AL HAKIM : LATIHAN TOPIKAL



Assalamualaikum. Kepada semua pelajar, sila tulis jawapan format KBAT bagi soalan tajuk Al Hakim pada ruangan komen. Sila tinggalkan juga nama ahli kumpulan anda pada jawapan. yang telah ditulis. Selamat menjawab.

SOALAN : JELASKAN HIKMAH ALLAH S.W.T MENCIPTA PERKARA BERIKUT : 

1. KEJADIAN TUMBUHAN 
2. KEJADIAN BINATANG 
3. KEJADIAN SUNGAI DAN LAUTAN 
4. KEJADIAN BUKIT BUKAU 

34 comments

  1. Replies
    1. Diana (individual)

      -Pada pendapat saya , antara hikmah Allah s.w.t. mencipta kejadian tumbuhan adalah sebagai bekalan oksigen manusia kerana tumbuhan hijau menghasilkan oksigen untuk manusia bernafas . Hal ini kerana , jika tiada tumbuhan , manusia tidak mempunyai bekalan udara. Kesimpulannya , kita mestilah menghargai kurniaan rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t

      - Pada pendapat saya , antara hikmah Allah s.w.t. mencipta kejadian sungai dan laut adalah sebagai sumber air manusia kerana air sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia. Antara kegunaan air adalah untuk mandi , sumber minuman dan mencuci pakaian. Hal ini kerana , jika tiada sungai dan laut , manusia tidak mendapat bekalan minuman dan hidupan akuatik juga akan musnah. Kesimpulannya , kejadian sungai dan laut sangat penting bagi manusia.

      Delete
  2. ALIF IMAN(sorang2 je :p)

    BISMILLAH

    HIKMAH ALLAH MENCIPTA KEJADIAN TUMBUHAN IALAH SUPAYA TUMBUHAN DPT MENUKARKAN KARBON DIOKSIDA KEPADA OKSIGEN,INI KERANA MANUSIA MEMERLUKAN OKSIGEN UNTK TERUS HIDUP.JIKA HNYA TERDAPAT KARBON DIOKSIDA SAHAJA DI ATAS BUMI INI,MANUSIA TAIK AKAN DPT TERUS HIDUP KERANA KARBON DIOKSIDA IALAH BAHAN BUANGAN DAN X DIPERLUKAN OLEH MANUSIA.OLEH ITU KITA PERLULAH MEMELIHARA TUMBUHAN SEBAIK MUNGKIN AGAR IA TAK PUPUS

    -HIKMAH ALLAH MENCIPTA KEJADIAN BUKIT BUKAU-BUKAU ADALAH UNTUK DIGUNAKAN SEBGAI TMPAT TADAHAN AIR,INI SUPAYA MANUSIA DPT BEKALAN AIR SECARA TERUS.HAL INI KERANA MANUSIA MEMERLUKAN AIR UNTUK TERUS HIDUP.OLEH ITU MANUSIA PERLULAH MEMILIKI SIFAT KASIH SAYANG TERHADAP ALAM SEMULA JADI

    SEKIAN~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Alif. Jawapan kamu sudah ada kemajuan.

      Delete
  3. Sharifah, Nadiah , Darin

    a)Kejadian Tumbuhan

    Pada pendapat saya ,antara hikmah Allah SWT mencipta tumbuhan adalah untuk membekalkan makanan dan oksigen bagi kegunaan manusia. Hal ini kerana, makanan dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan manakala oksigen dapat melancarkan sistem pernafasan manusia supaya mereka dapat meneruskan hidup. Oleh itu,kejadian tumbuhan amatlah berguna kepada manusia dan dapat menunjukkan kebijaksanaan Allah .

    b)Kejadian Sungai dan Laut

    Pada pendapat saya, antara hikmah Allah SWT mencipta sungai dan laut adalah untuk menjadikan ia sebagai sumber rezeki bagi manusia. Agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lancar. Sebagai contoh, manusia bekerja menangkap ikan untuk mendapat wang. Oleh itu,kejadian sungai dan laut amatlah bermanfaat kepada golongan manusia.

