6.16.2015

, , , , , , ,

DIETLICIOUSS DI BULAN RAMADHAN


Alhamdulillah. Ramadhan datang. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati bulan penuh barakah ini. Bila time puasa, saya selalu pasang niat nak diet. Korang pun mesti dah pasang niat nak diet jugak kan? Inilah masa yang sesuai, sebab korang memang wajib tahan makan. Samalah. Itupun harapan saya juga. Harap-harap janganlah tinggal harapan. Sebab selalu pujuk hati, esok masih ada. Bulan puasa ni, saya tak masuk mana-mana acara larian, berehat. Jadi, tak mau badan berat sangat bila lepas raya 5 hari, dah ada event nak kene lari 5km. 

Dah cuba DIETLICIOUSS? Hari ni, saya laki bini cuba menu dietliciouss. Ayat mudah faham, menu yang disediakan disertakan sekali dengan timbang jumlah kalori. Macam pakai penimbang tepung nak buat kek tu. Korang ada ke? 

dietliciouss, menu ramadhan, diet, leamustafa.com, diet malaysia, jom diet, bulan puasa,
Masa rehat kerja tadi makan ini aje dengan harapan saya tak meroyan kelaparan. 


dietliciouss, menu ramadhan, diet, leamustafa.com, diet malaysia, jom diet, bulan puasa,
380 cal - BBQ with Blue Berry Sauce with Trio Pasta & Romaine

Selalu orang cakap, makanan diet ni tak sedap. Diteliciouss memang terbaik. Sedap. Semua rasanya kena. Dan yang penting, saya tak terlalu kenyang. Saya habis 380 kalori dengan selesa. Memang sesuai lah sukatan makanan macam ni pada bulan Ramadhan. Tapi kalau betul-betul amek makanan macam ni, dengan izin Allah, boleh. Mestilah istiqomah kan?

Mujurlah saya dapat suami yang layan aje perangai "angan-angan diet dan kurus" saya sambil diselangi dengan geleng-geleng kepala. Dia pun turut aje. Kata dia, kalau dia lapar, siap!!! Untuk isteri-isteri yang sepesen dengan saya a.k.a nak diet, dan ilmu memasak pun tak berapa nak ada. Bolehlah cuba Dietliciouss. Penghantaran sampai depan pintu rumah dan pejabat.

dietliciouss, menu ramadhan, diet, leamustafa.com, diet malaysia, jom diet, bulan puasa,
Semua tempat itu boleh dihantar pada hari yang sama
jika tempahan sebelum jam 12 tengahari. Kalau tak masuk dalam kawasan,
kene order jenis frozen lah

Menu bulan Ramadhan versi diet pun dah ada. Kellass gitu? Saya cuba jugak. Walaupun mengajar petang akan balik 5.30 petang, tapi tahap kesesakan di Persiaran Surian adalah sesuatu yang berada di luar jangkaan. Orang nak balik rumah, nak masak, nak pi PARAM (Pasar Ramadhan) dan BARAM (Bazar Ramadhan) dan termasuk yang nak melaram buka puasa kat luar. Kadang-kadang, sampai dua jam duduk aje dalam kereta kat jalan Persiaran Surian menghala ke Mutiara Damansara. Padahal, jarak sekolah dengan rumah hanya sekangkang gajah. 

dietliciouss, menu ramadhan, diet, leamustafa.com, diet malaysia, jom diet, bulan puasa,
Menu 2 hari untuk Khamis dan Jumaat

Kalau nak order, kene tengok betul-betul. ada 2 jenis, HE dan WL. Kalau masih tak faham, tanya sahaja apa sahaja pada nombor yang diberi dalam Instagram Dietliciouss. Saya tanya semua benda, walaupun kekadang rasa macam tak penting, rupanya penting untuk saya sebagai orang baru terjebak. 

dietliciouss, menu ramadhan, diet, leamustafa.com, diet malaysia, jom diet, bulan puasa,
Buat masa sekarang, yang WL sangat menyeramkan. Takut lepas makan, saya bantai makan nasi lagi. Kami laki bini masih dengan HE. Takut tak cukup makan weiiii. 

dietliciouss, menu ramadhan, diet, leamustafa.com, diet malaysia, jom diet, bulan puasa,
Pakej berbuka untuk seorang makan. Kalau saya yang makan? (Garu kepala dulu)



dietliciouss, menu ramadhan, diet, leamustafa.com, diet malaysia, jom diet, bulan puasa,
Menu untuk orang berpantang pun ada. Terbaik gitu. 

Ini hanya salah satu cadangan pilihan makanan yang ada sekarang. Oleh kerana Abe saya ni, makannya senang aje. Ada nasi, ada kuah sup, ada ayam jenis dada goreng dan sambal belacan, setel. Saya tak perlu belajar masak lemak cili padi, asam pedas bagai. Itu mungkin salah satu sebab Abe boleh terima makan menu gini-gini. 

Tapi, kalau dah makan diet-diet gini, tapi korang punya berat badan tak turun, hhahha...jangan salahkan saya. Makanan cenggini adalah untuk membantu usaha untuk turun berat badan, diselangi dengan sedikit work out yang dibuat bersama , bukan dilihat sahaja. 

Kepada Dietliciouss, tahniah dan semoga perniagaan anda akan terus maju dan bertambah-tambah rezeki anda. Perniagaan Pada kawan-kawan saya, Ramadan Ya Kareem. Semoga kita sentiasa dilimpahi dengan kesempatan masa yang penuh berakah dan rahmat dalam bulan Ramadhan ini. Meskipun, anda tak kurus-kurus juga bulan puasa ni, paling tidak anda dah berjaya berniat untuk kurus. Niat tu pun pahala. 



0 comments:

Post a Comment