan sebut ustazah Muslieah. Kedua, kalau perlu tanya tempat duduk saya di bilik guru, mereka akan sebut nama saya, ketiga, kalau mereka jumpa saya di mana-man mereka akan beri ucap selamat dengan sebut nama saya.
Secara tak langsung, mereka akan mudah mengingati saya. Tak adalah nanti, kalau ditanya, siapa ajar Pendidikan Islam, jawabnya, cikgu yang selalu jalan laju tu atau cikgu yang pakai beg sandang atau cikgu yang nampak gigi taring itu. Mesti sedih kan cikgu-cikgu. Sebaliknya, mereka akan sebut nama saya. Adakalanya, mereka akan sebut nama glamour saya, Lea. Tak kisahlah kan, asalkan mereka sebut nama. Boleh sebut nama kita dengan betul pun, satu penghargaan yang tidak ternilai sebenarnya.
Selalunya, cikgu akan marah bila pelajar tak ingat nama cikgu. Tetapi, cikgu tak terapkan usaha untuk pelajar boleh sebut nama cikgu dalam kelas. Memanglah, mula-mula memang susah sikit. Tapi, lama-lama mesti seronok. Ada juga kalangan kawan-kawan guru kata, kalau sebut nama kita, orang lain dengar, kalau kita terlambat masuk kelas, malulah kita. Betul juga, sebab perkara inilah yang selalu buat saya berlari-lari nak masuk kelas. Pada saya, kalau kita buat kesilapan pada murid, kita jugalah yang perlu minta maaf. Macam mana kita minta pelajar berikan alasan lambat masuk kelas, macam tulah kita. Pendidikan itu melalui teladan.
xoxo.daaa....
![]() |
Pelajar ini datang panggil saya dari jauh, dan minta selfie sama-sama |
0 comments:
Post a Comment