    ReplyDelete
  4. SAIDATUL DAN ASYIQIN


    KEJADIAN TUMBUHAN
    =Pada pendapat saya,hikmah Allah mencipta tumbuhan ialah dapat menghasilkan oksigen supaya makhluk ciptaan Allah dapat bernafas dengan selesa.Hal ini kerana,tumbuhan menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh makhluk dan objek yang berada di bumi dan dapat menghasilkan oksigen.Kesimpulannya,kita sebagai makhluk Allah haruslah bersyukur dengan nikmat yang diberi dan memelihara alam sekitar dengan baik.

    KEJADIAN SUNGAI DAN LAUTAN
    =Pada pendapat saya,antara hikmah kejadian sungai dan lautan adalah untuk manusia mencari rezeki dan makanan supaya tidak kelaparan.Sebagai contoh,nelayan mendapatkam rezeki dengan menjual hasil tangkapan daripada laut dan sungai.Oleh sebab itu,manusia hendaklah menjaga laut dan sungai dari sebarang pencemaran dan kotoran agar tidak membunuh hidupan di dalamnya.

    ReplyDelete
  5. Asl x post ni..

    ReplyDelete
  6. Khai(2aktif),Danish(2aktif),Aiman haqiemie(2adil)

    Kejadian tumbuhan
    Jawapan:-Pada pendapat saya,tumbuhan sangat penting kepada manusia & haiwan kerana tumbuhan boleh memberi oksigen kepada manusia dan haiwan untuk terus hidup.Sebagai contoh,manusia & haiwan memerlukan oksigen untuk melakukan aktiviti harian serta bernafas.Oleh itu,tumbuhan sangat penting dalam hidup kita dan kita perlu bersyukur dengan kurnian Allah.

    Kejadian haiwan
    Jawapan:-Pada pendapat saya, hikmah kejadian haiwan ialah mereka memberi makanan kepada manusia melalui danging kerana jika kita memakan daging mereka kita akan mendapat protin serta akan sihat di masa akan datang.Sebagai contoh,daging ikan memberi banyak protin kepada diri kita dan protin boleh menguatkan tulang kita serta membaiki tisu didalam badan kita.Oleh itu,kita perlulah menghargai haiwan serta bersyukur kerana Allah telah mencipta mereka.

    #peacenowar #2aktif&2adil #khai #danish #aimanhaqiemie #KBAT

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salbiah (Individu) #Nasiayamsedap

    Assalamualaikum Ustazah , harap ustazah puas hati atas jawapan yang saya buat (Y)

    1) Kejadian Tumbuhan

    Pada pendapat saya , antara hikmah Allah SWT mencipta tumbuh-tumbuhan adalah untuk memberi sumber makanan kepada manusia dan haiwan. Selain itu , tumbuhan dicipta untuk memberi oksigen kepada makhluk yang memerlukannya manakala tumbuhan dapat menggunkan karbon dioksida yang dilepas oleh makhluk hidup untuk menjalani proses fotosintesis. Ini menunjukkan, tumbuhan yang dicipta oleh Allah SWT adalah penting dan banyak memberi manfaat kepada semua makhluk ciptaannya.Tanpa tumbuhan, makhluk yang hidup tidak akan dapat bernafas menggunakan oksigen daripadanya dan tidak ada sumber makanan bagi menjalani kehidupan seharian. Sebagai penganjaran yang kita dapat pelajari ialah kita sebagai umat islam perlulah menggunakan hasil ciptaan Allah SWT dengan sebaik-baiknya dan bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.


    2) Kejadian Bukit-Bukau

    Pada pandangan saya , antara hikmah Allah SWT mencipta bukit-bukau ialah dapat menjadi kawasan tadahan air bagi mengekalkan air dairpada kehabisan. Disamping itu , dapat menjadi tempat pertanian untuk manusia mencari rezeki seperti di Cameron Highlands , Pahang tempat yang sesuai untuk menjalankan pertanian kerana suhunya yang sederhana . Oleh yang sedemikian, makhluk hidup juga bergantung kepada bukit-bukau dan ia memberi banyak faedah kepada kita semua. Kesimpulannya, kita haruslah menitikberatkan terhadap alam sekitar dan elakkannya daripada tercemar dan berlaku kerosakan.

    ReplyDelete
  9. Azeem (individu)

    1)Kejadian sungai dan laut

    Pada pendapat saya, antara hukmah kejadian sungai dan laut adalah dapt membekalkan sumber makanan supaya manusia dapat mengambil sumber-sumber tersebut untuk dijadikan makanan. Sebagai contoh, kita dapat memakan ikan, udang, sotong yang merupakan sumber sungai dan laut. Oleh itu, kita perlulah menjaga sungai dan laut supaya ia tidak tercemar dan dapat melindungi kehidupan-kehidupannya.

