Assalamualaikum dan salam ukhuwah.
Cuti sekolah dah masuk hari ke empat, tapi saya rasa cepatnya masa berlalu. Mana taknya, dua hari masih lagi berulang alik ke sekolah untuk buat kelas tambahan. Walaupun saya mengajar sesi petang, saya tawarkan diri untuk bantu anak-anak pelajar sesi pagi. Walaupun bantuan tak sebanyak mana, mudah-mudahan mereka boleh guna untuk buat persiapan peperiksaan nanti.
Cuti sekolah ini pun saya luangkan masa untuk memasak di rumah. Walaupun masakan hanya biasa-biasa, tapi masakan air tangan isteri nilah buat Abe saya semakin bulat. Bila keluar rumah pun, sampai 3 4 jam, campur lagi sesak sana-sini, memang redha ajelah.
Saya beruntung sangat bila dapat pensyarah yang sangat-sangat toleransi, ahli akademik yang rasional dan memahami. Sentiasa dan terus membimbing, Dr Zaharah dan Ustaz Rahimi. Politik pentadbiran sekolah yang tak boleh difahami membuatkan saya amat-amat berterima kasih dengan kedua-dua pensyarah ini.
Kesempatan cuti sekolah ni, saya angkat kaki pergi library UM. Berkampung di bilik tesis. Saya tak pergi sorang-sorang, ada lagi dua kawan sarjana saya yang ada sama. Buat assingment last minute ni, seronok juga. Masa ni lah, kita dapat macam-macam idea untuk assignment. jadi bila banyak sangat dapat idea, bertambah lambatlah tugasan nak siap.
Duduk seharian pun masih terasa, masa tak cukup. Adoi lah, bangun untuk pergi makan dan solat sahaja. Masa ni rasa masa tu macam pedang, setiap kali ia berlalu menghiris jiwa dan perasaan. Sangat-sangat berharga. Bukan tak mahu buat assignment kat rumah, walaupun saya belum ada komitmen anak, tapi saya yang tak boleh kawal diri bila kat rumah. Banyak cekadak untuk diri sendiri. Sudahnya, assignment memang tak buat.
Bila saya pula dapat dua orang kawan yang sama-sama bersemangat, Shida dan Kak Long. Dua orang ni, memang banyak bantu saya beri semangat. Mereka yang datang dari jauh pun buat saya terpana, sanggup berkampung di library untuk buat assignment. Nak bandingkan dengan saya yang dekat ini, alahai malunyer. Bila cuti sekolah diorang turn KL, saya sedaya upaya menyertai diorang di library.
Tak tahulah orang lain, tapi saya memang macam tu. Cuti sekolah kali ini memang lain dari yang lain. Harap-harap suami saya fahamlah keadaan saya. Doa kami pada Allah SWT, urusan kami dipermudahkan di dunia dan di akhirat. Daaa....
![]() |
Ini gambar dalam bilik tesis. SSShhhhhh.... |
![]() |
Ini Shida |
![]() |
Ini tuan tanah |
![]() |
Ini Kak Long |
0 comments:
Post a Comment