6.05.2015

, ,

DURIAN SS2 DAH PINDAH


Yummi. Yummi. Saya dapat makan durian malam ni. Selalu kat kampung, dapat makan durian senang aje. Masa kecik-kecik dulu, selalu ikut mak dan Atok pergi dusun durian. Kami akan tidur kat pondok durian, sambil-sambil tu dengar bunyi durian gugur ke tanah. Kami akan kutip durian lepas subuh, masuk dalam raga. Pastu, terus sarap durian pagi-pagi. Balik rumah tolak dengan kereta roda tiga tu. 

Saya ajak suami pergi SS2, sebab kat situ ada satu kawasan jual durian. Kami sampai lebih kurang jam 9.30 malam. Tengok kawasan dah gelap. Takkan tutup kot. Lalu kat tepi kedai, ada satu papan tanda tulis, "KEDAI DURIAN SUDAH PINDAH". Kalau anda sampai ke sini, berhenti, dan ambil peta ke lokasi baru dalam kotak yang disediakan. Jangan malu-malu, ambil aje. Baca dan fahami peta, dan ia akan bawa anda ke lokasi yang baru. Ini lebih kurang kordinate yang anda boleh pakai kalau nak ke sana. 3.120533, 101.629990

Sila ambil peta dalam kotak

Lokasi baru di Jalan Harapan 17/45. Kedai ni ada di lot kedai baru, di tepi jalan, kedai paling hujung, ada meja banyak-banyak. Sampai sahaja, pilih meja dulu. Pastu, saya pergi order durian. Abe kata, dia tak pandai pilih. Saya pun bukan tahu sangat, tapi tak busuk, tak lembik berair dan bau sedap, itu pada saya dah terbaiklah tu. Durian yang saya pilih D604, rasanya pahit-pahit manis a.k.a sedap. Harga lebih kurang RM22 sekilo. Tanjat mak... tapi Abe kata, isteri nak makan, jalan..

Berangan aje lebih makan pakai plastik, sudahnya buat letak biji durian. 

Pekerja pun siap kupaskan durian dan letak atas meja. Dapat air masak sejuk percuma. hehehe. Kalau tak nak tangan berbau, boleh pakai sarung tangan plastik. Tapi, memang tak best pakai plastik. Mana kelas pakai plastik. KIKIKI dan memang tak best pakai plastik. 

Service yang baik, bila kita dah start makan, pekerja kedai datang tanya, ok atau tak ok buah. Saya jawab ok sahaja. Sebab saya memang suka durian, sampai 3 biji kami berdua makan. Abe senyum aje. Saya juga akan pasrah bila Abe start membebel nanti. 

Saya akan lebih banyak makan kalau ada kucing tidur. Kenapa panggil kucing tidur? Tak tahu mana istilah ni datang. Tapi apa yang saya faham, kalau ada seulas pada satu pangsa, itulah kucing tidur saya. Selalu berebut dengan adik beradik bila nampak kucing tidur. Nampak tak, macam kucing tidur? hahahah. Gambar kedua, gambar ketiga ni gajah tidur. 

Ini bukan kucing tidur, ini gajah yang tidur. 

Untuk warga kota yang tak sempat nak cari durian kat kampung, bolehlah datang-datang ke sini nak merasa durian. Duriannya pun elok dan sedap. Puas hati kalau bayar dan durian tak ada rosak-rosak, Insha Allah... sekali makan pasti nak lagi. hahahaha.. Ini komen hantu durian. Buah durian tengah musim sampai bulan September nanti, ini ikut kata toke kedailah. Tapi selalunya, kalau lalu ada aje durian. Dan katanya lagi, hari ini adalah hari pertama dia buka kedai selepas pindah. Kira tuah lah kan? Dah kenyang? Jom balik. Hehehe. 



0 comments:

Post a Comment