    2)Kejadian Tubuhan

    Pada pendapat saya. Antara hikmah kejadian tumbuhan adalah dapat menghasilkan gas oksigen agar semua kehidupan dapat bernafas. Hal ini kerana, semua tumbuhan akan melakukan proses photosynthesis di mana tumbuhan akan menyerap gas karbon dioksida dan menghasilkan gan oksigen. Oleh itu, kita perlu melindungi dan menghargai tumbuh-tumbuhan agar semua kehidupan dapat hidup dengan lebih selesa.

    ReplyDelete
  10. Ummu & Airyn

    1) kejadian tumbuhan

    Pada pendapat saya , hikmah Allah mencipta tumbuhan kerana tumbuhan menyerap karbon dioksida dimana karbon dioksida digunakan untuk menjalankan proses fotosintesis yang menghasilkan oksigen. Hal ini kerana , gas oksigen penting untuk pernafasan manusia. Api juga tidak dapat menyala tanpa oksigen. Kesimpulannya , fotosintesis amat penting dalam keseimbangan jumlah oksigen dan karbon dioksida dalam atmosphera .

    2) kejadian binatang

    Pada pendapat saya , antara hikmah Allah mencipta binatang adalah kerana binatang itu merupakn sumber makanan bagi manusia. Sebagai contoh , susu , daging dan kulit daripada lembu, biri-biri , kambing dan sebagainya. Hal ini kerana , makanan merupakan sumber tenaga bagi manusia untuk meneruskan hidup. Tuntasnya , kejadian binatang memberi banyak kebaikan kepada umat manusia .

    Thankyouu .

    ReplyDelete
  11. AQILA DAN NADIAH


    1) Kejadian tumbuhan

    Pada pendapat saya, antara hikmah Allah S.W.T. mencipta kejadian tumbuhan ialah merupakan sumber makanan bagi manusia dan haiwan. Selain itu, tumbuhan juga merupakan sumber yang menghasilkan oksigen untuk makhluk hidup bernafas. Kesimpulannya, kejadian tumbuhan ini amat penting bagi setiap makhluk untuk bernafas dan meneruskan kehidupan. Oleh kerana itu, kita haruslah memelihara alam sekitar dengan baik supaya tumbuhan dapat tumbuh dengan subur.


    2) Kejadian bukit-bukau

    Pada pendapat saya, antara hikmah Allah S.W.T. mencipta kejadian bukit-bukau adalah untuk dijadikan sebagai tempat tadahan air. Oleh kerana itu, air yang ditadah oleh bukit-bukau tersebut akan dijadikan sumber minuman atau kegunaan lain kepada manusia dan haiwan. Jika sekiranya, air tadahan itu tercemar, maka hidupan yang menggunakan air tersebut itu akan mengalami keracunan yang boleh menyebabkan kematian atau lain-lain. Oleh kerana itu, kita hendaklah menjaga kebersihan alam sekitar tidak kira di mana jua kita berada, bagi memastikan hidupan lain juga dapat merasai nikmat ciptaan Tuhan semesta alam.

    ReplyDelete
  12. Syazana (individu)

    1) kejadian tumbuhan

    Pada pendapat saya, antara hikmah Allah mencipta tumbuhan adalah sebagai pembekal gas oksigen kepada manusia kerana manusia memerlukan oksigen untuk kekal hidup. Justeru itu, tumbuhan hijau akan melalui proses fotosintesis untuk menghasilkan oksigen yang amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah memanfaatkan tumbuhan yang terdapat di muka bumi ini sebaik mungkin.

    2)kejadian sungai dan laut

    Pada pendapat saya, antara hikmah Allah mencipta sungai dan laut adalah dapat menjadi sumber air yang bersih bagi ciptaan Allah yang bernyawa. Air merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia mahupun binatang. Selain itu, jika sungai dan laut tidak wujud di muka bumi ini, tanah akan menjadi kering kontang dan tiada tumbuhan yang akan hidup di muka bumi ini. Oleh itu, kita perlulah menghargai sungai dan laut serta tidak mencemarkannya.

    ReplyDelete
  13. Azza dan farina

    1)kejadian tumbuhan

    Pada pendapat saya, hikmah Allah mencipta tumbuhan adalah kerana tumbuhan merupakan salah satu sumber yang penti bagi manusia dan haiwa. Hal ini kerana, tumbuhan menjalankan proses fotosintesis untuk mengahasilkan oksigen.Oksigen merupakan sumber pernafasan utama untuk manusia.Oleh itu,kita wajarlah memulihara tumbuh-tumbuhan yang ada di negara kita supaya kita dapat menjalani hidup yang lebih sihat.

    2)kejadian sungai dan laut

    Pada pendapat saya, hikmah Allah mencipta sungai dan laut ialah sebagai sumber pendapatan para nelayan. Hal ini kerana, hasil-hasil tangkapan seperti ikan,sotong,ketam dan udang dapat dijual di pasar-pasar yang ada disini. Oleh itu, kita mestilah menghargai segala kurniaan yang Allah telah beri kepada kita supaya hidup kita akan lebih diberkati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *penting
      haiwan

      hehe maaf typo

      Delete
  14. *bernyawa kerana air merupakan salah satu........

    ReplyDelete
  15. Azman dan Irsyad(2Adil)

    Kejadian Tumbuhan

    Pada pendapat saya,antara hikmah Allah S.W.T mencipta tumbuhan ialah dapat memberi oksigen kepada manusia dan haiwan.Oksigen diperlukan di dalam sistem pernafasan manusia dan juga haiwan.Sebagai contoh,sekiranya lipas ditinggalkan di dalam bekas yang kedap udara selama beberapa hari,lipas tersebut akan mati.Oleh itu,tumbuhan perlulah dijaga untuk memastikan manusia dan haiwan dapat meneruskan kehidupan.

    Kejadian Sungai dan lautan

    Pada pendapat saya,antara hikmah Allah S.W.T mencipta sungai dan laut ialah supaya manusia dan memperolehi hasil tangkapan ikan.Hal ini kerana,sungai dan lautan merupakan habitat semulajadi bagi ikan.Allah S.W.T sudah tahu dari awal yang manusia akan menjadikan ikan sebagai sumber makanan mereka.

    ReplyDelete
  16. (Naza Ariff & Ariff Irfan)

    1. Kejadian Sungai dan Lautan

    Pada pendapat saya, kejadian sungai dan lautan ialah sumber air dan sumber makanan agar manusia dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Hal ini, kerana air sungai dapat dijadikan bekalan air manakala air laut dapat dijadikan garam untuk menyediakan masakan. Oleh itu, kesimpulannya kita dapat menikmati nikmat yang diberikan oleh Allah dengan sempurna.

    2. Kejadian Tumbuhan

    Pada pendapat saya, kejadian tumbuhan ialah memberi kesenangan kepada manusia dan binatang agar manusia dan binatang dapat hidup dengan keperluan hidup dengan sempurna. Sebagai contoh; oksigen. Dengan ini, tumbuh-tumbuhan dapat menukarkan karbon dioksida kepada oksigen. Oleh itu, kesimpulannya tumbuhan adalah sangat penting untuk kehidupan-kehidupan di bumi.

    ReplyDelete
  17. Dyannie dan dina


    1) kejadian tumbuhan

    Pada pendapat saya,hikmah kejadian tumbuhan ialah amat penting bagi penafasan manusia. Kerana proses fotosintesis akan menghasilkan gas oksigen untuk penafasaan manusia. Tambahan pula, api juga tidak akan menyala jikalau tiada oksigen. Oleh itu, kita perlulah gunakan nikmat-Nya dengan sebaiknya.


    2)kejadian sungai dan laut

    Pada pendapat saya,hikmah Allah SWT mencipta sungai dan laut adalah untuk kegunaan sumber air kepada manusia. Kerana,sungai dan laut adalah sumber utama bagi manusia mencari rezeki bagi menyara hidup. Hal ini,jika tiada sungai dan laut manusia akan hilang sumber rezeki dan sumber air yang penting. Mungkin bagi orang kaya ia tidak penting tetapi bagi orang kurang pendapatan mungkin akan kelaparan kerana itu sahaja tempat mereka mencari rezeki. Oleh itu, manusia harus menghargai setiap ciptaan dan kurniaan Allah SWT dan menggunakannya ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  18. Umar(individu)

    1)Kejadian Binatang
    Pada pendapat saya,hikmah Allah mencipta kejadian haiwan ialah daging haiwan membekalkan makanan untuk manusia agar manusia mendapat tenaga untuk melakukan kerja.Hal ini kerana,haiwan adalah salah satu sumber makanan.Oleh itu,haiwan sangat penting bagi manusia untuk menajukan negara.

    2)Kejadian Sungai dan Lautan
    Pada pendapat saya,hikmah Allah mencipta kejadian sungai dan lautan ialah kedua-keduanya merupakan tempat untuk memperoleh sumber rezeki bagi manusia supaya mereka mendapat menjalankan kehidupan dengan lancar.Sebagai contoh,seorang nelayan menangkap ikan untuk mencari rezeki.Oleh itu,kejadian sungai dan laut amatlah penting bagi golongan manusia.

    ReplyDelete
  19. Nurin dan Syafikah

    1) Kejadian Tumbuhan
    Pada pendapat saya, antara hikmah kejadian tumbuhan adalah sesuatu yang diperlukan dalam hidup oleh makhlukNya. Ia kerana tumbuhan boleh menghasilkan bahan makanan dan ubat. Dengan adanya tumbuhan, suhu dunia dan alam sekitar menjadi kurang panas dan membuatkan manusia sentiasa tenang melihat tumbuh-tumbuhan. Kesimpulannya, kita mestilah menjaga tumbuhan dengan baik dan bertanggungjawab kerana Allah mencipta tumbuhan yang membawa banyak manfaat kepada makhlukNya.

    2) Kejadian Sungai Dan Lautan
    Pada pendapat saya, antara hikmah kejadian sungai dan lautan boleh menjadi punca rezeki manusia kerana haiwan lautan dijadikan hasil tangkapan nelayan. Sebagai contoh, penjual selalu menangkap hasil lautan untuk dijual kepada orang lain dan kita juga dapat mandi dan berkelah di kawasan sungai yang jernih. Kesimpulannya, kita mestilah memastikan bahawa sungai dan lautan tidak tercemar. Jika tidak, kita akan kekurangan sumber makanan lautan yang bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurin dan Syafikah
      Pembetulan : Pada pendapat saya, antara hikmah kejadian sungai dan lautan *adalah rahmat yang dikurniakan Allah kepada manusia.* Sungai dan lautan......

      Delete
  20. Pada pendapat saya,hikmah allah swt mencipta tumbuhan adalah membekalkan oksigen kepada mahkluk nya untuk ters hidup kerana tanpa oksigen manusia akan mati.hal ini tumbuhan juga merupakan salah satu makanan manusia yang mengandungi pelbagai khasiat dan boleh dijadikan sebagai ubat herba untuk menyembuhkan penyakit.oleh itu kita haruslah memanjat kesyukuran keatas allah swt diatas sifat al hakim.

    Hariz nazmi....

    Kejadian bukit bukau ialah sebagai penstabil bumi kerana untuk mengelakkan bumi tidak bergerak mengikut lingakaran orbitnya.hal ini jika bumi tidak bergerak mengikut paksinya mungkin dia akan berlaga dengan planet lain.oleh itu,kebijaksanaan allah swt tidak terjangka akal fikiran manusia yang seni ini..

    Hariz

    ReplyDelete
  21. Sungai dan laut
    Pada pendapat saya, hikmah kejadian sungai dan laut ialah sebagai sumber air supaya dapat digunakan oleh manusia. Hal ini kerana manusia memerlukan air untuk hidup dan melakukan kerja harian seperti mandi, basuh baju dan sebagainya. Oleh itu, manusia haruslah mengekalkan kebersihan sungai supaya bekalan yang digunakan tidak tercemar.

    Tumbuhan
    Pada pendapat saya, hikmah kejadian tumbuhan ialah tumbuhan mengeluarkan oksigen yang digunakan oleh seluruh manusia untuk terus hidup. Hal ini kerana tumbuhan mengeluarkan oksigen melalui proses fotosentisis yang menyerap karbon dioksida. Oleh itu, manusia perlu menjaga tumbuhan-tumbuhan di alam sekitar agar kesihatan manusia tidak terancam.

    Nashriq

    ReplyDelete